-

nuffnang

berminat?? click la kt image tu,..

25 June 2012

first day praktikum

assalamualaikum......

alhamdulillah walaupom pelbagai dugaan, tentang umah sewa, kenderaan nk g tadika, pindah barang, abang aku yg sweet n lovely tu..rajin plak dia nak datang 2 kali hantar barang aish...akhirnya buku RPH aku ade kt dia..nasib baik minggu ni tak guna lagi...

25 julai 2012 sejarah baru bagi aku jumpa anak-anak yang sangat comey, macam2 ragam dan dapat nama panggilan baru....disebabkan dekat tadika tu dah ade teacher SU dan teacher ANA...jadi nama aku jadi teacher SURI ah memang tak pernah lagi orang panggil aku suri...pergggg rasa pelik gler masa nak kenalkan diri tadi.....

tadika aku ni jenis islamik jadi pagi sebelum start kelas mereka akan solat sunat dhuha dulu...lepas solat salam dan peluk teacher...alahai sayangnya kat diorang semua...guru2 kat sana pom mesra je...

sampai sini je...nak cari lagu untuk anak-anak aku yg comey...hihihi




16 June 2012

Ya Allah permudahkan urusanku




assalamualaikum....

alhamdulillah....exam dah habis, tesis bab 1 dan 3 dah buat...bila pkir pasal tesis memang tak lena tidor sampaikan dalam mimpi pom masih duk pikir pasal tajuk tesis...alhadulillah Allah permudahkan....tiba2 teringat kata pensyarah aku..kalo niat kte baik nak balik jumpa mak ayah..Allah akan permudahkan urusan kita...sekarang plak tengah tunggu my sweet n lovely abang mai ambik barang..hihihi arap2 dia tak sesat la..dari KL ke tg malim dalam 1 setengah jam paling cepat, paling lambat 2 jam.....malam ni naik bas balik kampung.

hari rabu atau khamis naik bas lagi ke shah alam sorang2..hurmmm.....Ya Allah permudahkan urusan ku....aminn

berakhirnya exam 14 hb...bermaksud habis semua subjek major aku ISMP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK..walau pom pada awalnya aku tak suka dengan kursus ni..tapi bila dah masuk kelas banyak yang aku belajar tentang kanak-kanak...dunia kanak-kanak sangat indah...dunia yg tiada dosa suci seperti kain putih...siapa mereka pada masa hadapan terletak pada ibu bapa, cikgu mereka pada hari ini...jika baik ajarannya...insyaAllah akan lahir seorang lagi khalifah Allah di muka bumi...



jika boleh diputarkan masa..aku ingin selalu jadi kanak-kanak..bebas dari segala masalah...tapi itu semua mustahil....sebab aturan Allah tu sangat indah...siapa sangka aku akan jadi guru tadika walaupom masa kecil tak pernah masuk tadika atau prasekolah...dan juga tak pernah berangan nak jadi cikgu pom...walaupom orang cakap cikgu tadika senang...tapi ianya tak semudah di sangka....kanak-kanak sekarang tak sama dengan dulu...berubah mengikut zaman..kadang2 kanak-kanak terlebih canggih dari cikgu(cikgu pakai hp cikai, diorang siap pakai Ipad)...mereka ni serba serbi tahu dan serba serbi nak tahu..masa ni la mereka banyak sangat soalan...kenapa itu, kenapa ini?? jadi kene sedialah dengan pelbagai jawapan....if sorang tak pe lagi tapi kalo sekelas.....

.bukan senang nak mendidik..tanggungjawabnya berat sekali...


