-

nuffnang

berminat?? click la kt image tu,..

18 January 2012

cuti kt kampung

tak sempat lagi nak ke tempat feveret aku

tak da orang nk teman.

dah 5 hari aku berada kt kampung....
turun je dari bas terus rasa hepy..
coz dapat menghirup udara kt kampung...
oppsss lupa masa tu bukan kt kampung lagi cuma
jalan ke kampung..untung laa kalo bas nak hantar sampai rumah..
aku sampai dalam pukul 6..so cuba korang bayangkan masa tu
kereta pom tak da lagi sunyi+aman+angin bertiup sepoi2 bahasa+sejuk,
 dapat dengar bunyi ombak...kawasan umah aku memang dekat dengan pantai... 
rasa tenang sangat... hilang semua kerisaun yg melanda...
walau pom masa tu tak da orang...tapi sebab hingat kt tempat kte tinggal bertahun-tahun..
nak takut apa..cehh belagak sebab tak kene lagi....tapi apa2 pom..
bila dah sampai kt tempat kite sendiri rasa selamat pulak...
lagi pom tak lama menunggu
ayah aku datang ambik...hehehhee

so sekarang nih sedang menikmati cuti yg ada dengan sebaiknya.
sebab masuk semester 6 adalah semester sibuk dari semua semester..
kenapa coz aku kene mula siapkan draft tesis, dengan 3 subjek major, 2 subjek minor..


13 January 2012

kembali ke tempat asalmu

malam ni aku akan berangkat pulang ke kampung..bachok kelantan..
bachok yg masih mundur...bachok yg tak da pembangunan...
macam2 la orang kate bila nak dekat dengan pilihan raya nih...
tapi bagi aku bachok dah cukup sempurna...
aku tak perlukan pembangunan seperti bandar raya KL untuk maju...
aku tak faham pembangunan yg macam mana sebenarnya diorang nak??
perlu ade disko??? hotel 5 bintang?? bangunan kedua tertinggi selepas KLCC??
 masjid yg cantik n besar tapi hanya jadi perhiasan??? apa lagi??? nak pasang monorel, lrt???
hurmmmm pelik dengan orang zaman sekarang ni kan??

kalo semua nak dibandarkan...lepas ni kteorang nak balik mana lagi??
kampung dah jadi bandar...tak bermakna la.... 
okay la mau nak merapu panjang2..insyak pom dah masuk..
boleh la aku aku solat n brsiap untuk berangkat pulang...
selamat tinggal semua...miss u alll......
myb sebulan lepas ni baru update blog..
waaaaa lepas ni orang tak sebut balik kampung dah tapi balik bandar...hahaha

rajin punyer pasal..

rajin punya pasal..semua hancussss....
dari pagi tadi aku duk godek2 blog aku..
nak tukar kpd blogskin...so belajar la mlalui tutorial...
bila dah buat tu aku lupa nak save dulu kod template designer lame...
dan bila aku guna blogskin...aku tak faham pom macam mana edit...sob3..

dah tu aku try nak tukar balik ke template lame...
memang boleh tukar tapi bila aku nak edit HTML
tak dapat...mengikut aku faham la..
kod blogskin dah bertindih dengan kod template biasa
so, bila aku nak edit kt HTML tak dapat nak save..

 sekarang nih aku hanya boleh edit kt add gadget je la..
kt HTML memang tak boleh nak edit langsung..
contohnya tadi aku nak buat scroll kt blog achieve
tapi tak dapat...banyak lagi nak edit...sob3..sedihnya..

ada tak sesape tahu nak buat macam mana???
nak tukar guna template designer biasa....

10 January 2012

upsi oh upsi

semalam adalah last paper mak aihhh memang susah gler soalan...
paper science for young children tapi soalan mcm hape daaaa...
40 objektif, 60 markah esei dalam masa 2 jam korang bayangkan sempat ke nak buat???
 memang semalam tak sempat nak berhenti pom...tangan ni menulis sampai pengawas suruh berhenti menulis...nak2 pulak kteorang sampai lewat gara2 si polis yg menjaga keamanan tu
gerammm gler...tapi aku tak salah kan Adam pom...

duduk je kt kerus,i pengawas bagi arahan dah boleh mula menjawab soalan..
hurmmm mengelabah la jugak...tapi aku wt releks je...
aku p tulis no matrik semua bukan sekali tp sampai 3 kali kt c2 
dh makan banyak masa tapi lantak ar...
buka soalan ternganga macam nak jatuh rahang bace soalan...apa nih?? 
tak faham pom...ok tutup cter pasal exam dah habis pom..
.tak kisah la kalo ramai gler member aku termenung..
aku pandang ko, ko pandang aku..memang soalan susah gler..
.dan memang tak kisah la yg jika yg datang lewat(jalan jem) tak sempat nak jawab soalan 
coz member aku yg datang awal pom, tak sempat nak jawab.....

hari tu kteorang exam kt dewan kolej kediaman za'ba, 
so kteorang hanya lalu je jalan ke kampus untuk ke kolej za'ba...
untuk masuk ke kampus semua ada 4 pintu, 2 ditutup dan 2 dibuka..
tapi hampeh jalan nak pergi ke 2 pintu yg dibuka dah ditutup oleh polis2 
sampaikan kteorang yang tak da kene mengena pom kene jugak...

