-

nuffnang

berminat?? click la kt image tu,..

30 November 2010

biyanee....


biyane...really2 biyanee to my sister
aku terksa, betol2 t'desak..
kalu bleh xse susahkn sape2
dan kasahammida cz bg lebih dari yg aku mintak..
saranghaeyooo~~





29 November 2010

susahnya nak pilih..

hari ni aku teroka blog lg..
singah2 mne blog cri baground blog
yg comey2..

tapi bila dah jumpe..
susahnya nk wt pilihan...
terlalu bnyk pilihan pom susah gk..

aku rse dlm 1 hari dah bbrapa kali
aku tkar baground lain
ade je yg xberkenan kt hati..

hrmmm
ini adalah pilihan yg t'akhir..
yg aku plih
untuk hari ini dan seterusnya..
insyaAllah...


27 November 2010

sodapnyer nescafe

yum3x..
sape2 yg suka minum mst tahu betapa sodapnye nescafee..
nak kate tiap ari 2 xjgk, tp selalu la aku minum.
.nak2 time exam..xnak ngatuk la kate kan..
bukan aku xtau bahayanyer nescafe
tp dah jd tabiat..skrg ni ade kluaran baru nescafe 3 in 1 kreamer yg b'wjah bru (betul ke x nme 2, xtau2)
tapi mmg sodap la....
lg2 bila kluar buih kt prmukaan..
engat x ade coffe yg kluar buih lpas tu ade lukis bntuk love kt atas
konon-kononnye nk jd cm 2..
hik3

haaa   ade pom pic...yg mcm ni la aku ckp td...rse truja plak tgk..hehe
tp lpas je minum nescafe.
aku sering b'ulang ke tandas..
xthn asyik nk buang air kecil je
huhu
then aku ade jumpe 1 artikel sal bahayanye nescafe 3 in 1..
so aku nk share nga korang

Kawan-kawan,
Apa lah yang x merbahaya tuk dimakan/minum la ni agaknya ...........
Beberapa hari lepas saya dikunjungi oleh seorang pelajar lelaki tahun akhir. Sudah beberapa bulan pelajar ini tidak bertemu dengan saya.

Pelajar ini mengemukakan beberapa masalah kumpulannya untuk diselesaikan oleh saya sebagai seorang penasihat akademiknya. Alhamdulillah masalah dapat diselesaikan. Selepas hajat terlaksana, pelajar ini yang saya namakan sebagai Ahmad menukar topik kepada topik kesihatan dirinya. Beliau mengadukan masalah dirinya. Beliau dapat merasakan kemerosotan tahap kesihatan dirinya.

Berikut adalah antara tanda-tanda yang dapat dikenalpasati:

1)Kerap berdebar tidak menentu masa. Kadang-kadang waktu membaca

2)tiba-tiba jantung / dada berdebar dengan laju.

3). Bila jantung berdebar ini berlaku, ia akan diikuti dengan dahi berpeluh

4) Beliau juga kerap merasakan kesakitan pada dadanya.

5) Sering mencungap dan kadang-kadang kala sewaktu sembahyang pun mencungap.

6) Semakin tidak tahan atau alah dengan panas terik matahari dan jikalau kena panas, badannya akan banyak berpeluh dan tidak selesa.

7) Jikalau tahun lepas, kekerapan simptom-simptom di atas agak jarang namun kebelakangan ini, kekerapan kejadian semakin kerap sehingga satu kali serangan dalam setiap 2/3 hari.

8). Tapak tangannya.semakin basah.

Berdasarkan simptom yang saya perolehi saya terus menyoal tabiat permakanannya. Selepas mendapat data yang dikehendaki saya pun memberikan penjelasan 'Ahmad, engkau ni walau pun usia masih muda, jantung engkau sudah bermasalah. Punca masalah engkau ini adalah

kerana engkau kerap meminum Nescafe 3 in one. 

Nescafe adalah tidak baik dan merosak buah pinggang manakala krimer yang terdapat di dalam campuran ini sangat merosak jantung.