12 June 2012

paper ke-4

assalamualaikum....

pagi ni paper ke-4...subjek major...tak sabar nak habiskan semuanya, nak packing barang...oh my sweet lovely abang...jadilah datang angkut barang2 adikmu yg banyak nih...dah tak tahu nak buat cam mane...hohoho...semalam sekali lg mesej dia..berharap yg dia free hujung minggu nih...then he reply..boleh kot.....jangan lah tak jadi lagi..hurmmmm.....


tinggal setahun je lagi berada kat UPSI...cepatnya masa berlalu, rasa baru semalam mendaftar di sini, dan berjumpa dengan kawan2.....sem 7 (25/6/2012 tarikh keramat kte semua)... kte semua praktikum kt tempat masing2...konpem la dah tak jumpa untuk 1 sem...rindunya nak bersama kalian lagi...masuk sem 8 plak...kemungkinan kte berjumpa dalam seminggu sekali dalam kelas refleksi praktikum...mesti banyak cerita yg nak disampaikan...maklum la dah lama tak jumpa....menanti saat2 itu jika masih dipanjangkan umur...insyaAllah.....-_-

kalian semua,,....saya akan merindui korang semua...gelak ketawa korang, susah senang kte bersama, kenakalan korang, rajuk korang, ah....mesti sy akan rindu saat2 kte bersama...

buat teman2 perjuanganku.. c'mar, k.shu, c'leh, aten, bhah, c'da...korang selalu dalam ingatan...k.nana n c'moq praktikum sama dgn aku(tak payah nk rindu sgt la) dan juga semua rakan seperjuangan ISMP PAKK batch 2009/2013....sy akan rindu kalian semua....

p/s: berilah kesembuhan buat temanku c'ley dan c'moq...semoga mereka dapat jawab exam hari dan 14 nanti dengan baik...dan juga teman2 yg lain...insyaAllah...

10 June 2012

D.I.A.M

semalam 2 paper dh lepas...paper minor (perakaunan dan perdagangan) pergggggggggghhhhhhhhhhh memang terbaiklah pagi akaun ptg plak perdagangan...memang penat ar...sampai pergi pasar malam tak pernah lagi aku tak bawak balik makanan pape...pusing2 satu pom tak rasa nk makan pastu org dah mula ramai...lagi la rasa nak balik...tapi sempat juga rembat 1 beg....

panjang pulak intronye....hahaha....banyak sebenarnya perkara yang membuat aku marah dan kadang2 tak boleh nak kawal...tapi dah dewasa ni...caranya lain..kalo kecik2 dulu bila marah mengamuk tu biasa la...tetiba teringat zaman kecik2 plak....

pernah satu hari..aku keluar nga sorang kawan...dia ajak ke KB mall...kami berjanji berjumpa kul 9 pg..tapi tak tahu kenapa mula keluar tu aku dah rasa something wrong yg akn berlaku...balik dari KB mall kawan aku tak dapat hantar aku ke rumah so, aku tunggu la my ayah datang ambik kt gunung...bila call incik ayah n puan mak tak jawab...call lagi, my adik bongsu yg angkat...lepas tu dia suh aku tunggu je kt situ..perggghhh geram pulak nga adik aku...so, aku tunggu...tunggu2 tak da sape mai ambik call plak tak angkat...dah nak maghrib kot masa 2, nasib baik la aku uzur...kalo tak, memang tak tahu nak ke mana... dengan penat, badan melekit,perasaan masa tu macam2 nak marah sedih...menangis tak payah cakap memang basah tudung aku...memang sedih gler masa tu..sedih + marah...


then sebagai protess...aku diam tak call dah...dalam kul 9, baru la my mom call..kate dah on da way..tapi.............tunggu lamanya..opss memang jauh pom gunung dengan rumah aku..tapi yg lebih mengecewakn lagi...adik aku cakap aku duk kat umah kawan aku...patut la incik ayah dan puan mak tak risau n tak call aku balik, mereka engat aku di rumah kwn aku.....memang tak terkata pape masa tu..marah,sedih semua ada...
sepanjang perjalanan pulang tu memang aku diam...dengar je apa yg my mum cakap...aku tahu kalo aku keluar sepatah perkataan pom masa tu memang akan mengguris hati semua orang...even kawan aku call pom aku tak angkat...sampai rumah mandi terus tdo dgn kepenatan + marah + sedih

bila dah waras ckit, barulah boleh pikir,..that not my ayah n mek yg salah atau my adik n my kawan...coz aku sendiri yg nak keluar, so tanggung la risikonya...mek ore xse dah tubik sorang2...


