-

nuffnang

berminat?? click la kt image tu,..

30 July 2011

segmen: cari kawan sama bulan lahir isalam sempena ramadhan..

asssalamualaikum...malam ni cik su bosan sangat n tak de idea nak update blog, so cik su pom nak la join segmen nih..tima kasih to nur shuhada..susah-susah je tag cik su...tima kasih juga kepada tuan punya segmen cik layha.hehehe..cik su sebenarnya bukan rajin sangat dalam join menjoin segmen nih..tapi rasa tertarik pulak tengok tajuk segmen nih...cik su kalo bab2 bulan lahir nih sukaaaaa..mudah-mudahan..dengan join segmen nih cik su dapat ramai sahabat..dan merapatkan ukhuwah sesama kite..


alhamdulillah cik su telah selamat dilahir kan pada tanggal 8 syawal 1410 hijriah hari jumaat..rupanya cik su lahir raya ke 8..hehehe..orang lain sambut raya..mak bidan pulak sambut cik su..hahaha

sahabat cik su yg bertuah malam ni ialah...




siap sudaaaa...

26 July 2011

segmen:saya blogger ipta/s

 sebelum cik su melabuhkan tirai pada petang nih...cik su nak join 1 segmen nih...
iaitu saya blogger ipts/s
korang pom boleh join segmen nih..    

                                               cik su ni penuntut universiti pendidikan sultan idris (UPSI).
.insyaAllah panjang umur bukak nanti masuk sem 5 tahun tiga
dalam ijazah sarjana muda pendidikan awal kanak-kanak..




ramadhan datang lagi..

selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua umat islam..ahlan wasahlan ya ramadhan..

alhamdulillah..dalam 4 hari lagi umat islam akan menjalani bulan ramadhan yg penuh dengan keberkatan..tiap2 tahun cik niat nak khatam Al-Quran  dan solat terawih sepanjang bulan ramadhan tp, selalu jugak tinggal angan2...hrmmm...korang semua doakan cik su dapat khatam tahun ni ya..


Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

rujukan dari fadhilat bulan-bulan islam..


~tahun ni paling best sebab cik su dapat berpuasa dengan family~

cuak gler....

bas baru nih..hahaha
citer cik su kali ni memang ada kaitan dengan bas..
cik su ni jenis jarang keluar rumah sorang2...tapi bila jadi sukarelawan..
nak tak nak kene la berani kan diri berdiri atas kaki sendiri..
masa pergi ke bazar tok guru tu ayah cik su yg
 hantar bila balik pandai2 sendiri..memang cuak jugak bile pikir nak 
balik sorang2 dengan bas...tapi sebab tak nak susahkan ayah 
nak kene hantar dan ambil kan..

cik su memang tak tahu pasal perjalanan bas...sampai je kt bas stop..
cik su paksakan diri tanye orang..walau pom segan sangat
(bukan senang nak tengok cik su cakap dengan orang tak kenal)
tapi kalo malu bertanya sesat jalan kan, kan??...
walaupom dah ade jadual perjalanan cik su tetap 
tanya orang dengan detail pulak tu.
bas ke bachok pukul bape?? nanti bas ni lalu kt mane??
 lepas tu tanye lagi adik ni nak turun kt mne??(kot2 sama dengan cik su)
banyak lg la yg cik su tanya kt budak tu,
tp yg pastinya cik su tak tanye nama dia..hahaha.

pada hari ke 2 cik su naik bas..bas penuh, so cik su pom berdiri ar...
ada tempat kosong tp sebelah lelaki..
cik su memilih untuk berdiri je...tiba2 ada sorang 
pak cik naik bas..kat baju dia ade name tag perempuan
siti jamilah(kalo tak silap)..
dalam hati cakap pak cik ni buat lawak ke ape??
ade ke pakai name tag pompuan..
pak cik tu duduk kt kerusi kosong sebelah lelaki...
cik su pom tak kisah sangat la kan..

