-

nuffnang

berminat?? click la kt image tu,..

30 December 2011

entry petang jumaaat terakhir bg tahun 2011

semua yg hidup pasti akan merasai mati..
cuma yang membezakan lambat atau cepat..
sedih gler ending cter tentang dhia...
kedua-duanya meninggal dalam masa yg sama..
cuma dhia awal sikit dari zikir..


seyes meleleh beb aku  tengok ending cter nih...
lagi sedih dari cter ombak rindu...

mungkin semua dah sedar kan 
hari ni adalah hari jumaat teakhir bagi tahun 2011..
tak lama dah nak menjengah ke tahun 2012..
banyak kenangan suka duka yang aku tempuhi sepanjang tahun 2011
di mana setiap apa yg berlaku mesti ada hikmah disebaliknya..
tetiba touching plak..hehe

good bye 2011 dan welcome 2012..
ok umur aku pom akan menginjak ke-22 tahun...
rasa baru semalam aku masuk sekolah rendah...hehe




study week vs mee segera week

bila masuk je minggu study week...
bermakna tiap2 hari la aku makan mee segera..
malas nak turun cari makan punyer pasal..
makan la mee segera tiap2 hari...bahaya betol kan??
dah tahu dah tapi makan jugak...
yang membezakan menu tiap2 hari ialah..

semalam..



hari ini
---------
-----------
--------
---------

tadaaa...sedap la sangat....


cumanya sebelah malam kalo dah lapar  sangat ajak member 
kuar makan...uikss kalo nk turun makan sorang HJ la jawabnya...
nasib la ade jugak member yg senasib dengan aku...
tak da kawan nak meneman makan...

so 2,3 hari ni dia lah yg meneman aku makan...
dari makan sorang sob3....
walau dia agak talk aktive layan je(belajar untuk jd pendengar yg baik)
 sory geng...hak3




29 December 2011

kisah Liana

Kisah Liana | Pada suatu hari, di suatu petang yang hening. Tatkala burung-burung lain sudah pun pulang ke halaman masing-masing. Liana menangis di hadapan ibu dan bapanya.


“Sungguh memalukan!!”, bertak si ayah.
“Maafkan saya bapak, sa..saya..saya menyesal!!”, Liana terisak-isak di hadapan bapaknya.
“Menyesal???? Dah terlambat! Kau tahu tak? Nama keluarga kita dah tercemar!! … belum pernah keturunan kita kena macam nie? Kau tahu tak!!” herdik bapak Liana.

sudahlah bang...mak liana menyampuk..kita bincangkan sekeluarga...

nak bincangkan apa lagi???...anak awak ni dah mengaku..isshhh.....balas bapanya sambil memalingkan mukanya ke arah pokok di luar...

liana betul-betul menyesal dengan pengakuannya itu....kalau dia tahu bapaknya jadi cam ni dia diam je.....toksah ngaku lagi baik..seluruh hidupnya seakan-akan runtuh di depan matanya...masa depan dia gelap??...dia telah mencemarkan nama baik keluarga dan keturunannya....dia tahu masyarakat tidak dapat menerimanya lagi...dia tahu keluarganya dah kecewa..what a let down..(sigh)..

di satu pagi yg hening dia keluar menuju kearah satu bangunan pencakar langit yang tinggi..perlahan-lahan dia menaiki tangga..sampai ke atas bumbung bangunan itu...dia memandang ke bawah...dia lihat kereta dan orang ramai bersepah kat bawah macam semut-semut yang baru kene spray dengan baygon....liana dah nekad apa akan terjadi....jadilah...dia dah memalukan keluarganya..dia dah mencemarkan keturunannya...bapanya tidak mahu menerimanya lagi atas kelemahannya itu...

liana terbayang wajah emaknya..air mata menitis..emaknya lah tempat dia bermanja..emaknya lah yang akan menyelimutkannya di kala sejuk,..menyuapkan dikala lapar..wajah adik-beradik kembarnya juga terbayang di mata..sambil mengesat air mata dia menarik nafas panjang..berjalan ke hadapan hingga ke hujung bangunan..setapak demi setapak dia melangkah ke hadapan hingga dirinya terjatuh melayang ke bawah...dia dapat rasakan angin begitu deras memukul mukanya..jantungnya berdegup pantas bila dia melihat bumi semakin dekat.....dengan satu tarikan nafas yang agak dalam...liana mengembangkan sayapnya...swooooohhhhhssss!!!!....dia boleh terbang?????? yessss!!...yeeesssss!!...yeeeesssss!!!...i've made it!!!...dia memekik keriangan..