Krimer ini bukan diperbuat dari susu tetapi adalah dibuat dari kelapa sawit (non dairy creamer)'

Selanjutnya saya menasihati Ahmad untuk melakukan perkara berikut untuk merawat jantungnya:

1. Elakkan dari meminum Nescafe yang merosak buah pinggang dan elakkan sama sekali apa jua jenis krimer yang dibuat dari selain susu (non dairy creamer)

2. Elakkan dari mengambil coffee mate kerana ia adalah non dairy creamer

3. Elakkan makan ais krim kerana mengandungi krimmer yang tinggi

4. Elakkan susu pekat manis yang mengandungi krimer dari selain susu.

5. Elakkan memakan sebarang makanan yang mengandungi margarine

6.Elakkan memakan burger, naget, kentang goreng, potato chip dan segala yang sewaktu dengannya
7. Elakkan mandi selepas makan

8. Amalkan amalan: Ambil segenggam kacang hijau, rendam dalam air kira-kira 10 minit,selepas itu rebus asal masak dan bukan rebus sehingga pecah tanpa membubuh garam. Selepas itu buang air rebusan dann makanlah kacang hijau ini dan amalkan amalan ini setiap hari.

9. Boleh beli jintan hitam dan makan setiap hari atau pun belilah yang sudah siap diproses atas nama habbatussauda

10. Amalkan makan sayuran pahit seperti kailan, peria, pegaga, daun ubi, pucuk betik, ulam-ulam dsbnya.

11. Kurangkan makan nasi lemak terutama sekali nasi lemak di kedai kerana mereka mencampurkan minyak masak kepada nasi lemak agar nasi lemak ini kelihatan cantik berderai dan tidak melekat.

Kepada yang mulai menghadapi masalah dengan jantungnya atau yang sudah lama bermasalah jantung, bolehlah mengamalkan amalan di atas.

Sekian wassalam wallahuaqlam. _,

Renung2kan dan selamat beramal... 


p/s: .setakat ni aku xmengalami seperti msalah di atas kecuali kerap buang air kecil lepas minum nescafe, adekah ia  salah satu kesan pengambilannya??? 
aku akn  berusaha untuk berhenti minum nescafe.."mencegah lebih baik dari mengubati"

26 November 2010

kubur Islam yg haram


Larangan dari Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam:

Dari Jabir radhiyallahu ‘anhu, dia berkata,

“Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam telah melarang kuburan dikapur (di simen), dijadikan tempat duduk, dan juga didirikan bangunan diatasnya.”

(Hadith Riwayat Imam Muslim)

Dan membawa bunga-bungaan / jambak-jambak bunga dan seumpamanya bersama jenazah adalah diharamkan yang telah menular dikalangan orang-orang Islam kerana mengikuti adat-adat orang kafir dan Melayu kuno dalam upacara-upacara jenazah mereka. Juga kerana perbuatan tersebut boleh mensia-siakan harta tanpa faedah dan memberi makna bermegah-megah dan berbangga..

Manakala hukumnya adalah haram jika kubur dibina menggunakan marmar (marble) dan seumpamanya, kerana amat berlawanan dengan ajaran Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam, juga kerana terdapat pembaziran harta yang ditegah syarak serta terdapat sifat bermegah dan menunjuk yang amat dimurkai Allah subhanahuwata’ala.

Ali bin Abi Talib radhiyallahu ‘anhu berkata kepada Abi Hayyaj Al-Asadi.

wALLAHua’lam..

25 November 2010

percayalah tuan


mcm ni cternyer...
td petang yg nyaman, sedang sy syok2 tdor terasa ade sesuatu melompat atas kepala sy


kedian, sy rasa benda tu bergerak ke badan sy pulak


rse cam kene patuk kt perut pom yer gak...xkan kutu kot????
sy mne ade kutu..


bile toleh...mak aihh..rupenyer si ija, burung tecik yg Incik tuan beli smalam laa..


then,  sy suh si ija main jauh2..sy xnak kwn dgn dia..
lg pom sy ngatuk giler td..


tp dia xmau..siap patuk2 kepala sy..



pastu..dia boleh pijak2 perut sy...ade tensen giler..
tp xpe sy bleh sbar lg..



xlame kedian, sy tengok dia duk patuk2 bnda len lak..sy xtipu.. dia tgh patuk hp Incik tuan..


yg ni sy xleh sabar dh, sy pom sound la...hoi!!!  rosak nanti..Incik tuan marah la weii!!


dah lah xdgr kate, siap melawan lak tu..
rse tnggungjwab tu ada, cmpur panas td xabis lg...tu sy engt nk lukuk sedass td..time2 tu la Incik tuan lalu...betol, sy xtipu!!!


