-

nuffnang

berminat?? click la kt image tu,..

25 December 2010

terima kasih buat sahabatku..

dah2 lupa kan tentang result..lepas solat..aku terus on9 FB..xda nak buat apa2 pom..tapi aku on9 sebab aku dah jatuh hati kat 1 game dalam FB..tengah aku layan game tu..tiba2 dpt mesej dari chating box..rupanya dari husna...menanyakan tentang result aku...agaknya disebabkan status aku yang agak sedih...terima kasih husna sebab sudi tegur dan mendengar keluhan org...terima kasih sangat2 betul2 hargainya..

dan terima kasih sebab meniupkan semangat kt org...betul2 perlukan seseorang nak luahkan perasaan kecewa, xpuas hati dan seangkatan dengannya...dan terima kasih juga buat sahabat2 aku yang lain tahniah buat korang semua...

ok disebabkan aku sedih hari ni..
pagi2 aku dah kemas umah dari ruang tamu sampai la
sinki dapur dan juga membasuh sisa2 barang yg kak aku guna buat kek semalam..


kek coklat yang aku tolong tengok, kak yg buat..
baru upload ari ni sebab terkejut dengan result aku semalam

aku baru sedar hikmahnya..
apa yang aku tidak sangka aku boleh dapatkannya
tapi itu yang aku dapat
adalah anugerah yang terindah buat aku..
terima kasih ya Allah..
dengan nikmat pemberian-Mu

a bit dissapointed

ya Allah
sedihnya aku malam nih..
semua ahli kumpulan esemen aku dpt A dan A- sedangkan
kami punyer cary markh semuanya sama...
tapi aku slack bila lecture aku silap masukkan cary markh aku
dalam sistem..sepatutnya 52 tapi dalam sistem 42..
aku dah cakap dengan Miss.N tentang kesilapan nih..
beliau dah janji untuk betulkan..(mase ni cakap dlm hp)

then bila tengok sistem still xberubah..
lepas je exam aku terus jumpe dia..
dan ternyata beliau tak engat pom aku pernah call dia..(rasa nak nangis je masa tu)
sekali lagi beliau janji nak betulkan kesilapan dan siap ambil nama penuh aku
tapi kenapa aku rasa beliau xbetulkan..
sebab aku yakin aku dapat jawab exam dengan baik
sekurang-kurangnya A- aku boleh percaya
tapi B+ dengan cary markh 52 (jika diperbetulkan)
memang aku xboleh caya..

sedangkan paper 1 lagi aku dapat A walaupom cary markh aku cukup2 makan(aku terkejut sebenarnya, sebab x yakin pom dapat A dengan cary markh yg cukup2 makan cuma yang aku yakin, exam aku dah buat terbaik, selama 2 sem aku dengan Mr. Loy xpernah dapat A, tp sem nih alhamdulillah)..
ya aku tahu lain lecture lain caranya..
tapi kursus kami saling berkaitan
dan aku yakin  kedua-dua paper aku dapat jawab dengan baik

aku akui pada mulanya aku xboleh terima result aku..
dan masih sedih dengan keputusan ni..(rasa nak call Miss.N malam ni juga, sebab ini adalah kursus major )
tapi aku kene menerimanya, sebab kata kawan2ku bila dah masuk sistem susah nak betulkan balik..
sebenarnya Miss.N ada tanya aku macam mana nak betulkan semula...
 she as lecture pom xtahu macam mana aku nak tahu plak...sedihnya...

p/s: Apa2 pom aku tetap bersyukur dengan apa yang aku dapat, mungkin ada kesilapan yang aku lakukan insyaAllah mesti ada hikmah disebaliknya...aku still senarai dekan walaupom result aku jatuh teruk....ya Allah ampunkan dosa-dosa dan kelalainku...terima kasih kt Mr.Loy dan Miss.N banyak beri tunjuk ajar kat aku sepanjang sem nih....buat Mr.Loy bukan sem ni sahaja tapi sem2 lepas juga....
 





24 December 2010

debaran semakin terasa

waaaaaaaaaaaaa...debar wei...esok result aku dah nak keluar...lagi lapan hari dah nak balik kolej..lagi 10 hari nak bukak sem baru...cepat betul masa berlalu...baru je rasa daftar sem 1 sekarang dah masuk sem 4...masa xpernah tunggu kita wei...sem 4 agak berat bagi aku dengan 20 jam kredit..3 subjek minor, 2 subjek major, 2 kursus U dan sukan bola tampar semuanya gara2 confius masa nak pilih minor...
 aku xsuka buat choices dan memilih....but i have to accept it..our life is all about choices....
   aku dah silap buat keputusan masa pilih minor, sekarang aku dah tukar minor baru maka makin bertambah la jam...berani tukar beranilah ambik risikonya....kam3....bukan aku xminat sukan tapi bila berada dalam sains sukan,..aku rase xtenang mungkin aku xserasi dengan orang2 kt sane..
sangat xbez rasa nak nangis je..
bila dah tukar aku rase lebih tenang walaupom aku tahu risikonya
aku xakan menyesal dengan keputusan aku kali nih..
dan kali nih aku mesti lebih berdisiplin..
xada lagi masa nak main2
xada lagi nak malas2 n tangguh2kan keje..
macam sem2 sebelum nih..
kene kurangkan aktiviti berfacebook
myb one day bila aku ada kekuatan
aku akan delete account facebook aku..
 tapi InsyaAllah aku akan terus menulis kat cni..