finally dia dapat melawan fobianya...dia sudah no longer afraid of height...sebagai seekor burung itulah sepatutnya menjadi fitrah semulajadi....selama ini dia takut.....ye dia takut dia takut pada tempat tinggi dan kerana ketakutan inilah membuatnya tidak mahu terbang.....dah bertahun dia rahsiakan dari keluarganya...sebab itu bapaknya kecewa bila dia membuat pengakuan itu kerana tidak pernah seumur hidup seekor burung takut pada ketinggian...tapi sekarang dia dah tak takut dia dah berani...dia dah boleh terbang....

28 December 2011

hari cuti sedunia bace buku

hari ni dah masuk hari ke-3 study week..
memang betol study la...hahahhaa...


semalam aku dh isytiharkan hari cuti bace buku..
tak tahu nape memang malas gler nak stdy..
semalam bngun dalam 3.30 konon2nya nak study la
lepas solat apa yg patut..aku bkak laptop..
bkak buku pasang lagu tapi HJ buku tu tak menarik langsung..
alih2 aku p selongkar folder gambar2 aku untuk sem nih..
habis aku tengok..tilik muka sorang2 cari jerawat sebijik dua..hak3..
memang malas tahap kronik ar..
lepas tengok gambar dekat2 pukul 5 aku sambung tdoor lg
lepas 2 bngun solat subuh lam 6.30 terus tersungkur sekali lg..

akhirnya kul 8 aku bangun..basuh muka semua
bukak laptop nak study la kononnya tp hampeh..
aku p main solitaire plak..


tengah hari plak member ajak g jalan2 kt pekan
sambil makan KFC..amik kaw dh last sem
p makan KFC, org lain dah pokai pom..haha

aktiviti malam plak..

mencengkik durian.

9 biji vs 5 org
bab kte c'b alang2 nak makan biar kenyang sebulan..hak3
melampau betol la..aku ni jenis kalo makan durian seluas 2 boleh la tp kalo bnyk2...hurmmm
semalam 9 biji memang tak nak makan durian dh la lepas ni


bismillahirahmanirahim..dah habis seulas baru nak bimillah..hihi

habis tnggal biji dan kulit je..

sebenarnya aku bimbang dengan diorang nih..
9 biji boleh habis ke???
tapi hampeh tinggal biji ..buang masa je aku risau..
awal2 lg aku dh surrender diorang b3 kt atas nih yg habiskan
tp seyes semalam panas + penim..
enth pukul bape aku lelap...

27 December 2011

"Pikalurve 2nd GIVEAWAY"


SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

1. penduduk di MALAYSIA sahaja dan seorang blogger
3. wajib LIKE page www.facebook.com/Pikalurve  (sponsor hadiah)
4. buat entry khas untuk giveaway ini [ TAJUK: "Pikalurve 2nd GIVEAWAY"]
5. hantarkan link entry anda di comment ini sahaja
6. letak banner PIKALURVE GIvEAWAY di side bar blog anda

senang je kn so ape lg join la...
tekan banner kuat2 ek..hehe

p/s: banner pikalurve kt bwh sebab besar sgt..hehe

25 December 2011

KONSERT MAHER ZAIN...

teruja tak?? cakap la teruja..hak3....aku nak story moy nih...
semalam guwa dapat tengok maher zain in real ...memang teruja abis la....


