24 sept 2010, hari jumaat..hari ni aku bangun awal disebabkan kami terpaksa bertolak jam 6.30 lagi ke ipoh, lawatan ke tadika kanak-kanak Islam atau PINTAS...bila berada dalam bas kami terpaksa menunggu ahli yang datang lewat...ya Allah sesungguhnya aku xsuka menunggu...menunggu itu satu penyeksaan dan aku juga cuba sedaya upaya untuk tidak menjadi salah seorang yang ditunggu..insyaAllah...dalam melayani perasaan aku dah mula mengantuk sambil mendengar sahabat sebelahku membaca al-mathurat...Alhamdulillah tergerak hatiku untuk ikut membacanya...TERIMA KASIH SAHABAT....akhirnya dalam jam 7 lebih kami bertolak ke PINTAS sambil membaca surah al-Kahfi...sampai di PINTAS kami di sambut dengan wajah-wajah ceria kanak-kana..comelnya mereka semuanya nampak suci dan tulus..lelaki memakai baju melayu dan bersamping perempuan pulak baju kurung dan bertundung alangkah indahnya jika mereka semuanya kekal bertudung dewasa kelak...tapi insyaAllah jika dididik sejak kecil untuk bertudung dan menutup aurat mereka akan kekal begitu...seperti kata pujangga" melentur buluh biar lah dari rebungnya" kemudian kami disalami kanak-kanak PINTAS....gembiranya melihat mereka teringat zaman aku kanak-kanak tapi aku insan yang tidak bernasib baik, aku tak pernah ke tadika dan bila dapat ke sekolah pada darjah satu alangkah gembiranya di sana aku mula tahu erti sahabat..sahabat insan yang sentiasa di sisi kita apabila kita gembira, sedih, susah dan bahagia...semoga kami dipertemu semula jika tidak di dunia moga indah di syurgaMu....sekarang walaupun tak dapat masuk tadika tetapi sekarang aku kembali ke tadika sebagai seorang guru...insyaAllah dengan izinMu....kemudian kami dibenarkan melawat sekitar tadika..pada hari ini pembelajaran mereka ialah solat...comelnya mereka semua semoga bila dewasa mereka tetap menunaikan kewajipan mereka ini sebagai seorang muslim dan muslimah...aktiviti terakhir kami di sana ialah membuat aktiviti kolaj bersama-sama kanak-kanak...kami sempat berborak dengan mereka..bijaknya si kecil ni...macam2 coleteh mereka yang kami dengar..yang aku tak boleh lupa ialah nama saya kak ila...hehe comey....bila kami bertanya macam2 jawapan bernas yang mereka keluar dari bibir mongel mereka...emmm patutlah mak ayah mereka sorang doktor, sorang pensyarah.." kemana lagi kuah kalau tak tumpah ke nasi"..akhirnya waktu yang kami tak suka ialah perpisahan dengan mereka...tapi dah memang fitrahnya setiap pertemuan mesti ada perpisahan...sebelum itu kami dihidangkan dengan persembahan mereka...kagumnya aku mendengar mereka membaca beberapa potong hadis..subhanallah....akhirnya kami bertolak pulang sedih rasanya untuk berpisah dengan mereka dan aku bertekad suatu hari nanti aku ingin menjadi seorang guru yang bertanggungjawab dan penuh dedikasi..insya Allah....
No comments:
Post a Comment