selain diam banyak lagi cara yg boleh mnghilangkan rasa marah antaranya:

1) Ubah posisi duduk.
Apabila kita sedang marah eloklah kita ubah sedikit posisi kedudukan kita. Contohnya bila marah dalam keadaan berdiri elok lah kita duduk supaya reda sikit marahnya tuh. Seperti sabda Rasulullah SAW,
“Apabila salah seorang daripada kamu marah, dan ketika itu ia dalam keadaan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring” (Riwayat Muslim)
2) Ambil wudhuk
Berwudhuk merupakan salah satu cara untuk menghilangkan amarah. Sebab ia bagaikan api dan wudhuk itu sebagai air penyiramnya.
“Marah itu datangnya dari syaitan, dan syaitan itu diciptakan dari api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk” (Hadis riwayat Abi Daud)
3) Meminum air.
Minum air jugak boleh meredakan rasa marah. Apabila minum air kita akan berasa lega dan dapat memberikan oksigen kepada badan.
4) Berdiam diri apabila marah.
Bak kata orang, diam itu lebih baik. Memang ada benarnya. Apabila kita diam, bukan sahaja dapat mengawal marah malah dapat mengawal diri daripada mengeluarkan kata-kata yang tak sedap di dengar.
5) Menyampaikan kemarahan secara positif.
Apabila kita marah kita terdorong untuk meninggi suara. Tapi seeloknya kawal ia baik-baik. Cuba untuk ‘slow talk’ dan tidak memekik atau bersikap garang.
6) Bawa bertenang dan tarik nafas dalam-dalam.
Bawa bertenang dan tarik nafas dalam-dalam pun bagus untuk menghilangkan rasa marah. Bila tarik nafas dalam-dalam kita dapat mengumpulkan oksigen ke otak. Otak rasa segar sekaligus dapat merungkai masalah dan melepaskan tekanan yang ada.
7) Keluar dari rumah.
Keluar dari rumah jugak merupakan satu cara untuk menghilangkan rasa marah. Bila marah tuh dah tak tertahan eloklah keluar rumah ambil angin. Dikhuatiri bila duduk dalam rumah lain plak jadinya.
8) menangis, bace Al-Quran dan pohonlah kekuatan pada yg Esa...insyaAllah..korang akan rasa lega dan tenang..dari Dia kau datang kpd Dia jugalah kau kembali.....
jadi menangis la bila korang rasa sangat sedih+down+marah..
sebab lepas tu korang akan dapat kekuatan..

*ada sambungan sebenarnya cter tentang marah ni....

08 June 2012

hati kita keras???

Hati adalah sumber ilham dan pertimbangan, tempat lahirnya cinta dan benci, keimanan dan kekufuran, taubat dan sikap degil, ketenangan dan kebimbangan. Hati juga sumber kebahagiaan jika kita mampu membersihkannya namun sebaliknya ia merupakan sumber bencana jika kita gemar menodainya. Aktiviti yang dilakukan sering berpunca daripada lurus atau bengkoknya hati. 

Abu Hurairah r.a. berkata, “Hati adalah raja, sedangkan anggota badan adalah tentera. Jika raja itu baik, maka akan baik pula lah tenteranya..Jika raja itu buruk, maka akan buruk pula tenteranya”. 