Incik tuan tgk muka dia pom Incik tuan tahu dia menipu..tgk tu..tgk tu


Incik tuan...Incik tuan..nak gi ane tu???
ape main kurung2 lak nih...jgn la cengginih Incik tuan...sumpah sy xmau makan dia pom td..
sy x bersalah!!!

p/s: xsemestinya yg kita lihat tu selalunya betul, kene siasat la dulu..contoh lain kalu tgk suami ckp dgn prmpuan lain..xsemestinyer dia curang ye x??? hik3
comey giler kucing nih..lau aku pnyer ari2 aku peluk wt tdo...






kenapa aku sering diuji/ditimpa masalah



Jawapan untuk diri sendiri..


1) kenapa aku diuji??

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan ( saja ) mengatakan : “kami telah beriman “, sedangkan mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta
(Surah Al-Ankabut, ayat 2-3)

2) kenapa aku tidak mendapat apa yang aku idam-idamkan??

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi(pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui,sedangkan kamu tidak mengetahuinya. 
(Surah Al-Baqarah, ayat 216)

3) kenapa ujian seberat ini??

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.
(Surah Al-Baqarah, ayat 286)

4) Rasa kecewa??

Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang2 yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang2 yang beriman. 
(Surah Al-Imran, ayat 139)

5) Bagaimana aku haru menghadapinya??

Hai orang2 yang beriman,”bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetapkanlah bersiap siaga (diperbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung.
Surah Al-Baqarah, ayat 45 Dan mintalah pertolongan (kepadaAllah) dengan jalan sabar dan solat. Dan sesungguhnya solat itu amatlah berat,kecuali bagi orang-orang yang khusyuk.
(Surah Al-Imran, ayat 200)

6) Kepada siapa aku berharap??

  Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Allah selain Dia.Hanya kepadaNya aku bertawakal.
  (Surah At-Taubah, ayat 129)

7) Aku tidak tahan lagi!!!

Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir.
(Surah Yusuf, ayat 37)

8) Apa yang aku dapat dari semua ini??

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang2 mukmin, diri dan harta mereka dan memberikan syurga untuk mereka. 
(Surah At-Taubah, ayat 111)



10 gangguan syaitan dlm solat





1) WAS-WAS SAAT MELAKUKAN TAKBIRATUL IHRAM

Saat mulai membaca takbiratul ihram “Allahu Akbar” , ia ragu apakah takbir yang dilakukannya itu sudah sah atau belum sah. Sehingga ia langsung mengulanginya lagi dengan membaca takbir. Peristiwa itu terus menerus terulang, terkadang sampai imamnya hampir ruku’.

Ibnul Qayyim berkata,

” Termasuk tipu daya syaitan yang banyak menggangu mereka adalah was-was dalam bersuci (berwudhu) dan niat atau saat takbiratul ihram dalam solat “.
Was-was itu membuat mereka terseksa dan tidak nyaman.

2) TIDAK KONSENTRASI SAAT MEMBACA BACAAN SOLAT

Sahabat Rasulullah SAW iaitu ‘Utsman bin Abil ‘Ash datang kepada Rasulullah dan mengadu,

“Wahai Rasulullah, sesungguhnya syaitan telah hadir dalam solatku dan membuat bacaanku salah dan rancu”. Rasulullah SAW menjawab, “Itulah syaitan yang disebut dengan Khinzib. Apabila kamu merasakan kehadirannya, maka meludahlah ke kiri tiga kali dan berlindunglah kepada Allah SWT. Aku pun melakukan hal itu dan Allah SWT menghilangkan gangguan itu dariku”. (HR. Muslim)

3) LUPA JUMLAH RAKAAT YANG TELAH DIKERJAKAN

Abu Hurairah r.a berkata,” Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda,