P/s: susah nk buat keputusan n memilih...agaknya sampai ke tua la xberkahwin(macam la ade org nk kt aku nk pilih2..hak3)


23 December 2010

keluar dh...

apa yang keluar mak cik oi???

result PMR dah keluar la..

aku xnak cakap panjang just want to say
congratulation to all of PMR candidate's 2010
especially to my little sister..
 

p/s: 25 ni result aku plak akan keluar....huk3
 

   cantik kan?? 
 
   setelah beberapa hari hujan tanpa henti akhirnya Allah hadiahkan bulan yang sangat cantik..
 
begitulah hidup manusia..
tidak selalu senang dan tidak selalu susah
jangan mudah berputus asa walau selalu ditimpa masalah
kerana disebalik kesulitan yg dihadapi
mesti ada hikmahnya


kisah seorang guru tadika

Ada seorang cikgu tadika yang tak percaya wujudnya Tuhan. Dia pun berfikir bagaimana hendak mempengaruhi kanak-kanak di tadika tersebut supaya tak percaya wujudnya Tuhan. Tiba-tiba, dia mendapat satu akal...
Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen ini?
Murid-murid : Nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ada kan?
Murid-murid : Ada cikgu.
Kemudian guru tadika tadi memasukkan pen itu ke dalam poket dia dan kemudian bertanya lagi..
Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen?
Murid-murid : Tak nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ada tak?
Murid-murid : Tak ada cikgu.
Guru tadika : Anak-anak nampak Tuhan tak?
Murid-murid : Tak nampak cikgu.
Guru tadika : Tuhan ada tak?
Murid-murid : Tak ada cikgu.
Guru tadika itu sangat gembira kerana tujuannya untuk mempengaruhi kanak-kanak itu berjaya. Tetapi.. dalam kumpulan kanak-kanak itu ada seorang budak yang pintar yang bernama Amin lalu dia pun mengangkat tangan...
Amin : Cikgu, boleh saya cakap sesuatu?
Guru tadika : Boleh, mari ke depan.
Amin : Kawan-kawan nampak cikgu tak?
Murid-murid : Nampak.
Amin : Cikgu ada kan?
Murid-murid : Ada.
Amin : Kawan-kawan nampak otak cikgu tak?
Murid-murid : Tak nampak.
Amin: Cikgu ada otak tak?
Murid-murid : Tak ada.
 p/s:renung-renungkan lah...

tanda-tanda hati kita keras

Hati adalah sumber ilham dan pertimbangan. Ia juga adalah tempat lahirnya cinta dan benci, keimanan dan kekufuran, taubat dan sikap degil serta ketenangan dan kebimbangan.
Hati merupakan sumber kebahagiaan jika kita mampu membersihkannya namun sebaliknya ia merupakan sumber bencana jika kita gemar menodainya. Aktiviti yang dilakukan sering berpunca daripada lurus atau bengkoknya hati.
Abu Hurairah r.a. berkata, "Hati adalah raja, sedangkan anggota badan adalah tentera. Jika raja itu baik, maka akan baik pula lah tenteranya. Jika raja itu buruk, maka akan buruk pula tenteranya".
Hati yang keras mempunyai tanda-tanda yang boleh dikenali, di antara yang terpenting adalah seperti berikut:
1. Malas melakukan ketaatan dan amal kebajikan
Terutamanya malas untuk melaksanakan ibadah, malah mungkin memandang ringan. Misalnya tidak serius dalam menunaikan solat, atau berasa berat dan enggan melaksanakan ibadah-ibadah sunat. Allah telah menyifatkan kaum munafik dalam firman-Nya yang bermaksud, "Dan mereka tidak mengerjakan sembahyang, melainkan dengan malas dan tidak (pula) menafkahkan (harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan." (Surah At-Taubah, ayat 54)
2. Tidak berasa gerun dengan ayat al-Quran
Ketika disampaikan ayat-ayat yang berkenaan dengan janji dan ancaman Allah, hatinya tidak terpengaruh sama sekali. Mereka juga lalai daripada membaca al-Quran serta mendengarkannya. Bahkan enggan dan berpaling daripadanya. Sedangkan Allah S.W.T memberikan peringatan, "Maka beri peringatanlah dengan al-Quran orang yang takut dengan ancaman-Ku." (Surah Al-Qaf, ayat 45)
3. Berlebihan mencintai dunia dan melupakan akhirat
Segala keinginannya tertumpu untuk urusan dunia semata-mata. Segala sesuatu ditimbang dari segi keperluan dunia. Cinta, benci dan hubungan sesama manusia hanya untuk urusan dunia sahaja. Penghujungnya jadilah dia seorang yang dengki, ego, individulistik, bakhil serta tamak terhadap dunia.
4. Kurang mengagungkan Allah
Sehingga hilang rasa cemburu dalam hati, kekuatan iman menjadi lemah, tidak marah ketika larangan Allah diperlekehkan orang lain, tidak mengamal yang makruf serta tidak peduli terhadap segala kemaksiatan dan dosa 
sumber: iluvislam.com.