akhirnya cik su dapat duduk sebelah pompuan 
tapi dia dah tertidur, cik su pom ape lagi bace novel la...
tengah duk layan novel..cik su terpandang kt pak cik tu..
pelik je perangai dia..dah la cakap sorang2..tetiba..
kakak sebelah bangun dan cakap dia risau 
sebab dalam bas ni ade orang giler..
huh!!!! terkejut la cik su..patut la pak cik tu pelik je..
.memang cuak ah..

nasib baik tempat cik su nak turun dah dekat..
tapi yg lebih mencuak kan cik su..bila cik su tekan lonceng, 
pak cik tu tekan jugak..ya Allah memang cik su takut.
dalam hati berdoa..jangan la pak cik ni turun jugak..
dah la tak ramai orang lalu kt tempat tu..
rasa nak nangis pom ade gak..

tapi alhamdulillah pak cik tu, tolong tekan je, dia tak turun sekali..memang tak leh lupa ar...haahhahaha

koleksi yg terkumpul





green-volunteers(sukarelawan hijau kelantan)

napak tak berbaju hijau seluar hitam tu??  tu la pakain rasmi kteorang sepanjang bertugas sebagai sukarelawan kt kelantan  cheng ho international food festival 2011
korang tahu tak ape 2 green volunteers???
hoho mesti ramai yg tak tahu kan??
ok la meh cik su nak citer..green v- atau sukarelawan hijau kelantan adalah pertubuhan sukarelawan yg telah diiktirafkan oleh kerajaan kelantan...ia mula ditubuhkan pada tahun lepas(cik su baru je join bulan 6 tahun nih hehe) dan bertindak sebagai sukarelawan yg menjayakan expo cheng ho 2010 dan sekarang telah semakin berkembang bukan sahaja bertugas masa expo cheng ho saje, tapi buat kerje lain sperti beach attack dan esok pulak terlibat dengan gotong royong membersihkan pasar siti khadijah( aku tak dapat ikut sebab masalah pengakutan,sedih nak g gak..huhu)

pentas utama.
 alhamdulillah selama 10 hari expo cheng ho berlangsung, banyak pengalaman yang cik su dapat dan juga betul2 menguji cik su dalam keikhlasan, pengorbanan, kesabaran dan banyak lagi..dan yg paling best cik su dapat jumpe dengan tok guru(menteri besar kelantan) face to face masa majlis perasmian expo cheng ho...Allah je tahu perasaan masa tu..terharu sangat macam nak nangis pom ade gak..cik su memang dah lama berangan-angan nak jumpe tok guru..alhamdulillah...Allah perkenankan doa cik su...sob3..pda hari tu cik su bertugas sebagai penyambut tetamu sebelum ditukar tolong jaga booth international..ramai betol orang datang n tanya kat mane tok guru mari??? rupanya ramai betol yg datang nak jumpe dengan tok guru bukan cik su sorang je..

ni la rakan seperjuangan cik su..depa ni  jaga booth depan booth yg cik su jaga..
cik su nih orang pendiam dan pemalu(ehem3 perasan je haha), so cik su memang susah ar nak tegur orang baru kenal..tapi bila dah bekerja bersama-sama..kami makin rapat..tegur-menegur, bergurau dah jadi macam keluarga yg besar..sama-sama berbalas senyuman n bertegur sapa walaupom pada mulanya kteorang tak kenal sape2..mula2 nya cik su ade 2 orang kawan je(sahabat 1 sekolah menengah) tapi sekarang dah punyer ramai kawan..memang best...rasa tak berpisah dengan diorang..insyaAllah ada jodoh jumpe lg...



pengalaman itu amat berharga tak boleh dibeli, walaupom boleh mendengar cerita dari pengalaman orang lain ianya tidak sama dengan pengalaman yg kte lalui sendiri...