“Jika salah seorang dari kalian solat, syaitan akan datang kepadanya untuk menggodanya sampai ia tidak tahu berapa rakaat yang ia telah kerjakan. Apabila salah seorang dari kalian mengalami hal itu, hendaklah ia sujud dua kali (sujud sahwi) saat ia masih duduk dan sebelum salam, setelah itu baru mengucapkan salam”. (HR Bukhari dan Muslim)


4) HADIRNYA FIKIRAN YANG MEMALINGKAN KONSENTRASI


Abu Hurairah r.a berkata, “Rasulullah SAW bersabda,

“Apabila dikumandangkan azan solat, syaitan akan berlari seraya terkentut-kentut sampai ia tidak mendengar suara azan tersebut. Apabila muadzin telah selesai azan, ia kembali lagi. Dan jika iqamat dikumandangkan ia berlari. Apabila telah selesai iqamat, dia kembali lagi. Ia akan selalu bersama orang yang solat seraya berkata kepadanya, ingatlah apa yang tadinya tidak kamu ingat! Sehingga orang tersebut tidak tahu berapa rakaat ia shalat”. (HR Bukhari)


5) TERGESA-GESA UNTUK MENYELESAIKAN SOLAT


Ibnul Qayyim berkata,

” Sesungguhnya ketergesa-gesaan itu datangnya dari syaitan, karena tergesa-gesa adalah sifat gelabah, asal dan sembrono yang menghalang-halangi seseorang untuk berperilaku hati-hati, tenang dan santun serta meletakkan sesuatu pada tempatnya. Tergesa-gesa muncul karena dua perilaku buruk, iaitu sembrono dan terburu-buru sebelum waktunya “.
Tentu saja bila solat dalam keadaan tergesa-gesa, maka cara pelaksanaannya asal. Asal mengerjakan, asal selesai dan asal jadi. Tidak ada ketenangan atau thuma’ninah. Pada zaman Rasulullah SAW ada orang shalat dengan tergesa-gesa. Akhirnya Rasulullah SAW memerintahkannya untuk mengulanginya lagi karana solat yang telah ia kerjakan belum sah.

Rasulullah SAW bersabda kepadanya,

“Apabila kamu solat, bertakbirlah (takbiratul ihram). Lalu bacalah dari Al-Qur’an yang mudah bagimu, lalu ruku’lah sampai kamu benar-benar ruku’ (thuma’ninah), lalu bangkitlah dari ruku’ sampai kamu tegak berdiri, kemudian sujudlah sampai kamu benar-benar sujud (thuma’ninah) dan lakukanlah hal itu dalam setiap rakaat solatmu” (HR Bukhari dan Muslim)


6) MELAKUKAN GERAKAN-GERAKAN YANG TIDAK PERLU


Dahulu ada seorang sahabat yang bermain kerikil ketika sedang tasyahud. Ia membolak-balikkannya. Melihat hal itu, maka Ibnu Umar segera menegurnya selepas solat:

” Jangan bermain kerikil ketika solat kerana perbuatan tersebut berasal dari syaitan. Tapi kerjakan seperti apa yang dikerjakan Rasulullah SAW “. Orang tersebut bertanya, ” Apa yang dilakukannya? ” Kemudian Ibnu Umar meletakkan tangan kanannya diatas paha kanannya dengan jari telunjuk menunjuk ke arah kiblat atau tempat sujud. ” Demikianlah saya melihat apa yang dilakukan Rasulullah SAW “, kata Ibnu Umar. (HR Tirmidzi)


7) MELIHAT KE KANAN ATAU KE KIRI KETIKA SOLAT


Dengan sedar atau tidak, orang tersebut melihat ke kiri atau ke kanan, itulah akibat godaan syaitan penggoda. Kerana itu, setelah takbiratul ihram, pusatkan pandangan pada satu titik. iaitu tempat sujud. Sehingga perhatian kita menjadi fokus dan tidak mudah dicuri oleh syaitan.

Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Aisyah r.a, ia berkata,

“Saya bertanya kepada Rasulullah SAW tentang hukum melihat ketika solat”. Rasulullah SAW menjawab, “Itu adalah curian syaitan atas solat seorang hamba”. (HR Bukhari)


8)MENGUAP DAN MENGANTUK


Rasulullah SAW bersabda,

“Menguap ketika solat itu dari syaitan. Kerana itu bila kalian ingin menguap maka tahanlah seboleh mungkin”. (HR Thabrani).
Dalam riwayat lain Rasulullah SAW bersabda,

“Adapun menguap itu datangnya dari syaitan, maka hendaklah seseorang mencegahnya (menahannya) selagi boleh. Apabila ia berkata ha… bererti syaitan tertawa dalam mulutnya”. (HR Bukhari dan Muslim)


9) BERSIN BERULANG KALI SAAT SOLAT


Syaitan ingin menggangu kekhusyu’an solat dengan bersin sebagaimana yang dikatakan Abdullah bin Mas’ud,

” Menguap dan bersin dalam solat itu dari syaitan ” (Riwayat Thabrani). Ibnu Hajar mengomentari kenyataan Ibnu Mas’ud, “Bersin yang tidak disenangi Allah SWT adalah yang terjadi dalam solat sedangkan bersin di luar solat itu tetap disenangi Allah SWT. Hal itu tidak lain karena syaitan memang ingin menggangu solat seseorang dengan berbagai cara”


10) TERASA INGIN BUANG ANGIN ATAU BUANG AIR


Rasulullah SAW bersabda,

“Apabila salah seorang dari kalian bimbang atas apa yang dirasakan di perutnya apakah telah keluar sesuatu darinya atau tidak, maka janganlah sekali-kali ia keluar dari masjid sampai ia yakin telah mendengar suara (keluarnya angin) atau mencium baunya”. (HR Muslim)
Berbahagialah orang-orang muslim yang selama ini terbebas dari berbagai macam gangguan syaitan dalam solat. Semoga kita semua dibebaskan oleh Allah SWT dari gangguan-gangguan tersebut. Dan bagi yang merasakan gangguan tersebut, sebahagian atau keseluruhannya, janganlah putus asa untuk berjihad melawan syaitan terkutuk.

satu dah selesai..

Alhamdulillah...
baru je selesai satu paper
keluar je dewan 
kteorg terus gelak2
xtau nak ckp ape
hepy ade sengal pom ade
ape2 pom tawakkal je..

td bukan kuat aku kene hentam 
sma member2 dsbbkan klalain aku..
adoi..giler btol bleh ak p silap lihat jdual..
bukan main semangat aku stdy psikomotor dan nutrisi
engatkan dua2 exam hari ni..

aku siap p post kt FB
ajak diorg p exam same2..
 aku engtkn exam kt PC (proton city)
aku xtau tmpat 2 cz xpernah ade kelas kt sne
so aku ajak la diorg p sma2..
tp nsb baik xsmua member aku on9 mse 2
kalau x mst kene kutuk kau2 punyer...

yg xleh blaa nyer semangat aku stdy dua2..
kejap bce nota tu
kjap bce nota nih..
mcm lipas kudung daaa
aish ni ler padahnyer skap smbil lewa 

tp kn setiap kejadian mst ade hkmahnyer..
nak tahu ape hkmahnyer
xde la aku sorang2 p PC..
xexam ler aku ari ni..
pc dgn kampus bknnyer dekat
masalah bas 1 hal
tp alhmdulillah musim2
exam nih bas xde masalah sgt

satu lg hkmahnyer
aku dh stdy ckit untuk paper
sterusnya..

p/s: exam sterusnya hari sbtu tempat kt pc, pringatan tuk dr sndri...











24 November 2010

kepada mu wanita..Agar dikau Bahagia..