21 December 2010

baru ku tahu

aku xtau la korang dah tahu ke belum..tp seyes bnda ni aku bru tahu semalam....mulanya aku just dengar dr my sister..dia duk cakap nak makan radix2...ape ke hel la dengan akak aku ni radix pom nak makan ke??? aku xtau pape cz..apa yg aku tahu radix tu jenama kopi...kopi radix yg HPA punyer kam3??

then sebab t'lalu lama terperap kt umah (macam pekasam dh) aku keluar jalan2 wif my sis, abg ipar n 2 org adik aku...my sis nk p cari oven jenama ape ntah..cari la kedai oven 2...penat wooo..dengan jalan jem lagi...bila dah jumpa..oven nya tak da..dah habis stok...frust nya my sister la..aku xrase pape pom..

on da way balik..kakak aku kata nk makan ayam radix..aku kebingungan bila masa radix jual ayam, tapi aku diam je la..bila dah sampai kt tempat tu..rupa-rupanya...HPA dh bkak restoran francais jugak..lebih kurang KFC la...tp yg ni name nya RFC(radix fried chicken)..aku nak share gambar ni dengan korang

kalau KFC wrna merah radix plak warna oren..hehe..yg ni terletak betul2 depan HUSM kubang kerian..

menu dia lebih kurang dgn menu KFC gk...bagi aku ayam goreng RFC lg sedap...harganya pom lebih murah ya...

tempat permainan kanak2 pom ada gak..

bila balik umah aku mintak pk cik google cari pasal RFC ni..
rupa-rupanya RFC dah beroperasi selama 2 tahun

RFC merupakan produk makanan berasaskan ayam organik yg sudah pasti dijamin halal segala cara perternakan, pemprosesan malah cara memasaknya
RFC banyak tertumpu di daerah utara semenanjung dikatakan akan meluaskan pasarannya keseluruh negara dalam masa terdekat. malah dikatakan juga cawangan RFC sudah ada yg beroperasi di luar negara seperti Arab Saudi

p/s: jom kita beramai2 beralih arah ke RFC plak ya...sedap+harga berpatutan dan yg penting dijamin HALAL






20 December 2010

~::botak boy::~

meh aku kenal kan dgn botak boy

korang tgk jersi yg dia pakai tu..tu la jersi team bola malaysia pakai
mase lawan dgn vietnam kt HANOI..

kalu korang nak tahu..botak boy dh pakai baju ni dekat sminggu..
aku xegt la dah basuh ke belum....gler btol..hak3

nama sebenar botak boy
MUHAMMAD SAIFUL AZHAR
yg bermaksud pedang keazaman.
maksud Muhammad tu xyah la aku sebut...
mst korang semua dah tahu kam3..
nama dia paling panjang dalam family kami..
tahun depan dia dah msuk form 1..
kecik kan??? 
(mmg kturunan kami xcukup inci, tp bukan smua abg2 aku tnggi je)
tu la kalu org xtau mst cakap botak boy nih baru darjah 4

alhamdulillah hajat my mom nak hantar botak boy sekolah agama tercapai akhirnya..
my mom betol2 berharap yg botak boy akan jd satu2 nya ustaz dalam family kami..
nak harapkan yg lain dah xboleh

tinggal dia sorang je..
aku pom harap dia jd ustaz n boleh tegur abg2 n kakak2 dia..
opss bleh ke si botak boy nak tgur kami..
hehe wait n c

p/s: stat ari ni, aku rase kami dah kene mula pnggil dia ustaz Muhammad Saiful Azhar...insyaAllah

another story about him~~

siapa him tu??? BF ke???
 no la..hak3
aku nk cter ckit lg psal sekor anak kambing nh...korang egt kan aku ade post kn sekor anak kambing kt entry yg lepas...kt entry lpas aku xde ckp kan jantina anak kambing tu kam3??...
anak kambing tu jantan lol..sbb tu la dia gediks n nakal semacam je...dan manja ckit..

aku gantikan nama anak kambing nih dgn samad ya..senang ckit nak cter lagi pom..aku t'dngar ayah aku pnggil anak kambing ni dgn nama samad. org yg bernama samad jgn marah ya...

kalu korang nak tahu samad nih  mmg nakal...xboleh bkak pintu mst dia nk masuk umah, geram betol...kadang2 tu bila org tgah duk kt luar dia datang buat kacau..nak panjat belakang la...mcm2..

yg xleh blaaa nya bila ayah or my mom tgh duduk, samad ni akan p duduk atas riba n then boleh dia tdor atas riba my dad or my mom....skali tgk dah mcm kucing plak...nsb baik samad nih kambing kalu kucing mst buat dakap tdo dah...

korang tgk la..beznya samad tdor..
dah lawan bos nih..

time ni samad tgh tdor..
aku kacau pom xnak bngun..siap tarik2 telinga
tetap what don no je...