04 July 2011

mengimbau kenangan silam...part1

gambar hiasan

kepada para blogger jom kte pkat mengimbau zaman kanak-kanak..hehehe...
zaman kanak-kanak aku mungkin tak seindah korang semua...
masing-masing ada gaya hidup sendiri kan..??
aku dibesarkan dalam keluarga yg sederhana...
 anak yg ke 5 dari 8 orang adik beradik..zaman kanak-kanak aku tak sama 
dengan kanak-kanak pompuan lain bermain pondok-pondok, kawin-kawin..
pakai baju girl ala-ala princess tu...memang aku tak ar..

aku dibesarkan dikalangan abang-abang yg ganas2 belaka, 
so tak da masa nak main pondok-pondok, masak-masak smua tu...
tempat permainan aku banyak dihabiskan dekat parit-parit kecik..buat ape???
ape lagi tangkap ikan ar...aku selalu mengikut abang aku tangkap ikan laga...
banyak cantik la...cuma aku tak da la sekejam abang aku..
diorang tangkap ikan memang buat laga..aku tangkap sebab nak pelihara ..
macam2 jenis warna ikan laga...tapi mati gak akhirnya..
bila dah besar nih..nak lalu dekat parit pom dah tak mahu..
kotor la(ceh, dulu tempat tu gak aku berkubang macam kerbau dh) hahaha

dulu aku pom lebih suka berambut pendek..
then, sering konfius aku ni lelaki ke pompuan..
baju aku semuanya jenis lelaki..
budak pompuan lain berbaju kurung time raya aku pulak 
seluar jeans dengan baju t-shirt rambut pendek, 
sampai pak saudara pom cakap aku dah cam budak laki...
aish..teruk bebenor..tapi nak buat cam ne kan dah teman permainan aku semuanya lelaki(abang-abang aku je)

so, kene la ganas ckit kalu lembek sah ar diorang tak bagi aku 
main sama nga diorang..aku agak rapat dengan abang aku yg ke-3 
kami beza umur 3 tahun je...aku pernah ade baju yg sama dengannya..
namanya MOHD RUZAIMI, nama ringkasnya abe mie(versi kelantan)..
sebagai adik pompuan aku memang tak terlepas ar dari dibuli dari abang..
nak tahu cerita seterusnya..tunggu...
coz aku nak perkenalkan dulu abang aku yg teramat nakal...

to be continues...


03 July 2011

terasa ruginya

dah lama gler aku tak update blog kan semenjak bercuti ni....emmm nak buat cam ne kat umah tak tenet ataupom broadband...kalo dapat update pom jarang2 je la..ada duit boleh topup and langgan broadband celcom 24 jam 5 hinggit..nak topup selalu alamatnya dapat ceramah tak berbayar la dari my mom...huhuhu

bila dapat update nih...sempat la jgak menjengah blog member2...alahai rasa ruginya dah banyak giler terlepas entry yg best2..nak bace semua dalam masa 24 jam memang sah la tak sempat...nak pulak line slow cam ciput.. 
so, aku jengah la blog2 feveret aku... dapat bace tajuk pom jadi laaa..

sekarang kan tengah hangat pasal perhimpunan bersih tu...seyesly aku tak tahu pom pasal perhimpunan bersih nih..almaklumlah jarang tengok berita..tapi kadang2 tertengok gak ditambah pulak dengan iklan tu..aish macam2 la... tapi yang bestnya, bila aku dapat tahu my brother yg keje kt shah alam tu nak join jgk perhimpunan tu..hahaha..so, aku pom report ar kat my mom..apa lagi terus je my mom call larang dia p..hrmm tak tahu la dia dengar ke tak... my abang tu tak kurang jugak degilnya...hahahaha..mesti dia bengang giler dengan aku cz dah pecahkan rahsia dia..


suka dan rela

Apa yg suka apa yg rela ni???
Jangan salah anggap ya…meh nak cter..setelah dua bulan aku duk rumah tunggu biji benih anggur yg tak tumbuh-tumbuh tu aku pom sertai lah satu pertubuhan sukarelawan Green-V (Green Volunteers) bawah kerajaan Kelantan… bagaimana aku boleh terlibat dengan Green-V ni, bila aku dapat mesej dari member satu sekolah..mesejnya berbunyi begini..emm..emm..