sehari sebelum pergi..
aku baru balik dari pasar malam kt khar..
bila masuk pintu pagar kolej aku..
aku jumpe la member 1 course..kteorang just berbalas senyuman je la,,,
tp sebenarnya ade sorang lg member rapat aku kt sekolah, then p matrik sama2
LEPA 2 mai UPSI sama2..jodoh kami kuat gler..
mula tu dia tak perasan pom aku lalu..tapi member aku 1 course cakap kt dia..
dia pom panggil aku..tak kan aku nak blaaa macam tu KAN

sebenarnya aku segan kt sorang budak laki...(diorang ber3 sdg berniaga burger)
bdak tu 1 kelas dengan aku masa kursus U (masa 2 AKU jd ketua kelas)
banyak kenangan yg memalukan masa aku jd ketua..sob3
'so member aku tanye la pergi tak konsert maher zain??
huh aku sememang bukan penyebar gosip n pendengar gosip.
jawab tak tahu pom...
so member aku tanye nak g ke tak??
eh mesti la nak g kalo boleh..
tba2 budak laki tu menyampuk..try la call ASRI yg handel bas...
so member aku call si ASRI tu..then dia ckp ade kosong lg..
terus je la bagi nama...walau pom was2 coz aku kene la cek balik ade tak name tu..

then keesokan tu dh kul 11.30 member aku msg
nama aku ada..senyum meleret la dapat g tengok MAHER ZAIN real kot...

ac mizal pengacara malam td

hampir 50000 org membanjiri stadium ipoh

hanya mampu melihat dari jauh
hambik gambar pom guna hp cikai je..

tapi boleh la tgk kt screen besar...masyaAllah ensemnya  MAHER ZAIN..

malam tadi maher zain mnyanyi 2 buah lagu melayu...ork lagu dia juga 
tapi telah diversi kn ke bahasa melayu..
INSYAALLAH dan FOR THE REST OF MY LIFE

sila jngan jeles sebab gambar ni aku ambik dr uncle google..
tp lebih kurang mcm ni la maher zain pakai baju  melayu for his last song
" for the rest of my life" versi owg puteh..




23 December 2011

first giveaway by Dya


kali ni aku join GA dr dya..negeri asal kelantan(rasa bertuah lahir kt kelantan)
tapi sekarang menetap sementara kt tg malim perak..

aku nak tag

kisah cinta Saidina Ali dan Fatimah Az-Zahrah

Dipendamkan di dalam hatinya, yang tidak diceritakan kepada sesiapa tentang perasaan hatinya. Tertarik dirinya seorang gadis, yang punya peribadi tinggi, paras yang cantik, kecekalan yang kuat, apatah lagi ibadahnya, hasil didikan ayahnya yang dicintai oleh umat manusia, yakni Rasulullah S.A.W. Itulah Fatimah Az-Zahrah, puteri kesayangan Nabi Muhammad, serikandi berperibadi mulia. Dia sedar, dirinya tidak punya apa-apa, untuk meminang puteri Rasulullah. Hanya usaha dengan bekerja supaya dapat merealisasikan cintanya. Itulah Ali, sepupu baginda sendiri. Sehingga beliau tersentap, mendengar perkhabaran bahawa sahabat mulia nabi, Abu Bakar As-Siddiq, melamar Fatimah.

”Allah mengujiku rupanya”, begitu batin ’Ali. Ia merasa diuji kerana merasa apalah dia dibanding Abu Bakar. Kedudukan di sisi Nabi? Abu Bakr lebih utama, mungkin dia bukan kerabat dekat Nabi seperti ’Ali, namun keimanan dan pembelaannya pada Allah dan RasulNya tak tertandingi. Lihatlah bagaimana Abu Bakr menjadi kawan perjalanan Nabi dalam hijrah sementara ’Ali bertugas menggantikan beliau untuk menanti maut di ranjangnya.Lihatlah juga bagaimana Abu Bakr berda’wah. Lihatlah berapa banyak tokoh bangsawan dan saudagar Makkah yang masuk Islam karena sentuhan Abu Bakar; ’Utsman, ’Abdurrahman ibn ’Auf, Thalhah, Zubair, Sa’d ibn Abi Waqqash, Mush’ab. Ini yang tak mungkin dilakukan kanak-kanak kurang pergaulan seperti ’Ali. Lihatlah berapa banyak budak muslim yang dibebaskan dan para faqir yang dibela Abu Bakar; Bilal, Khabbab, keluarga Yassir, ’Abdullah ibn Mas’ud. Dan siapa budak yang dibebaskan ’Ali?Dari segi kewangan, Abu Bakar sang saudagar, insyaallah lebih bisa membahagiakan Fathimah.’Ali hanya pemuda miskin dari keluarga miskin.