19 December 2010

~::berkebun::~



Penatnya….aku bru je balik dr berkebun..bukan mcm berkebun kt farm ville or barn buddy game kt dlm FB tu..ni betul2 berkebun…biasa la org kampong cam kami ni…mest buat keje kampong je, tanam sayur dan seakatan dgnnya la…kali ni ayah aku tanam anak benih timun…org luar dr kelantan mst xtau apa tu timun kan3??? Hak3….ok2 meh aku ckp ape tu timun..timun tu sejenis buah yg kulitnya bewarna hijau dan isinya warna merah bila dah masak..rasenya mmg sedap, manis..kalu makan time dahaga mesti hilang punyer…dah tau ape??? Bahasa mudahnya tembikai….hehehe…sape yg malas bace ni mst dah bengang dgn aku…(opss..ade ke org nak bace sbenarnya) xpe la aku just nk kgsi pngalaman aku kt cni

Pagi2 lg kami dh turun ke pade a.k.a kebun….kalu trun lewat konpom bila dh panas kami yg pemalas akan lebih malas(biar pun cuaca mendung je)..sebenarnya ayah aku dah upah orang tlong kami yg pemalas nih…kalu kami2 je mst xsiap..ayah aku nk siap kan pg ni terus cz,..dia kte bnyk lg keje len yg  xsiap....timun a.k.a tembikai nih kene tanam bermusim gk…kate mek aku…kalu nak dpt buah yg manis n sedap kene tanam pd cuaca xhujan sgt n xpanas sgt…sbb tu la ayah aku tanam timun bila dah pnghujung tahun hujan pom dah nak reda n panas pom xsgt…hik3



18 December 2010

Teka-teki Imam Al-Ghozali



Suatu hari, Imam Al Ghozali berkumpul dengan murid-muridnya.
Lalu Imam Al Ghozali bertanya, pertama,"Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?".


Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman, dan kerabatnya. Imam Ghozali menjelaskan semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "Mati".Sebab itu sudah janji Allah SWT bahwa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Ali Imran 185)

Lalu Imam Ghozali meneruskan pertanyaan yang kedua. "Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?".

Murid-muridnya ada yang menjawab negara Cina, bulan, matahari, dan bintang-bintang. Lalu Imam Ghozali menjelaskan bahwa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah masa lalu. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak boleh kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Lalu Imam Ghozali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga. "Apa yang paling besar di dunia ini?".

Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi, dan matahari. Semua jawapan itu benar kata ImamGhozali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "Nafsu" (Al A'Raf 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.

Pertanyaan keempat adalah, "Apa yang paling berat di dunia ini?".

Ada yang menjawab baja, besi, dan gajah. Semua jawapan semuanya benar, kata Imam Ghozali, tapi yang paling berat adalah "memegang AMANAH" (Al Ahzab 72). Tumbuh-tumbuhan, binatang,gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi kalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka karena ia tidak bisa memegang amanahnya.

Pertanyaan yang kelima adalah, "Apa yang paling ringan di dunia ini?".

Ada yang menjawab kapas, angin, debu, dan daun-daunan. Semua itu benar kata Imam Ghozali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan Solat. Gara-gara pekerjaan kita tinggalkan solat, gara-gara meeting kita tinggalkan solat.

Lantas pertanyaan ke enam adalah, "Apakah yang paling tajam di dunia ini?".

Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang... Benar kata Imam Ghozali, tapi yang paling tajam adalah "lidah manusia". Karena melalui lidah, Manusia dengan gampangnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

17 December 2010

pembunuh upahan, pelukis dan daisy


semalam aku layan cter korea...aku egtkan cter tu xbez..so aku main cut2 la..tu pom aku tgk part 2 terus...tapi bile aku mula faham cter ni bez plak...cter dia pasal seorg pembunuh upahan yg jatuh cinta kt seorg pelukis tapi dia pendam perasaannya cz dia sedar kalau dia bercinta dgn pelukis tu dia akan mmbahayakan pelukis tu...setiap hari si pembunuh upahan akan mghantar sepasu bunga daisy kat pelukis nih.

dalam cter ni ckp bunga daisy b'maksud cinta yg terpendam tp xtau la betol ke x...cter kn ape pom bleh buat.so, aku rse si pembunuh bagi bunga daisy just nak meluahkan cintanya yg terpendam kt pelukis tu.....shingga  la satu hari muncul sorang laki membawa sepasu bunga daisy dan menyuruh pelukis ni melukis potretnya...pelukis ni menganggap yg lelaki ni adalah org yg selalu mnghantar bunga daisy untuknya..sbenarnya lelaki ni seorg polis yg sedang bertugas mngintip kt tempat pelukis ni melukis dan mnjadikan pelukis tu sbg cover dia...

tapi polis ni pom suka jgk kt pelukis nih..tp 1 hari org yg diintip oleh polis dah tahu..
so depa dtg la nga pistol nk bunuh polis tu, mse tu polis ni tgh duk borak2 nga si pelukis..
tp pembunuh upahan ni la yg selamatkn depa..
syg betol dia kt si pelukis..tp mlg xberbau kn..
si pelukis ni kene tembak kt tengkuk n xleh ckp dh lepas tu..

polis ni pom kne tembak gk n dia dipaksa blik ke korea..cter ni berlaku kt belanda sebenarnya
lepas polis ni balik korea..si pelukis ni mmg sedih giler ar..
pembunuh upahan ni mmg dh xleh tgk pelukis tu sedih
so dia pom keluar la g jumpe nga pelukis ni 
tp dia prgi sbg sorg kwn..

ok la kalu aku nk cter smua pnjng jdnya..
so aku cut smpai ending terus..
akhirnya pelukis ni tahu jgk yg si pembunuh upahan ni lelaki
yg dia tunggu selama ni
tp semuanya dah terlambat pelukis ni terbunuh cz nk mnyelamatkan 
pembunuh upahan dr ditembak
sedih cter ni, hujan la jgk semalam 2, 3 titik..
walau pom aku xsuka sad ending tp at least si pelukis
tahu yg pmbunuh upahan ni yg selalu mghantar bunga daisy kt dia..

p/s: hidup xselalunya indah,..usah mnggapai bintang jika bulan pom ko xmampu capai..