Kepada setiap muslimah yang rela Allah swt sebagai Rabbnya, Islam sebagai agamanya dan Muhammad sebagai Rasulnya.
Kepada setiap pendidik yang berjihad di jalan Allah dengan untaian kalimahnya, menjaga norma-normanya dan menyucikan jiwanya.
Kepada wanita yang bimbang dan bersedih, berbahagialah dengan dekatnya kemudahan, datangnya pertolongan Allah swt serta janji pahala yang besar dan terhapus segala dosa.
Tidak ada kecantikan bagi seorang wanita, tiada pula keindahan, harga diri dan kedudukan kecuali beriman kepada Allah swt. Apabila dirinya tegak di atas jalan ini, maka dia lah wanita yang mendapat petunjuk, diterima amalnya dan menjadi wanita pilihan disisi Rabb-Nya.
Namun, jika dia melepaskan jalan kebenaran tersebut, kafir terhadap Tuhannya, mengingkari agamanya dan melepaskan tuntutan-Nya, maka dia lah cermin kepada wanita yang murahan, hina dan terbuang.
Pada saat itulah sinar kecantikan seorang wanita mula menghilang, walau berkalung gugusan bintang di langit, meskipun bermahkota bintang gemini dan matahari terbit di keningnya.
Wahai wanita muslimah yang jujur, wahai wanita mu'minah yang selalu kembali kepada Allah.
Jadikanlah dirimu itu seperti sepohon kurma. Jauh dari keburukan, menjulang tinggi menghindar dari sifat mengangau. Dilempar dengan batu dia menjatuhkan buahnya, tetap hijau pada musim panas mahupun dingin dan memberikan manfaat kepada sekalian manusia.


Jadilah engkau orang yang menjauhi perkara-perkara yang rendah, keperibadianmu terjaga dari segala pola hidup yang menipu rasa malu. Ucapanmu adalah zikir, pandanganmu melahirkan ibrah (pengajaran), diammu adalah berfikir.
Saat itulah engkau mendapatkan ketenangan dan akan diterima oleh penduduk bumi. Tercurah segala pujian yang baik-baik, doa yang jujur dari semua makhluk, dan Allah swt akan menjauhkanmu dari awan kesempitan, bayang-bayang ketakutan, dan gumpalan kekeruhan.
Tidurlah berbantalkan curahan doa orang-orang mu'min, lalu bangunlah untuk meraih pujian yang ditujukan kepadamu.


Saat itulah engkau mula menyedari bahawa kebahagiaan bukan terdapat pada simpanan harta, kad kredit dan kereta, rumah yang bagaikan istana, mahupun pada kasih nya seorang manusia, namun pada ketaatan terhadap Zat Yang Maha Terpuji. Kedamaian hidup bukan pada hiasan keduniaan, bukan pula mengabdi kepada hamba, namun kepada kepatuhan terhadap Zat Yang Maha Mulia.
Pesanku, jadilah seorang wanita yang bermaruah, yang punya kedudukan tinggi di sisi Tuhannya. Di mana namanya sentiasa disebut-sebut dalam kalangan para malaikat, dan yang berjaya memperoleh cinta yang Teragung, iaitu cintanya Ya Rabb lantas menjadi wanita yang paling bahagia di dunia

selamat pagi..

hehehe...
mlm td aku dpt tdo awl wlaupom..kejap2 t'sedar..
sekurang-kurang aku dpt tdo..
dpt la aku bngun awal..

tepat pukul 4 hp aku b'bnyi..
kali ni aku terus bangun..
kalau aku m'lngah-lngah untuk bngun
mst lpas nih dh ssh nk bngun..

bg aku bnyi yg pertama
mngejutkan aku bngun adalah yg t'baik
dan kalau aku bngun ttp jam..
yg ke sterunya aku ttp jgk...
hehehe

bngun2 je p tngok cermin..
dan say cease..senyum kambing pagi2 buta..
hik3...tapi aku rasa happy sgt pagi nih..
hrmmm kenapa ek..

xlupa jgk solat hajat 2 raka'at..
buat aku mkn tenang..

dan mkn tenang sebab
pagi ni sunyi sepi dan suasana pom sejuk je..
harap2 pagi nih aku xleka..
fokus ya..esok dah exam!!!

buat sahabat2, teman2 semua..
semoga dpt jwb exam dgn bai,
buat yg t'baik ya...

ya Allah permudahkan segala urusan kami.,
berikan kami ketenangan dan daya ingatan yg kuat..
amin...