”Inilah persaudaraan dan cinta”, gumam ’Ali.
”Aku mengutamakan Abu Bakr atas diriku, aku mengutamakan kebahagiaan Fathimah atas cintaku.”

Namun, sinar masih ada buatnya. Perkhabaran diterima bahawa pinangan Abu Bakar ditolah baik oleh Nabi. Ini menaikkan semangat beliau untuk berusaha mempersiapkan diri. Tapi, ujian itu bukan setakat disitu, kali ini perkhabaran lain diterima olehnya. Umar Al-Khatab, seorang sahabat gagah perkasa, menggerunkan musuh islam, dan dia pula cuba meminang Fatimah. Seorang lelaki yang terang-terangan mengisytiharkan keislamannya, yang nyata membuatkan muslimin dan muslimat ketika itu yang dilanda ketakutan oleh tentangan kafir quraisy mula berani mendongak muka, seorang lelaki yang membuatkan syaitan berlari ketakutan.

Ya, Al Faruq, sang pemisah kebenaran dan kebathilan itu juga datang melamar Fathimah. Ali mendengar sendiri betapa seringnya Nabi berkata, ”Aku datang bersama Abu Bakr dan ’Umar, aku keluar bersama Abu Bakr dan ’Umar, aku masuk bersama Abu Bakr dan ’Umar”. Betapa tinggi kedudukannya di sisi Rasul, di sisi ayah Fathimah. Ali redha kerana dia tahu Umar lagi layak darinya. Tetapi, sekali lagi peluang terbuka, tatkala perkhabaran diterimanya, bahawa pinangan Umar juga ditolak. Bagaimanakah sebenarnya menantu pilihan nabi, sedangkan dua sahabat baginda turut ditolak peminangannya?

Pada suatu hari Abu Bakar As-Shiddiq r.a. Umar Ibnul Khatab r.a. dan Sa’ad bin Mu’adz bersama-sama Rasul Allah s.a.w. duduk dalam masjid. Pada kesempatan itu diperbincangkan antara lain persoalan puteri Rasul Allah s.a.w. Saat itu baginda bertanya kepada Abu Bakar As-Shiddiq r.a “Apakah engkau bersedia menyampaikan persoalan Fatimah itu kepada Ali bin Abi Thalib?”

Abu Bakar As-Shiddiq menyatakan kesediaanya. Ia beranjak untuk menghubungi Ali r.a. Sewaktu Ali r.a. melihat datangnya Abu Bakar As-Shiddiq r.a. dgn tergopoh-gopoh dan terperanjat ia menyambutnya kemudian bertanya: “Anda datang membawa berita apa?”

Setelah duduk beristirahat sejenak Abu Bakar As-Shiddiq r.a. segera menjelaskan persoalannya: “Hai Ali engkau adalah orang pertama yg beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta mempunyai keutamaan lebih dibanding dengan orang lain. Semua sifat utama ada pada dirimu. Demikian pula engkau adalah kerabat Rasul Allah s.a.w. Beberapa orang sahabat terkemuka telah menyampaikan lamaran kepada baginda untuk mempersunting puteri beliau. Lamaran itu telah beliau semua tolak. Beliau mengemukakan bahawa persoalan puterinya diserahkan kepada Allah s.w.t. Akan tetapi hai Ali apa sebab hingga sekarang engkau belum pernah menyebut-nyebut puteri beliau itu dan mengapa engkau tidak melamar untuk dirimu sendiri? Kuharap semoga Allah dan RasulNya akan menahan puteri itu untukmu.”

Mendengar perkataan Abu Bakar r.a. mata Saidina Ali r.a. berlinang air mata. Menanggapi kata-kata itu, Ali r.a. berkata: “Hai Abu Bakar, anda telah membuatkan hatiku bergoncang yang semulanya tenang. Anda telah mengingatkan sesuatu yang sudah kulupakan. Demi Allah aku memang menghendaki Fatimah tetapi yang menjadi penghalang satu-satunya bagiku ialah kerana aku tidak mempunyai apa-apa.”