15 December 2010

holaaa


jumpe lg...aku dtg sebelah malam plak...hehehe
malam ni aku rase bebas-sebebasnya...hahaha
cz my abg ipar dh balik umah dia...bukan xsuka,
cuma xbebas la duk umah sndiri
'walau dia dh jd sbahagian keluarga kite 
tp dia tetap bukan mahram kte kam3???
so, kene jg la aurat kte

hohoho
malam ni pasukan bola malaysia vs vietnam
aku xbape nak minat
bg kt botak boy je la yg tgk..
kalu pasukan kelantan yg main bez jgk(semangat negeri plak)..hak3
bukan g2..cume xbape nak suka je..
tp kalu bosan n terpaksa aku layan jgk.

aku duk kt luar umah sebenarnye ni..pintu kunci n lampu ditutup
botak boy balas dendam
kat aku..cz semalam aku kunci dia kt luar n tutup lampu.
xpe2 ko egt aku ni penakut ke???
hahaa no la..
cuma kt luar ni bnyk nyamuk je
abis kaki aku jd mgsa..
ckp psal takut ni kan aku ade story mase aku kecik2
tp lain kali je la aku cter
 xtahan abis dah kakiku gatal2 kene gigit nyamuk

p/s: kalu aku egt, aku kn story sal cter aku mase kecik2 dlu..aku ni bleh dkategori tom boy la jgk mse kecik2..nak wt cm ne aku ade 3 abg, sorg adik laki(beza 1 tahun je) n cazen2 jgk laki..jd kalu main mst la aku kene lasak cm diorg....aku ade sorang kakak tp beza umur kami jauh xkan nak main masak2 nga dia plak kan..hak3








~::tidur::~

kali ni aku nak mula kan pembuka bicara dgn Bismillahirahmanirahim....

Assalamualaikum semua...

aku nak cter ckit sal pencapain terbaik aku musim cuti ni,.... aku dah xtdo lepas subuh!!!..yeeeee.
waaaaaa tercapai juga azam aku xnak tdo lepas subuh...walau selewat mane pom aku tdo mlm, tapi lepas subuh ak dh xtdo lg....kalau tdo pom time tengah hari je...hak3..
tapi xtau la sampai ble boleh kekal..


korang nak tahu macam mane aku wt....ok lepas je solat subuh
wt ape yg patut mngemas umah ke..
then aku bkak laptop n men-update blog, tambah2 ape yg patut kt blog ak nih..
blog aku skrg dh b'wjah baru lg..rajin btol kan..
xtau la berapa lame kekal(suka tol tkar template)...hik3
lepas tu aku layan FB kejap..bukan ade pape pom kt c2,
aku bkak just nk layam game je(skrg musim ct, xramai sgt geng2 ak on9)
kadang2 aku layan cter, sbelum balik ct aku dah to4 cter2 dr member2 aku,
macam2 ade, (korea, hantu story, taiwan, jepun)
smua aku lyn


tapi kan...aku rase berat aku dah makin bertambah laa..
rasenye dah control makan..
aish tp nak wt cam mane..idup kt kampong xsame cam kt kolej
kat umah macam2 ade,..xleh nak control makan dol...
dush2!!

jalan2???
aku xtau la..aku bukan jenis kaki2 jalan2 ...duk umah lg bez..
nak wt cam mane gadis kampong la katekan...hak3....terperasan plak
tapi jgn anggap aku katak bawah tepurung plak...hehehe
aku jalan2 gk, tapi jarang2 la..kalau p pantai nak la..
bez tau jalan2 tepi pantai sambil main air...hehe 

sebelah petang plak aku main badminton wif botak boy..hak3
botak boy ni aku pnyer adik bngsu
ape mimpi dia pom xtau la..tiba2 suh ayah aku cukur kepala dia..
katenye ramai pemain bola yg botak hak3
minat btol nga bola..time ade game kt TV memang berebut nga dia la.
xleh nak tgk TV dgn aman..

p/s: aku nak gerak dulu..nak kemas umah nih..mcm ni le rutin aku, kalu xkemas umah dulu, aku men-update blog..time to move..daaa 











14 December 2010

~:anak kambing:~

jom aku kenalkan dgn anak kambing...
bukan aku punyer, so xleh nk ckp anak kambing aku
hahaha


comey x???

b'gaya la ckit nak ambik gambar ko ni...hahaha


aish...yg ko p gigit kayu 2 ape sal...haha



13 December 2010

rambut sihat cara mudah mengekalkannya

sebab xtau nak kongsi ape dgn korang..aku bace majalah kot2 ade info yg bleh aku kongsi kt cni....belek punyer belek 1 majalah ni, aku jumpe cara mudah nak jaga rambut..senang je xyah nak g salon atau kedai rambut dan juga xguna duit banyak pom ..praktik kt umah pom bleh..hehee pertama:
ketika mahu &semasa bangun tidur
  • sekiranya anda mengikat rambut sebelum tidur pastikan rambut diikat tinggi dan jangan biarkan rambut anda terhimpit dek badan anda.
  • jika anda tergolong dalam golongan  orang yg tidur buas,gunakan sarung bantal dari jenis satin kerana ia licin dan tidak menyekat pergerakan rambut.sarung bantal biasa akan menyekat dan memutuskan rambut anda.
  • leraikan rambut anda dgn jari jemari sahaja sebaik bangun tidur.
  • sekirannya anda mahu menggunakan sikat pilihlah sikat yg bergigi jarang . kebiasaannya, rambut akan kusut setiap kali anda bangu dari tidur dan mudah putus.
  • rambut mudah putus ketika kusut, jadi ada baiknya anda elakkan mengikat rambut ketika tidur.