Hati yang keras mempunyai tanda-tanda yang boleh dikenali, di antara yang terpenting adalah seperti berikut: 

1. Malas melakukan ketaatan dan amal kebajikan 
Terutama malas untuk melaksanakan ibadah, malah mungkin memandang ringan. Misalnya tidak serius dalam menunaikan solat, atau berasa berat dan enggan melaksanakan ibadah-ibadah sunnah. Allah telah menyifatkan kaum munafikin dalam firman-Nya yang bermaksud, “Dan mereka tidak mengerjakan sembahyang, melainkan dengan malas dan tidak (pula) menafkahkan (harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan.” (Surah At-Taubah, ayat 54) 

2. Tidak berasa gerun dengan ayat al-Quran 
Ketika disampaikan ayat-ayat yang berkenaan dengan janji dan ancaman Allah, hatinya tidak terpengaruh sama sekali, tidak mahu khusyuk atau tunduk, dan juga lalai daripada membaca al-Quran serta mendengarkannya. Bahkan enggan dan berpaling daripadanya. Sedangkan Allah S.W.T memberi ingatan yang ertinya, “Maka beri peringatanlah dengan al-Quran orang yang takut dengan ancaman Ku.” (Surah Al-Qaf, ayat 45) 

3. Berlebihan mencintai dunia dan melupakan akhirat 
Segala keinginannya tertumpu untuk urusan dunia semata-mata. Segala sesuatu ditimbang dari segi keperluan dunia. Cinta, benci dan hubungan sesama manusia hanya untuk urusan dunia sahaja. Penghujungnya jadilah dia seorang yang dengki, ego dan individulistik, bakhil serta tamak terhadap dunia. 

4. Kurang mengagungkan Allah 
Sehingga hilang rasa cemburu dalam hati, kekuatan iman menjadi lemah, tidak marah ketika larangan Allah diperlekehkan orang lain, tidak mengamal yang makruf serta tidak peduli terhadap segala kemaksiatan dan dosa. 

04 June 2012

mood nak meng update blog...

alhamdulillah habis dah satu paper ada lagi empat...hurmmmm...paper yg dah lepas tawakkal dapat bape pom....berusaha untuk paper seterunya....paper hari ni banyak memerlukan kte berfikir(KBKK) so, memang banyak la aku goreng dan tambah perisa nak sedap kan masakan....soalan pulak esei, tulisan pom mulalah nak jadi cakar ayam maaf puan saya dah lama tak tulis guna pen biasa taip nga laptop hihihi......

sebenarnya aku dah rindu nak balik kampung jumpa mek ayoh, adik bongsuku yg itam, kucing aku dan anak-anaknya yg sangat comey, kambing2 pelihara mek (anak kambing time kecik2 memang comey, dapat tangkap aku dukung je)...ah tak sabarnya nak balik...tapi.............. bila dengar rancangan member aku nampak gayanya memang tak balik ah.terus ke shah alam untuk praktikum nanti.....padan muka tesis kene reject pastu terus malas nak buat, dengan nak exam nih..memang terus tak sentuh pasal tesis...so nak tak nak sebelum praktikum aku kene siapkan draft, then dapatkan kelulusan dari penyelia(pensyarah aku)..hurmmm jadi memang tak sempat la nak balik exam habis 14/6...praktikum 25/6 dah kene lapor diri tapi disebabkan owner tadika tempat praktikum mintak datang awal so kene la pergi  pergi awal...

bila dah praktikum mesti susah nak balik.. kampung pulak jauh di kelantan...tapi..bila pikir2 nanti aku kerja lagi susah nak balik...dah la berangan nak posting kt sarawak or sabah duduk kt pendalaman....boleh ke?? kalu ikutkn sekarang ni memang aku nak pergi..nak merasa duduk kt hutan..perggghhhhhhhhh mesti sejuk mata memandang....hohoho...tapi takutnya duduk tak sampai seminggu dah menangis nak balik rumah je...hihihi.....

tapi aku berharap ke mana pom aku di campak.....aku akan jd cikgu yg baik buat bakal anak-anakku...InsyaAllah.....