Abu Bakar r.a. terharu mendengar jawapan Ali itu. Untuk membesarkan dan menguatkan hati Imam Ali r.a. Abu Bakar r.a. berkata: “Hai Ali, janganlah engkau berkata seperti itu. Bagi Allah dan Rasul-Nya dunia dan seisinya ini hanyalah ibarat debu bertaburan belaka!”

Setelah berlangsung dialog seperlunya Abu Bakar r.a. berhasil mendorong keberanian Imam Ali r.a. untuk melamar puteri Rasul Allah s.a.w.

Beberapa waktu kemudian Saidina Ali r.a. datang menghadap Rasul Allah s.a.w. yg ketika itu sedang berada di tempat kediaman Ummu Salmah. Mendengar pintu diketuk orang, Ummu Salmah bertanya kepada Rasulullah s.a.w.: “Siapakah yg mengetuk pintu?” Rasul Allah s.a.w. menjawab: “Bangunlah dan bukakan pintu baginya. Dia orang yang dicintai Allah dan RasulNya dan ia pun mencintai Allah dan Rasul-Nya!”

Jawapan Nabi Muhammad s.a.w. itu belum memuaskan Ummu Salmah r.a. Ia bertanya lagi: “Ya tetapi siapakah dia itu?”

“Dia saudaraku orang kesayanganku!” jawab Nabi Muhammad s.a.w.

Tercantum dalam banyak riwayat bahawa Ummu Salmah di kemudian hari mengisahkan pengalamannya sendiri mengenai kunjungan Saidina Ali r.a. kepada Nabi Muhammad s.a.w. itu: “Aku berdiri cepat-cepat menuju ke pintu sampai kakiku terantuk-antuk. Setelah pintu kubuka ternyata orang yang datang itu ialah Ali bin Abi Thalib. Aku lalu kembali ke tempat semula. Ia masuk kemudian mengucapkan salam dan dijawab oleh Rasul Allah s.a.w. Ia dipersilakan duduk di depan beliau. Ali bin Abi Thalib menundukkan kepala seolah-olah mempunyai maksud tetapi malu hendak mengutarakannya.

Rasul Allah mendahului berkata: “Hai Ali nampaknya engkau mempunyai suatu keperluan. Katakanlah apa yang ada dalam fikiranmu. Apa saja yang engkau perlukan akan kau peroleh dariku!”

Mendengar kata-kata Rasul Allah s.a.w. yang demikian itu lahirlah keberanian Ali bin Abi Thalib untuk berkata: “Maafkanlah ya Rasul Allah. Anda tentu ingat bahawa anda telah mengambil aku dari pakcikmu Abu Thalib dan makcikmu Fatimah binti Asad di kala aku masih kanak-kanak dan belum mengerti apa-apa.

Sesungguhnya Allah telah memberi hidayat kepadaku melalui anda juga. Dan anda ya Rasul Allah adl tempat aku bernaung dan anda jugalah yang menjadi wasilahku di dunia dan akhirat. Setelah Allah membesarkan diriku dan sekarang menjadi dewasa aku ingin berumah tangga; hidup bersama seorang isteri. Sekarang aku datang menghadap untuk melamar puteri anda Fatimah. Ya Rasul Allah apakah anda berkenan menyetujui dan menikahkan diriku dengan Fatimah?”

Ummu Salmah melanjutkan kisahnya: “Saat itu kulihat wajah Rasul Allah nampak berseri-seri. Sambil tersenyum beliau berkata kepada Ali bin Abi Thalib: “Hai Ali apakah engkau mempunyai suatu bekal mas kahwin?” .

“Demi Allah” jawab Ali bin Abi Thalib dengan terus terang “Anda sendiri mengetahui bagaimana keadaanku tak ada sesuatu tentang diriku yg tidak anda ketahui. Aku tidak mempunyai apa-apa selain sebuah baju besi sebilah pedang dan seekor unta.”