09 December 2010

nothing to say~~

aku xtau nak tulis ape...tapi malam ni rasa bosan je...duk kt luar umah pom best gk,,,.emmm..mmg best pom..dihembus dgn angin sepoi2 bahasa dan kadang2 agak kuat...tenangnya dialun dgn muzik dari cengkerik dan ungas..rase mcm duk dalam hutan pom ade gk tapi lagi rase mcm duk tepi pantai..hehe..dpt dgr ombak mehempas pantai dari umah aku...mesti best dpt pergi pantai malam2 ni..xde ke sape2 nak teman aku???? hohoho 

malam ni xde sebiji bintang..bulan pom malu nk keluar...nak hujan agaknya....semalam dah hujan shari suntuk walaupom xbape nk lebat..dan hari ni redup dan mendung sepanjang hari..semendung hatiku...aku kehilangan lg...semalam  sekor lg kucing pelihara kami mati

aku dah agak yg dia akan pergi...2,3 ari ni dia senyap je, makan pom xlalu..padahal sbelum ni dia asyik makan dan tdor je...xtau sakit ape..tapi smalam dia sesak nafas..kesian aku tgk dia sukar nak bernafas..dan akhirnya aku  jumpe dia dah mati...frieskies dia ade banyak lg..aku sunyi tanpa dia...:-(

tapi anak kambing yg baru b'usia 16 ari jd penganti....hehe comey betol..yg ni betol2 lain dr yg lain..dia xtakut dgn kami malah dia yg dtg bermain dgn kami...sampaikan mak dia asyik mengembekk je panggil dia...hahaha....hairan biasanya aku yg kejar anak kambing kalau nk main n yg confirmnya aku mngalah xleh nak tangkap....tapi yg ni sekor dtg main dgn aku...aku suka buli dia..suka tarik telinga dia..hahahahaha

kecik2 mmg la comey nanti dah besar xcomey dh tambah dgn bau dia..huh wangi....sbenarnya kat umah aku ni ade berjenis2 binatang pelihara..kucing,ayam, burung, kambing, lembu pom ade...cuma lembu tu mmg aku xbuat main la...ayat xleh blaaa abg ipar aku: mek ni pero lembu gemuk, pero kucing gemuk, pero kambing gemuk2..pero anok pom gemuk jgk...hahahaha

siot betol..tapi part pero anak gemuk tu, aku xt'masuk ya...abg ipar tuju khas buat isteri dia yg t'cinta..hak3 jnge marah ya sis!!!!

org kate xelok duk luar umah malam2 betol ke???? ok2 nak masuk umah dah...nak tengok cter hantu..saka jentayu!!!! hihihi

daaaaaaa






08 December 2010

aku bukan malaikat



semalam aku habiskn bace novel "aku bukan malaikat"....dah bape ari aku bace tp semalam baru aku teringin nak habiskan...best2, ceritanya lain dr yg lain...watak utama seorang lelaki bernama Qimiel yg berpesonaliti lembut, sotong atau berbagai gelaran yg diberikan kpd golongan ini...

dush!! memang aku xsuka lelaki yg berpewatakan lembut..mksud aku bukan yg mcm lemah lembut tapi lelaki yg berpewatakan perempuan, berpakain macam perempuan, make up n sewaktu dgnnya...sgt xsuka, aku pernah gaduh dgn golongan ini tp just gaduh dlm FB...fuhh mulut dia mmg lazer glerr kalah mulut org pompuan...diorg ttp mmpertahankan ape yg diorg buat tu betol...huh diorg xfikir ke perasaan mak bapak diorg kalu tgk diorg mcm nih...kalu just lembut tu xkisah sgt tp kalau dah pakai baju pompuan, seksi plak tu tambah dgn make up...benci, marah, sedih semua ade mse tu...nk tahu mcm mane boleh gaduh..biar lah rahsia...

bebalik pade cerita asal..
Qimiel hidup dgn penuh dugaan, akibat personalitinya dia hidup bergelumang dengan cercaan dan penghinaan.
pola hidupnya tidak pernah lari daripada pengkhianatan. dia bergelar suami dan ayah tanpa diduga. dia bergelar duda sebelum merasai nikmat rumah tangga. namun dia pasrah dengan segala ketentuan-Nya.

aku bukan malaikat sebuah kisah yg sarat dgn pertembungan jalan hidup yg berbeza. menjelaskan Allah itu Maha Adil. memberi dugaan kepada hamba-Nya tanpa mengenal pangkat, darjat, keturunan. namun, yg pasti Allah tidak akan memberi dugaan yg melampaui batas kemampuan hamba-Nya.

aku pinjam novel ni dr member aku, so kalau korang nk bace selanjutnya..beli la sndiri..
tak dpt den nk tlg..hehehe

p/s: kehidupan satu realiti penuh cabaran. akhirnya membawa hikmah tg cukup berbaloi. sesungguhnya  rahsia Allah bukan hak umat-Nya



