-

nuffnang

berminat?? click la kt image tu,..

13 December 2010

rambut sihat cara mudah mengekalkannya

sebab xtau nak kongsi ape dgn korang..aku bace majalah kot2 ade info yg bleh aku kongsi kt cni....belek punyer belek 1 majalah ni, aku jumpe cara mudah nak jaga rambut..senang je xyah nak g salon atau kedai rambut dan juga xguna duit banyak pom ..praktik kt umah pom bleh..hehee pertama:
ketika mahu &semasa bangun tidur
  • sekiranya anda mengikat rambut sebelum tidur pastikan rambut diikat tinggi dan jangan biarkan rambut anda terhimpit dek badan anda.
  • jika anda tergolong dalam golongan  orang yg tidur buas,gunakan sarung bantal dari jenis satin kerana ia licin dan tidak menyekat pergerakan rambut.sarung bantal biasa akan menyekat dan memutuskan rambut anda.
  • leraikan rambut anda dgn jari jemari sahaja sebaik bangun tidur.
  • sekirannya anda mahu menggunakan sikat pilihlah sikat yg bergigi jarang . kebiasaannya, rambut akan kusut setiap kali anda bangu dari tidur dan mudah putus.
  • rambut mudah putus ketika kusut, jadi ada baiknya anda elakkan mengikat rambut ketika tidur.
DANDANAN CANTIK
1) Apabila memberus rambut
  • pastikan anda menundukkan kepala dan bawakan rambut ke depan
  • jangan sikat rambut anda dari kulit kepala kerana ia akan menyebabkannya terluka. kulit kepala yg luka akan memudahkan rambut putus.
  • sikat rambut di bahagian dalam dahulu dan diikuti dengan menyisirnya di sebelah luar.
  • jika anda berambut panjang, leraikan rambut dgn jari sahaja sekiranya ia sukar untuk diluruskan. rambut yg bersimpul tidak elok disikat kerana akan menyebabkan ia gugur.
  • berus rambut anda ketika ia  kering sahaja. rambut mudah rosak apabila diberus ketika basah. sebelum memberus rambut yg kering sekalipun, anda digalakkan untuk menyisirnya terlebih dahulu..
2) Sikat rambut anda
  • pisahkan rambut anda kpd bberapa bahagian agar lebih mudah disikat.
  • gunakan sikat yg bergigi jarang terutama bg anda yg berambut panjang dan kerinting.
  • sikat rambut anda dgn satu hala sahaja
  • jangan sesekali tarik atau rentap rambut kusut yg sukar disikat. anda boleh menyikatnya perlahan-lahan atau leraikan mngunakan jari.
3) Keringkan rambut.
  • tidak salah menggunakan alat pengering rambut. anda dinasihatkan untuk tidak menggunakannya selalu kerana akan mengakibatkan rambut kering, keras dan mudah putus.
  • rambut yg bassah seelok-eloknya dileraikan mnggunakan jari sebelum anda menggunakan alat pngering rambut.
  • ramai orang suka membalut rambut ketika basah. cara ini memudahkan proses pengeringan rambut, namun elakkan membalut terlalu lama.
  • untuk memastikan rambut yg dibalut tuala benar2 kering. ada baiknya anda lap sendiri dan sisir perlahan-lahan.
  • sapukan serum rambut setiap kali selesai menyisir dan mengeringkan rambut. serum bertindak untuk menguatkan akar rambut dan melindungi permukaan rambut dari rosak.
4) Rambut kerinting secantik shakira?
  • asalnya anda berambut lurus, tetapi teringin mengerintingkannya?? elakkan penggunaan penggulung rambut elektrik kerana ia akan merosakkan rambut 
  • guna penggulung rambut cara lama. walaupun mengambil masa lama. namun gulungan yg dhasilkan lebih cantik dan kekal. tambahan pula, penggulung rambut jenis ini tidak merosakkan akar rambut
5) Apabila keluar rumah
  • sebelum anda mghabiskan masa di kolam atau tepi pantai sepanjang hari, ada baiknya anda sapukan krim perlindungan pada rambut anda. krim ini bertujuan melindungi rambut anda dari sinaran matahari, pasri pantai, air masin mahupun klorin.
  • anda juga boleh melindungi kesihatan rambut dgn memaikai topi atau selendang. bukan sahaja anda akan kelihatan manis, rambut juga terselindung dari pancaran matahari.
6) Sama penting..
  • kebanyakkan kita memandang remeh perihal meletakkan perapi pada rambut. basuhan rambut lebih lengkap sekiranya disudahi dgn sapuan perapi.
  • jangan sesekali menyapu perapi rambut pada keseluruhan rambut. anda dicadangkan untuk meletakkan perapi pada rambut di paras telinga hingga hujungnya.
  • elakkan perapi rambut dari terkena kulit kepala kerana ia akan mnyebabkan rambut berminyak dan kewujudan kelemumur.
Tahukah anda???
  1. meminum sgelas susu dan menyapu minyak zaitun pada rambut sebelum masuk tidur mampu menguatkan akar rambut anda. elakkan menyapu minyak terlalu kerap, risau pula rambut terlalu berminyak.
  2. menyapu minyak kelapa atau serum boleh menpercepatkan proses pemanjangan rambut.
  3. sekirannya anda mewarnakan rambut elakkan menyapu perapi rambut. gunakan shampu khas untuk rambut bewarna.
  4. menyapu santan pada rambut akan melebatkannya
  5. masker rambut amat penting untuk melindungi rambut dari putus dan gugur. anda boleh mnggunakan mayonis menggantikan masker rambut sebenar
  6. campuran minyak zaitun, jus lemon, dan bunga ros dapat membuatkan rambut lebih sihat dan bersinar. sapukan pada rambut dan dibilas dgn air bersih spt biasa.
  7. inai yg disapu pada rambut dapat mengelakkan rambut dari menjadi keras.
p/s: pemakain tudung adalah cara terbaik untuk menjaga rambut..bukan sahaja melindugi rambut dari sinaran matahari malah melindungi daripada pandangan ajnabi..itulah antara hikmah islam mewajibkan pemakain tudung...waAllahu a'lam...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...