“Tentang pedangmu itu” kata Rasul Allah s.a.w. menanggapi jawapan Ali bin Abi Thalib “engkau tetap memerlukannya untuk perjuangan di jalan Allah. Dan untamu itu engkau juga perlu buat keperluan mengambil air bagi keluargamu dan juga engkau memerlukannya dalam perjalanan jauh. Oleh kerana itu aku hendak menikahkan engkau hanya atas dasar mas kahwin sebuah baju besi saja. Aku puas menerima barang itu dari tanganmu. Hai Ali engkau wajib bergembira sebab Allah ‘Azza wa*jalla sebenarnya sudah lebih dahulu menikahkan engkau di langit sebelum aku menikahkan engkau di bumi!” Demikian riwayat yang diceritakan Ummu Salmah r.a.

Setelah segala-galanya siap dengan perasaan puas dan hati gembira dgn disaksikan oleh para sahabat Rasul Allah s.a.w. mengucapkan kata-kata ijab kabul pernikahan puterinya: “Bahwasanya Allah s.w.t. memerintahkan aku supaya menikahkan engkau Fatimah atas dasar mas kahwin 400 dirham. Mudah-mudahan engkau dapat menerima hal itu.”

“Ya Rasul Allah, itu kuterima dgn baik” jawab Ali bin Abi Thalib r.a. dalam pernikahan itu.

Inilah jalan cinta para pejuang. Jalan yang mempertemukan cinta dan semua perasaan dengan tanggungjawab.

Cinta tak pernah meminta untuk menanti.
Seperti ’Ali.
Ia mempersilakan.
Atau mengambil kesempatan.
Yang pertama adalah pengorbanan.
Yang kedua adalah keberanian.

Dan ternyata tak kurang juga yang dilakukan oleh Puteri Sang Nabi, dalam suatu riwayat dikisahkan, bahwa suatu hari, Fathimah berkata kepada ‘Ali:
“Maafkan aku, karena sebelum menikah denganmu. Aku pernah satu kali merasakan jatuh cinta pada seorang pemuda” ‘Ali terkejut dan berkata, “Jikalau begitu, mengapakah engkau mahu menikah denganku? Dan Siapakah pemuda itu”
Sambil tersenyum Fathimah berkata, “Ya, kerana pemuda itu adalah Dirimu”

walaupon persaan tdk terucap,,
tp DIA maha mengetahui apa yg ade dihati kite,,
dan DIA juga yg tau apa yg terbaik utk kita,,

my first giveaway by Aimi


sape nk join sila tekan banner tu kuat2 ye..hehe

Syarat-syarat : 

1. Wajib follow blog Aimi untuk memudahkan anda .
2. Tag kepada 3 orang rakan dan pastikan diorang tahu .
3.Pemilihan pemenang berdasarkan Random.org
4.Ini paling mudah : Letakkan setiap banner sponsor sehingga tamat giveaway di sidebar , jika tidak penyertaan anda terbatal 
5.Tinggalkan link anda di comment .

mudah kan..so ape lagi join la..hadiah pom menarik tau...
mereka yg bertuah

22 December 2011

st Giveaway by Ina & Nadiah


nk join?? tekan banner kt atas kuat2..hehe


dengan berbahagianya aku nak tag.







"1st GiveAway by Anis and Aina"

nak join sila tekan kuat2 kt banner..hehe

- Mesti follow blog Anis dengan Aina, jangan lupa like fanpage kitorang. Page Anis and Aina
- Mesti warganegara Malaysia //senang nak post hadiah
- Buat satu entry bertajuk "1st GiveAway by Anis and Aina"
- Dalam entry tersebut, letakkan banner kat atas tu, dan linkkan kat blog Anis atau Aina
- Tag 1 atau lebih
- Pemenang dipilih menggunakan  random

syarat2nya mudah je..semua dh buat

sekarang aku nak tag sahabat blogger yg sgt suka join GA





assalamualaikum dan selamat pagi...
saje nak merapu kt sini pagi buta...hak3
semalam member mesej ajak main bola tampar kalo boring..
so memang tengah boring pom nih...
dengan berselipar jepun aku pom turun..
bajet terer sangat la ni main pakai selipar je...

yg ade kt court muka2 sama..kteorang pom masuk je la
lelaki dan pompuan main je..cuma guwa memang malu la wei..
bila dh campur..mula2 ckit je makin lame makin ramai plak yg turun...
dush2..malu dowhhh...
so aku pom diam je la..diorang gelak, aku gelak..