07 December 2010

mentua vs menantu

seorang bapa mentua dapat idea untuk mengajar menantunya yang bernama Samad. si Samad berbadan gempal, kuat makan tetapi malas bekerja.
Samad, mari kta main dam aji....
kata bapa mentua
"boleh juga...." kata samad baru selesai makan tengah hari.
bila sahaja bermain, bapa mentua sengaja membiarkan buah dam di makan oleh si samad.
si bapa hulur, si samad makan.
hulur makan lagi, sebiji, dua biji, tiga, empat.
"eh ko ni samad, kuat betul makan. agak-agaklah. kerja malas".
kata bapa mentua sambil tersenyum sinis.

"alamak bapa mentua perli aku ni....mentang-mentang aku kuat makan," fikir samad. telinganya merah.
kemudian mereka bermain set kedua. bapa mentuanya hulur lagi tapi samad tak makan. hulur lagi, tak makan juga. buah dam samad kena tangkap sebab tak makna.

"hi...hi mesti samad ni dah terasa. baru padan muka," getus hati bapa mentuanya geli hati.
akibat banyak buah dam samad berjaya ditangkap, bapa mentua berjaya melangkah hingga ke haji.

yahoo aku dah naik haji," jerit bapa mentua seronok.
apa lagi samad terus ambil peluang kenakan mentuanya.
"eh...orang tak pernah sembahyang pun boleh dapat haji ke???" sindir samad tersenyum sinis.

p/s: mentua n menantu sama je..haha

06 December 2010

cuti

N3 lepas exam.
keluar je dwn terus sengih smpai ke telinga..hepy dpt jwb exam ke????
eh mst lah bukan, tp sebab exam dah abis...
last paper td wacana bahasa melayu..


n3 ni sepatutnya dah post lpas exam..
tp sbb xsempat siap
aku kalut nk kemas barang blik kampong
hohoho cuti sem dah mula
selamat bercuti kawan2


ari ni ak bru smbung semula..
aku dah sampai kelantan dr semalam
nk smbung tulis tp
sbb broadband slow ckit
mlas nk bkak..


sekarang musim cuti sekolah
so xde la boring sgt duk umah..
ade adik2, kalau x biasanya duk orang umah..
boring glerrrr..
huhu xtau nk cter ape daaa..



01 December 2010

ANDA PERLU TAHU-Perkara yang anda tak perasan atau saja tak perperasaan.......



by AYAT-AYAT MOTIVASI on Sunday, May 23, 2010 at 1:02am

1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda.

2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara.

3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda.

4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang walaupun dia tidak menyukai anda.

5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.

6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.

7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.

8. Anda seorang yang istimewa dan unik.

9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.

10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah disebaliknya.

11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirlah semula; mungkin anda yang meminggirkan mereka.

12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat-laun anda akan memperolehinya.

13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun, caci & cela.

14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.

15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik. Seminit Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk menyayanginya, tapi sepanjang hidup untuk melupakannya. Hantarlah pesanan ini kepada orang yang anda tidak akan lupa dan hantarkan juga kepada orang yang menghantar pesanan ini. Ini adalahpesanan pendek untuk menyatakan yang anda sentiasa mengingatinya. Kalau anda tidak menghantar pesanan ini, bermakna anda sudah melupakan kawan-kawan anda. Ambillah sedikit masa dan anda sudah pasti memberi keceriaan kepada seseorang atau mungkin mengubah hidup mereka kepada yang lebih baik.

p/s:sahabat aku mngenalimu krn takdir Ilahi, aku mnerimamu tanpa keraguan hati, aku xpernah sesali, hadirmu membuatku terus dhrgai sbg sahabat sejati, walau ukhwah kita bkn yg hakiki, tp abadikan sgl memori.. 1 hari nnt, dirimu pasti akn melupakan diri ini, segala2 nya ttg diri ini..tp dirimu pasti diingati..mohon Rabbi pertemukan kita kmbali, jika p'pisahan m'akhiri ptemuan ini, tidak difana duniawi, biarlah indah d syurga taman firdausi.. buat sahabat2ku, aku syg kalian..terima kasih mnerima aku sbg sahabat kalian..smoga tali persaudaraan kita kukuh selamanya..dan mintak maaf jika xdpt jd sahabat yg baik untuk kalian, ssungguhnya tiada seorg pom didunia ini yg sempurna, dan tidak pernah melakukan kesilapan...

30 November 2010

biyanee....


biyane...really2 biyanee to my sister
aku terksa, betol2 t'desak..
kalu bleh xse susahkn sape2
dan kasahammida cz bg lebih dari yg aku mintak..
saranghaeyooo~~





29 November 2010

susahnya nak pilih..

hari ni aku teroka blog lg..
singah2 mne blog cri baground blog
yg comey2..

tapi bila dah jumpe..
susahnya nk wt pilihan...
terlalu bnyk pilihan pom susah gk..

aku rse dlm 1 hari dah bbrapa kali
aku tkar baground lain
ade je yg xberkenan kt hati..

hrmmm
ini adalah pilihan yg t'akhir..
yg aku plih
untuk hari ini dan seterusnya..
insyaAllah...