Ya Allah, saya rindukan mereka...my meow tak da gambar...
dan juga

pantai yg menyamankan lg mendamaikan

best sangat tapi susah nak pergi my adik itam dah tak mahu teman, pelbagai syarat yg dia kenekan, aku rasa nak cubit je mulut dia...kalo pergi sorang memang tak ah...so kalo aku balik kampung memang duk terperap kt umah...kalo keluar pom..dengan mek n ayoh..dan kadang2 ada sahabat yg suka ajak aku keluar..baru lah aku keluar..kalo tak..rumah la syurgaku..hihihi




kisah terbaik: Si Penggunting rambut


Pada suatu petang, seorang lelaki datang ke kedai gunting rambut untuk memendekkan rambutnya yang agak panjang dan tidak terurus. Seperti biasa, si penggunting rambut menyambut pelanggannya dengan mesra dan mempersilakannya duduk.

Sedang si penggunting rambut melakukan kerjanya, mulutnya tidak berhenti bercerita. Macam-macam dibualkan menyentuh isu semasa dan kehidupan harian. Ti
ba-tiba si penggunting rambut itu bertanya suatu soalan yang agak berat.

“Tuhan ni wujud ke?” tanya si penggunting rambut.

Lelaki tersebut terkejut dengan soalan tersebut. Belum pun sempat nak menjawab, si penggunting rambut menyambung percakapannya.

“Kalau Tuhan wujud kenapa dunia ni huru-hara, manusia saling berperang dan benci sesama manusia? Tuan tengoklah berita, di sana berperang di sini berperang. Asyik bergaduh sahaja di mana-mana…” adu si penggunting rambut.

“Lihat di negara kita, sana sini buang bayi. Kes bunuh pun selalu keluar di akhbar. Masalah sosial lagi. Rasuah lagi. Teruklah!” sambungnya lagi menyatakan kekesalan.

“Tuhan tu ada.” Jawab si lelaki itu singkat. Risau melihat semangat si penggunting rambut itu dengan gunting tajam di tangannya.

“Kalau betul Tuhan ada, kenapa DIA tak selesaikan semua masalah tu? Dan buat semuanya jadi aman sahaja? Kan senang!” ujar si penggunting rambut yang umurnya 40-an itu.

Selepas beberapa minit berlalu, sesi guntingan rambut pun selesai. Selesai membayar, si lelaki mengajak si tukang gunting melihat ke luar tingkap.

“Encik lihat tak lelaki-lelaki remaja di sana? Dan pakcik tua di seberang jalan tu yang sedang duduk tu?” tanya lelaki itu.

“Ya, saya nampak. Kenapa?” si penggunting rambut bertanya kembali.

“Lelaki remaja tu rambutnya panjang, nampak tak senonoh kan? Dan pakcik tua tu pula misainya tak terurus nampaknya. Setuju tak?” Lelaki itu meminta pandangan.

“Ya, betul. Saya setuju.” si penggunting rambut mengiyakan sambil mengangguk.

“Mereka jadi macam tu sebab tukang gunting rambut tiada kah?” tiba-tiba lelaki itu mengajukan soalan ‘istimewa’ kepada si penggunting rambut.

“Eh, tak. Bukan sebab tu. Ni saya ada ni.” Si penggunting rambut menafikan.

“Habis tu kenapa lelaki-lelaki remaja itu berambut panjang dan pakcik tua itu tidak tersusun misainya?” lelaki tersebut bertanya kembali.

“Tu sebab mereka tak datang jumpa saya. Kalau mereka datang jumpa saya tentu saya akan potong rambut remaja lelaki tu bagi elok. Dan pakcik tua tu pula saya akan trim misainya bagi kemas.” jawab si penggunting rambut.

“Ya, itulah jawapan kepada persoalan encik semasa encik memotong rambut saya tadi. Tuhan itu ada. Tidaklah bermakna berlakunya peperangan, pertelingkahan, jenayah, gejala sosial, rasuah di kalangan manusia itu adalah kerana Tuhan tidak ada. Masalah ini semua timbul kerana mereka semua tidak mahu ‘berjumpa’ dengan Tuhan.” kata lelaki itu.