siyesly aku susah gler nak bertegur sape
dengan orang yg aku baru kenal..
lelaki ke pompuan ke sama je..
so guwa mintak maaf kalo korang tegur 
guwa hanya senyum je..

lepas main aku terus blaahh..dh nak masuk maghrib pom..
naik umah ngadap laptop..bila dapat cuti kan xde la 
nk terkejar-kejar nak mandi, so tengah ngadap tu
ngatuk gler...then guwa saje2 nak baring2
tapi ape letak je kepala kt bantal terus lelap..
pukul 2 td baru bangun..

mula tu ingat nak tido balik..tapi rasa xselesa la plak..
iye la balik main dengan berpeluh tak mandi terus tdor..
rasa melekit,...lg pom rasa tak ngatuk la plak..
bangun je mandi ngadap laptop
buku letak tepi..tapi sekarang guwa dh stat nk study nih..
daaaaa

21 December 2011

Dinner ISMP PAKK batch 2009/2010

 ini adalah makan malam pertama yg kami adakan selama 3 tahun berada di upsi..
sangat meriah walaupom bukan semua yg dapat join...
tema kami malam ni merah + hitam..
tapi ade je yg tak ikut tema...hehe
majlis makan malam kami ni dihadiri
oleh 2 orang pensyarah kami yg baik hati
dan sporting habis ar..


sebenarnya ramai lagi pensyarah yang kami jemput tapi 
disebabkan masing2 ade komitmen lain
tak dapat nak join makan malam ni..
apa2 pom memang meriah...lg pom ni adalah rancangan last2 minit..
minggu depan dah study week..tp exam lambat ag, tahun depan
(beberapa hari je lagi kte nak menginjak ke tahun 2012) hehehe


walau pelbaga dugaan dan rintangan yg kami tempuhi...
suka duka, bergaduh, bertikam lidah..
akhirnya kami berkumpul sama-sama meriahkan majlis makan malam ni..
tak sampai satu tahun pom kami akan bersama lg..
lepas ni semua akan bertebaran mencari hala tuju, mengejar cita-cita
semoga ukhuwah yang terjalin tetap berkekalan...

insyaAllah...
uhibbukum fillah

19 December 2011

emmm sedapnya

setelah seharian aku abiskan masa ari ahad kt umah petangnya lepas asar aku lepak kt rumah cik shuhada tengok movie separuh jalan...arggg geram pulak bila ingat balik...hak3

malam lepas maghrib kteorang kluar makan...guwa paksa dia pergi..keh3 so kteorang p makan2, borak2...sambil jalan cari durian...saje je kot rezeki kami malam ni dapa makan durian...dah lama kteorang mengindam nak makan durian tapi kenapa la pak cik yg jual durian tak de biasanya ade jual kt tepi2 jalan...so tengah kami jalan2 tu tetiba eh2....nampak tu van??? ade orang jual durian la...gler excited dapat makan durian...

malas nak rotate..biar ar..

emmmm sedapnya..dah lame mengindam nih


kteorang tak makan banyak pom..sebiji cukup dah...hak3..

16 December 2011

IFAZCollection Giveaway


kene tag lagi....
so, aku pom nak la cuba nasib mana la tahu bertuah
dapat tudung n brooch cantik tu
dah banyak join giveaway satu pom tak pernah dapat...sob3..
kali harap bertuah...hehe

dengan bangganya aku nak tag

15 December 2011

alhamdulillah..separuh dah selesai..

tiap2 akhir sem, seperti biasa kami semua akan sibuk untuk menyusun jadual dan yg paling leceh bila nak daftar jadual...adoi susah 2,3 pagi berjaga belum tentu dapat masuk lg kat laman web MYSIS...kalo tak berjaga alamatnya jadual yg kteorang susun konpem akan jadi kelam kabut...sem ni pulak draft jadual yg kami dapat kebanyakkan jadual kuliah clash antara satu sama lain..yg paling tak tahan macam mana la boleh clash antara major..kalo clash minor dengan major tu ok ar boleh kteorang tukar ambik yg lain..tapi bila clash antara major nak tak nak kene la kteorang turun naik kt pejabat akademik..ahhhh leceh betol laaa....