23 November 2010

susahnyer nak lelap...

ni bukan masalah baru....tapi dh lama..cuma skrg makin ssh nak lelap..
tambah2 musim exam..selalunya aku akan tdo awal spaya dpt bngun stdy dalam pukul 4 pagi...tapi susah betul nak lelap....

 batal yg mnemani aku tdo..

memang rasa sgt mengantuk tapi bila baring atas katil, xnak lelap plak..puas aku pejam mata n pusing, kiri dan kanan..kadang2 meneletang tetap xnak tdo...pernah skali aku xdpt tdo sampai pg n then terus p kuliah....kalau baring dalam kul 11 lebih, 12.30 blom  tntu bleh lelap, mnyebabkan fikiran aku bnyak merewang ntah kmana..kdg2 aku bosan bila jd mcm nih, rasa letih n xnak fikir ape2!!!! 
tp biasanya mase ni la bnyk keluar ideal..

nak kate sebab tdo ptg,aku pom dah jarang tdo sebelah ptg..kalau betul2 mengantuk je aku t'lelap....

p/s: mcm mne ek nk bg cpt lelap??

22 November 2010

cinta kerana Allah

Aisyah benar-benar keliru dengan sikap kekasihnya. Siang, malam, mesejnya satu pun tidak berbalas. E-mailnya terus lengang seiring dengan waktu yg terus berlalu. Dia sangat tertekan waktu itu. Aisyah memerlukan seseorang untuk menjadi tempat luahan bicaranya, tempat mengadu segala keperitan, tempat berkongsi suka dan duka.
Masih segar lagi diingatannya sewaktu dia dan Tariq bersama,kemana sahaja tentu mereka akan berdua. Setiap kali hujung minggu, sudah tentu panggung wayang akan menjadi destinasi utama mereka. Duduk berdua-duaan menjadi perkara yg amat dinantikan olehnya. Namun kini, semua itu hanya tinggal kenangan. Tariq bukan kekasih yg dikenalinya dulu, dia kini tidak lagi bersamanya untuk berkongsi suka dan duka. Janji-janji manis Tariq untuk bersama-sama membina istana berlandaskan syariat seakan-akan terkubur kini. “Kau jantan penipu! Kau pendusta! Aku benci kau!” hari demi hari, hati Aisyah makin kuat menjerit melepaskan kebencian, namun yg berkunjung hanyalah kerinduan terhadap seorang mahluk yg bernama lelaki itu.

Sehinggalah pada suatu hari, Aisyah bertemu dengan seorang gadis di sebuah program motivasi. Pertemuan didalam sebuah majlis yg singkat itu tidak diduganya membuahkan sebuah persahabatan yg berkekalan. Gadis itu amat lembut pekertinya. Auratnya dijaga rapi dan tutur katanya diatur sempurna. Danisya, itulah nama yg diungkapkan gadis itu sewaktu Aisyah menghulur tangan tanda perkenalan. Mulanya Aisyah tidak tertarik untuk mendekati gadis itu, namun kepetahan dan kebijaksanaannya berbicara, akhirnya hati Aisyah tertarik untuk mengenalinya dengan lebih rapat.
Sejak mengenali Danisya, Aisyah mula mendekati Islam sebenar-benarnya. Itu tidaklah bermakna Aisyah yg dahulu jauh daripada agama, namun kini dirasakannya perjalanan kehidupannya lebih terpelihara. Jika dahulu dia memakai tudung gaya moden yg menonjolkan dadanya, kini tudung itu menjadi bertambah labuh. Jika dahulu, T-shirt dan jeans menjadi pilihan pemakaian hariannya, kini jubahlah pula yg menjadi pembalut tubuh agar tidak menjadi bahan tatapan lelaki-lelaki berhidung belang. Hari demi hari, Aisyah seakan-akan mampu melupakan Tariq. Kini Danisyalah dunianya, segala masalah dikongsikan bersama. Kehadiran Danisya mampu menggantikan tempat Tariq. Yang anehnya, Danisya seolah-olah seperti Tariq versi wanita baginya.

Saban hari, semakin ramai yg gemar untuk berdampingan dengan Aisyah. Dia amat bahagia kini kerana dikurniakan ramai sahabat yg ada untuknya meluahkan rasa suka dan duka. Ramai pemuda  cuba untuk mendekatinya, namun Aisyah segera menolaknya kerana dia sedar, cinta kepada seorang lelaki mampu membunuhnya. Apa yg dinantikannya kini hanyalah CINTA kepada ilahi dan bukannya cinta sementara rekaan syaitan bertunjangkan hawa nafsu. Cinta selepas kahwin menjadi idamannya kini. Bila dan siapa orangnya, biarlah Allah sahaja yg menentukannya.