Si penggunting rambut mendengar dengan teliti sambil mengerutkan dahinya. Berfikir agaknya.

“Mereka yang abaikan suruhan dan perintah Tuhan. Tuhan malah telah memberikan pedoman melalui RasulNYA dan juga melalui kitabNYA iaitu al-Quran. Malangnya, manusia memilih cara mereka sendiri. Mereka menjauhkan diri dari ALLAH. Jika manusia mendekatkan diri dengan ALLAH, tentulah keadaan manusia lebih baik dan sejahtera. Lebih kurang macam sayalah sekarang ni. Lebih handsome dari lelaki-lelaki remaja dan pakcik tua tu sebab saya jumpa encik untuk dirapikan rambut saya, hehe…”

“Betul jugak. Kenapa Tuan tak jelaskan pada saya semasa potong rambut tadi” Si penggunting rambut mengangguk setuju sambil bertanya.

“Oh bukan apa. Saya risau dengan gunting di tangan encik tu. Dibuatnya encik marah nanti, tak pasal-pasal saya kena nanti…hehe. Tapi, alhamdulillah encik tak marah, malah dapat menerima penjelasan saya” Jelas lelaki tersebut sambil ketawa kecil. Si penggunting rambut itu turut tertawa juga.

Antara pengajaran penting:

Tuhan itu ada. DIA, yakni ALLAH adalah Tuhan Maha Esa. DIA lah tempat semua memohon pertolongan dan bergantung harap. ALLAH tidak beranak dan tidak diperanakkan. Dan DIA tidak sama dengan mana-mana satu pun. Patuhlah kepada perintah ALLAH dan jauhilah larangan ALLAH. Kerana padanya terdapat kesejahteraan dan kebaikan yang menyeluruh. “Aslim, taslam”. Ambillah ISLAM secara keseluruhannya, nescaya semua manusia dan makhluq yang menghuni bersama manusia akan selamat. Peringatan:

Ini hanyalah perumpamaan untuk dibuka fikiran sahaja. Kisah sebegini baik untuk disampaikan untuk mengajak manusia berfikir dan merenung. Namun, perumpamaan ini tidaklah tepat dengan ALLAH. Kerana ALLAH itu adalah Tuhan yang tiada suatu pun yang sama denganNYA. Semoga ada manfaat padanya, insyaALLAH.

03 June 2012

ukhuwah




Ukhuwah,
terkadang mudah ia tergugah,
dengan kata-kata mengguris jiwa,
terutama kepada hati yang mudah terasa.

Ukhuwah,
terkadang mudah ia terguris,
dengan perlakuan menaikkan emosi,
terus menimbulkan perasaan benci.

Ukhuwah,
memang payah untuk dijaga,
kerana syaitan tidak diam sahaja,
membiarkan kita untuk berukhuwah.

Ukhuwah,
terkadang orang lain tidak pandai menjaga,
mengguris, menyakitkan hati kita,
tapi mari kita dengan sabar mengalah,
agar dengan syaitan kita tidak kalah.

Ukhuwah,
jangan kita cemari,
dengan sikap mementingkan diri sendiri,
menghiraukan hati perasaan orang lain.
sehingga menyakitkan hati yang lain.

Ukhuwah,
jangan juga kita cemari,
dengan sikap sensitif yang sangat negatif,
mudah terasa lalu menanam perasaan benci.
sedangkan bila difikir salah kita sendiri.

Ukhuwah,
adalah kekuatan kita semua,
perlu ditanam, dibaja & dijaga bersama,
bukan dipijak, diracun & dibiar begitu sahaja,
Semoga Allah sentiasa menyatukan hati kita semua,
untuk kekal berukhuwah sampai ke syurga.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...