Anda dpelawa menjadi sukarelawan KELCHEEF 2011 (kelantan Cheng Ho Food Festival) yang akan diadakan pd 14-23 julai 2011 di Bazar Tok Guru. Elaun dan uniform disediakan. Kursus 1 dan 2 julai 2011. Tarikh tutup penyertaan 25 jun 11. Dapatkan borang di pejabat Green-V atau hubungi 09…sebarkan..

Mesej yang pertama ni memang aku berminat tapi bila pikir pasal transport..aku cancel ar..nak pergi dengan apa kan bukannya dekat…nak berulang dari bachok ke kota bharu selama sepuluh hari.. ..so, aku pom lupakan lah niat nak jadi sukarelawan nih…

Tak lama kemudian aku dapat pulak mesej nih dari member satu uni pulak…member aku ni duk jauh, so aku Tanya lah boleh ke dia pergi KB  jauh tu…dia pom cakap yg para sukarelawan ni akan dsediakan penginapan.. owh…kalu macam aku pom nak..best la nanti dapat handle expo besar coz expo ni akan melibatkan peserta dari luar Negara china, Indonesia, Thailand dan beberapa lg Negara aku pom dah lupa….

Then, aku pom mesej sepupu aku plak..dia pom nak jugak..so, dia la yg p ambil dan hantar borang.. semalam 1 dan 2 julai aku p kursus kat Balai Islam Lundang..ramainya..yg tak sangkanya member aku satu sekolah menengah yg dah lama tak jumpa,(bukan member yg mesej aku tu) pom terlibat jugak..terkejut deng bila sampai tengok dia pom ada jgak bersama dengan member yg mesej aku..hehe
ni la logo green v


Masa kursus tu aku didedahkan tentang Green-V nih, coz selama ni aku tak pernah tahu pom pasal pertubuhan sukarelawan Green-V.. Alhamdulillah serba sedikit aku didedahkan dengan pelbagai maklumat..bagaimana nak handel tetamu dari luar, nak berkomunikasi, bagaimana nak baca reaksi pelancong dan banyak lg..pada hari tu juga kami dibahagikan kepada beberapa portfolio yg akan bertugas pada expo tu, aku dapat portfolio sera delta tugas aku handle penginapan dan persiapan makanan para sukarelawan.. tapi kami juga akan membantu di booth2 peserta luar Negara.. alahai memang akan keluar berbagai bahasa isyarat la nanti..bahasa inggeris broken bleh la.lg pom belum peserta dari china tu boleh bertutur bahasa inggeris... 
aku rasa citer aku nih dah ckup panjang.. aku sendiri pom malas nak bace  apa yg aku tulis apa lg korang.. so, aku akan tulis lagi pasal KELCHEEF ni, apa yg akan ada masa expo tu..InsyaAllah….


Majlis pertunangan….

Alhamdulillah majlis pertunangan abang aku berjalan dengan lancar.. yg kiri dan paling kecil,tu la ayah aku..masa ni kteorang semua tengah berbincang pasal pertunangan hantaran dan semua la...



pandai betul bakal kakak ipar aku tu ambil hati mak aku..asyik berkepit je nga mak lepas majlis.. nak bergambar sampai lupa mak sendiri hehehe.. 


boleh plak diorang bertukar-tukar mak.. abang aku bergambar dengan maknya.. yg bagusnya baju yg abang aku pakai tu sedondong pulak dengan baju bakal mak mertuanya…mak mertuanya pom boleh tahan dah macam datin..hahaha (sempat lg mengata org ye)

Amboi ambik hati bakal kakak ipar pulak..haha.yg baju purple tu la sorang-sorangnya kakak yg aku ada….my adik tu plak malu2 almaklumlah bakal kakak ipar panggil dia adik comel…hahaha


SELAMAT BERTUNANG NUR FADIA & MOHD HAFIZAN


walaupun majlis ni tak semeriah dan se-gah orang lain.. … harap-harap ianya kekal ke akhir hayat…InysaAllah… lagi pom majlis tu diadakan biasa-biasa je hanya ahli keluarga pengantin dan juga ahli  keluarga kteorang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...