Kini genaplah lima tahun pengajiannya di Institut Perguruan Kampus Gaya. Minggu hadapan, dia akan mula bercuti. Aisyah sudah mula sibuk mengemaskan barang-barang untuk pulang ke kampung halaman. Tiba-tiba Danisya datang mengirimkan sepucuk surat kepada Aisyah. Tanpa sebarang bicara, Danisya berlalu pergi. Perlahan-lahan, Aisyah membuka sampul surat berwarna biru itu. Hatinya berdebar-debar, kerana dia kenal benar dengan tulisan tangan disampul surat  itu. Tulisan insan yg pernah membuat hidupnya sengsara dahulu.

Assalamulaikum,

Kehadapan Aisyah binti Abdul Halim, gadis yg selalu kusayangi sejak dahulu, kini dan InsyaAllah, untuk selama-lamanya. Maafkan diriku kerana telah lama menghilang tanpa sebarang berita. Aku pergi bukan kerana ingin meninggalkanmu tapi aku pergi kerana aku mahu mencari CINTA dariNya.

Mungkin dahulu aku pernah membawamu kedunia penuh kelalaian. Atas desakan hawa nafsu, aku mengajakmu melanggar batas-batas syariat. Mujur, aku tersedar lalu kutinggalkan kamu sendirian merangkak dalam kepayahan. Aku turut berduka kerana kehilanganmu. Siang, malam, hari-hariku terasa perit tanpa adanya kamu. Mungkin kau tidak menyedari, aku sering memerhatikan kamu. Mesej-mesej pertanyaan khabar darimu sengaja kubiarkan tidak berbalas. Maafkan aku.

Kuhadiahkan kamu adikkku, Danisya sebagai penggantiku, teman sewaktu kamu senang dan susah. Segala perkembangan tentang kamu, selalu kutanyakan kepada adikku. Kadang-kadang ada juga kau mengeluh tentangku, saat itu, aku terasa berat untuk menjauh darimu. Namun, aku perlu berbuat begitu, kerana aku perlukan masa untuk mengambilmu sebagai isteri. Ilmu agama perlu kuperdalami, ilmu dunia perlu kutuntut agar aku mampu mencari rezeki buat kita berdua.

Kini sudah tiba masanya untuk ku sunting dirimu. Apa yg perlu kau tahu, saat kamu membaca surat ini, rombongan meminang telah pun kuhantar kerumahmu. Kuharap kau sudi untuk menerimaku sebagai suamimu.
Sekian, wasalam.

Yg Benar,
Tariq.

Aisyah terdiam seketika, hatinya berbunga. Dalam esakan tangisan dia tersenyum. Dia bahagia kini. Tidak disangka, insan yg dahulunya dianggap pengkhianat, penipu dan pembelot rupa-rupanya seorang kekasih yg sejati. Benarlah, begitu indahnya cinta andai ada CINTA kepada Allah Yang Maha Esa. Aisyah mula menyambung kembali tugasnya. Tidak sabar untuknya pulang menanti hari-hari bahagia apabila dia dan Tariq disatukan nanti. Indahnya hidup berlandaskan syariat, itulah kisah Tariq dan Aisyah, anda bagaimana?



aku??
aku b'harap ade sorg adam yg boleh mnjadi pedamping aku di kala susah dan senang, sedih dan bahagia, yg menerima aku  dan keluarga aku seadanya, yg boleh m'bimbing aku ke jalan yg di redhai ALLAH...

MutiAra Kata




>>kita xmampu mengubah masa lalu
dan tidak pula merancang masa depan
dgn gambaran yg sesuai dgn khendak kita
utk itu tidak ada gunanya membinasakan diri
dalam kekecewaan kerna ssuatu 
yg kita tidak mampu ubah

>>ssungguhnya hari kelmarin
bagaikan mimpi yg telah berlalu
& telah habis waktunya
sedang esok tinggalah harapan yg indah
adapun hari ini adalah realiti yg sebenar

>>kekecewaan mengajar kita erti kehidupan
teruskan perjuangan kita walaupun
terpaksa mnghadapi rintangan
demi rintangan dalam hidup...

>>mulakan hari kite dgn penuh 
keazaman, smoga akan mngukir
kemenangan berpanjangan<<
 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...