mengingau ape ntah sem ni tiba2 aku boleh terlibat..biasanya hal2 macam ni org lain yg akan berurusan, aku ikut je...adoi tu la pandai2 sangat nak ambik tugas..sekarang kene turun naik kat akademik semalam kteorang terpacak kt depan kaunter akademik hampir sejam...rasa nak cabut je..tapi bila ingat kte dah ambik tangggungjawab mesti lah kene tunaikan...sebenarnya bukan course kami je yg alami masalah jadual clash..tapi hampir kebanyakan..masa kteorang pergi tu penuh student kt sana semua tujuan sama..kalo ade no. giliran tak tahu la kami no ke berapa...

so, semalam sesi mendaftar jadual yg tak clash..seperti biasa ar internet kat kolej aku yg laju cam ciput khinzir(sopan ckt), ajaib macam biskut chips more(kejap ade, kejap tak de) macam tu la gambaran internet kt kolej aku lagi2 time semua orang on9 untuk mendaftar..lagi dasyat..hak3...

aku pom mintak tolong member aku...terpaksa mintak tolong add kan minor coz takut tak sempat add kelas dah penuh...tapi member guwa terbaik betol la...bila aku dapat on9 semalam dalam pukul 2 lebih..semua subjek dah add...TERIMA KASIH, SYUKRAN, THANK YOU, KASAHAMMIDA..XIE XIE, ARIGATO..kerana tolong add untuk saya...

sekarang ni masalah kami dengan 2 lg subjek yg tak dapat add dan kene berurusan dengan lecture yg akan mengajar kami next sem..harap2 benda nih selesai dengan cepat..bukan senang tau nak puaskan hati semua orang..ape2 berlaku kte plak yg disalahkan..penim daaaa

12 December 2011

sharing is caring, caring is loving

kejohanan super upsi kali ke-2..bergambar selepas dua2 pasukan dapat no.3
inilah kami wakil kolej ungku omar...
seronok walau pom berpanas dan berhujan..permainan tetap diteruskan..
semangat kesukanan tu penting.dan juga kteorang adalah warga kuo 
yg prtama merasmikan jersi kuo(tapi kalo dapat terus lagi best)...hak3..

tambah koleksi medal...




LOVE GIVEAWAY BY HUDA RAIHANA


jom kte pakat memeriahkn GA dr HUDA.
nak join tekan je banner..

dengan bangganya aku nak tag

09 December 2011

Hana Radzi first give away


jom pakat memeriahkan GA hana...sape2 nk join klick banner ye...

dengan bangganya aku nak tag..

04 December 2011

andai aku adalah tulang rusuk mu yg hilang




Aku berharap   
Jika nanti Allah mempertemukan kita
Kau akan selalu membimbingku
Agar aku menjadi wanita yang solehah
Yang nantinya akan menjadi bidadarimu di syurga
Kerana aku ingin kita akan disatukan di dunia dan akhirat
.
Andai kau ditakdirkan untuk menjadi ayah buat anakku
Jadilah ayah yang boleh mendidik anak kita
Agar mereka nanti menjadi anak kebanggaan buat kita di dunia dan akhirat
Iaitu anak yang soleh dan solehah
Yang dapat menjunjung tinggi Agama Allah
.
Andai engkau ditakdirkan untukku
Ku harap kau boleh menjadi imam buatku dan anakku
Kau boleh menjadi pemimpin yang baik dalam rumah tangga kita
Kau boleh mencintai aku apa adanya
Dan boleh mengurus kekuranganku dengan penuh kebijaksanaan
.
Dan andai aku salah
Tegurlah aku dengan kata-katamu yang penuh dengan kelembutan dan kebijaksanaan
Andai aku marah
Belailah rambutku dengan penuh kasih sayangmu
Agar marahku boleh berubah menjadi kelembutan
Andai aku lupa
Ingatkanlah aku dengan penuh kasih sayang
Agar nanti kau tetap menjadi suri tauladan bagiku dan anak kita
.
Kerana….
Aku hanya mengharapkan imam yang baik dalam rumah tanggaku
Yang  selalu dapat membawa aku ke jalan yang diredhaiNya
Jalan yang menuju syurgaNya bersama dirimu
Buat bakal imam Ku
 sumber

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...