27 November 2010

sodapnyer nescafe

yum3x..
sape2 yg suka minum mst tahu betapa sodapnye nescafee..
nak kate tiap ari 2 xjgk, tp selalu la aku minum.
.nak2 time exam..xnak ngatuk la kate kan..
bukan aku xtau bahayanyer nescafe
tp dah jd tabiat..skrg ni ade kluaran baru nescafe 3 in 1 kreamer yg b'wjah bru (betul ke x nme 2, xtau2)
tapi mmg sodap la....
lg2 bila kluar buih kt prmukaan..
engat x ade coffe yg kluar buih lpas tu ade lukis bntuk love kt atas
konon-kononnye nk jd cm 2..
hik3

haaa   ade pom pic...yg mcm ni la aku ckp td...rse truja plak tgk..hehe
tp lpas je minum nescafe.
aku sering b'ulang ke tandas..
xthn asyik nk buang air kecil je
huhu
then aku ade jumpe 1 artikel sal bahayanye nescafe 3 in 1..
so aku nk share nga korang

Kawan-kawan,
Apa lah yang x merbahaya tuk dimakan/minum la ni agaknya ...........
Beberapa hari lepas saya dikunjungi oleh seorang pelajar lelaki tahun akhir. Sudah beberapa bulan pelajar ini tidak bertemu dengan saya.

Pelajar ini mengemukakan beberapa masalah kumpulannya untuk diselesaikan oleh saya sebagai seorang penasihat akademiknya. Alhamdulillah masalah dapat diselesaikan. Selepas hajat terlaksana, pelajar ini yang saya namakan sebagai Ahmad menukar topik kepada topik kesihatan dirinya. Beliau mengadukan masalah dirinya. Beliau dapat merasakan kemerosotan tahap kesihatan dirinya.

Berikut adalah antara tanda-tanda yang dapat dikenalpasati:

1)Kerap berdebar tidak menentu masa. Kadang-kadang waktu membaca

2)tiba-tiba jantung / dada berdebar dengan laju.

3). Bila jantung berdebar ini berlaku, ia akan diikuti dengan dahi berpeluh

4) Beliau juga kerap merasakan kesakitan pada dadanya.

5) Sering mencungap dan kadang-kadang kala sewaktu sembahyang pun mencungap.

6) Semakin tidak tahan atau alah dengan panas terik matahari dan jikalau kena panas, badannya akan banyak berpeluh dan tidak selesa.

7) Jikalau tahun lepas, kekerapan simptom-simptom di atas agak jarang namun kebelakangan ini, kekerapan kejadian semakin kerap sehingga satu kali serangan dalam setiap 2/3 hari.

8). Tapak tangannya.semakin basah.

Berdasarkan simptom yang saya perolehi saya terus menyoal tabiat permakanannya. Selepas mendapat data yang dikehendaki saya pun memberikan penjelasan 'Ahmad, engkau ni walau pun usia masih muda, jantung engkau sudah bermasalah. Punca masalah engkau ini adalah

kerana engkau kerap meminum Nescafe 3 in one. 

Nescafe adalah tidak baik dan merosak buah pinggang manakala krimer yang terdapat di dalam campuran ini sangat merosak jantung.

Krimer ini bukan diperbuat dari susu tetapi adalah dibuat dari kelapa sawit (non dairy creamer)'

Selanjutnya saya menasihati Ahmad untuk melakukan perkara berikut untuk merawat jantungnya:

1. Elakkan dari meminum Nescafe yang merosak buah pinggang dan elakkan sama sekali apa jua jenis krimer yang dibuat dari selain susu (non dairy creamer)

2. Elakkan dari mengambil coffee mate kerana ia adalah non dairy creamer

3. Elakkan makan ais krim kerana mengandungi krimmer yang tinggi

4. Elakkan susu pekat manis yang mengandungi krimer dari selain susu.

5. Elakkan memakan sebarang makanan yang mengandungi margarine

6.Elakkan memakan burger, naget, kentang goreng, potato chip dan segala yang sewaktu dengannya
7. Elakkan mandi selepas makan

8. Amalkan amalan: Ambil segenggam kacang hijau, rendam dalam air kira-kira 10 minit,selepas itu rebus asal masak dan bukan rebus sehingga pecah tanpa membubuh garam. Selepas itu buang air rebusan dann makanlah kacang hijau ini dan amalkan amalan ini setiap hari.

9. Boleh beli jintan hitam dan makan setiap hari atau pun belilah yang sudah siap diproses atas nama habbatussauda

10. Amalkan makan sayuran pahit seperti kailan, peria, pegaga, daun ubi, pucuk betik, ulam-ulam dsbnya.

11. Kurangkan makan nasi lemak terutama sekali nasi lemak di kedai kerana mereka mencampurkan minyak masak kepada nasi lemak agar nasi lemak ini kelihatan cantik berderai dan tidak melekat.

Kepada yang mulai menghadapi masalah dengan jantungnya atau yang sudah lama bermasalah jantung, bolehlah mengamalkan amalan di atas.

Sekian wassalam wallahuaqlam. _,

Renung2kan dan selamat beramal... 


p/s: .setakat ni aku xmengalami seperti msalah di atas kecuali kerap buang air kecil lepas minum nescafe, adekah ia  salah satu kesan pengambilannya??? 
aku akn  berusaha untuk berhenti minum nescafe.."mencegah lebih baik dari mengubati"

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...