aku pom tak tahu apa motif polis ni tahan sebijik-sebijik kereta
menyebabkan jalan jam teruk ramai rakan-rakan aku yg lain masuk lewat exam(course lain)...
 ade jugak yg masuk 15 minit sebelum exam habis...dan tak diberi masa tambahan..
memang sengal betol la pengawas tu...coz kteorang sebenarnya dah diberi arahan untuk dapat masa tambahan bagi yg sampai lewat....dan pengawas yg jaga exam aku tu bagi je masa tambahan...
tapi tahniah la kt polis...coz gara2 korang, ramai orang salah kan Adam
bagi aku Adam tak salah tapi polis tu datang sini dengan 7 buah trak dan black maria
dah buat mahasiswa ni macam penganas....

on da way nak balik...aku rasa dalam jam 5 lebih kot...polis masih ramai..
oppssss lupa nak cakap kteorang ber5 pergi exam dgn kereta coz sorang member
aku bawak kereta..senang katenye nak g exam dan balik kampung..
tapi on da way balik tu kteorang bawak 6 orang..coz bas memang susah gler nk dapat..

walau pom kteorang tak dibenarkan masuk ke jalan menuju pintu timur kampus..
kteorang sanggup letak kereta agak jauh dan berjalan kaki masuk ke sana..
.polis tahan kereta je tak bagi masuk...so sempat la aku nampak Adam real...
walau dari jauh..masa tu Adam dikerumun rakan2nya..
memang ramai sangat..aku tak kenal pom Adam sebelum ni
(mungkin pernah la berselisih kot)...
tapi keberanianya tu dah membuka mata semua orang..
.Adam anda dah jadi salah sorang yg memberi inspirasi kt aku...






gambar yang sempat aku snap...dan yang paling kelakar polis PRU yg pompuan2 tu
bukan main lawa lagi..make up tebal nyah aku cakap...hahahhaa..
diorang ni datang nak jaga keselamatan or jadi model tak berbayar??? 
tahniah la anda dah jaga tempat ni aman damai...
cuma aku tak puas hati kenapa mereka tahan kteorang (siap mintak kad pengenalan lg
yg tak lalu pom jalan untuk masuk ke pintu timur menyebabkan jalan jam teruk
korang semua dah buat kami susah tahu tak!!!!


09 January 2012

bukan fb je youtube pom sama


alahai bukan fb je kene block youtube pom sama..

baru je nak download tutorial teknik2 melukis
memang melampau betol la..time2 macam ni la line tenet laju...
punya la semangat tadi nak download..(lupa kene block)
 
sebenarnya kt youtube ni macam2 jenis pembelajaran yg ade
cuma terpulang kt individu tu je nak guna youtube dgn baik ke tak...
banyak tutorial yg ade kt youtube..
buat masa sekarang ni aku nak belajar melukis dgn betol
walau tak kreatif mane tapi kalo diasah berbakat gak.
tua2 baru nak belajar melukis...hahahaa
so, lepas nih jangan asyik nak download cter je...

08 January 2012

kisah pesawat yg nak terhempas

jom layan cter ni jap...study tak mane pom..main je banyak...



Sebuah pesawat yang membawa 5 org penumpang telah mengalami kerosakan enjin dan
 tinggal masa utk terhempas. Malangnya hanya ada 4 beg payung terjun sahaja di dalam pesawat tersebut.

Penumpang pertama berkata...
" Aku Datuk Lee Cong Wei. Malaysia amat memerlukan aku dalam kejohanan All England
. " lalu dia pun mengambil beg pertama dan terus terjun.

Penumpang kedua pula berkata...
" Aku Mark Zuckerburg. Takde aku, takde Facebook. So biarkan aku hidup. 
" lalu mengambil beg kedua dan terus terjun.

Penumpang ketiga muncul...
" Aku presiden Amerika Syarikat. Aku ada tanggungjawab untuk menjaga negara dan rakyat. 
Tambahan pula aku seorang presiden yang terpandai dalam sejarah Amerika. Aku juga bla bla bla... "
 10minit berlalu, dia mengambil beg ketiga dan terus terjun tanpa menoleh kebelakang.

Penumpang keempat pula Osama Bin Laden berkata kepada penumpang kelima,
 seorang budak berumur 10 tahun.
Katanya :
" Aku seorang muslim dan biarkan Allah sahaja yg menentukan nasibku.
 Kamu ambillah beg payung terjun tersebut dan selamatkanlah diri kamu.

Lalu budak tersebut pun berkata...
" Jangan bimbang pakcik, ada satu lagi beg payung terjun untuk pak cik. 
Presiden yang kononnya terpandai dalam sejarah Amerika itu telah terambil beg sekolah saya "

kikikiki... 

kredit to kami boikot buletin tv3

05 January 2012

facebook dblock???




sejak peristiwa berdarah di UPSI 1/Jan/2012
laman FB telah di blok di kolej-kolej kediaman...
mula tu aku tak faham gak kenapa la bila dah petang2 dekat nak maghrib
FB dah tak boleh masuk sehingga la pagi ke esokkan hari(waktu pejabat)...

mulanya aku tak perasan pom..
coz aku tak la bkak FB sangat dah time macam tu..
kalo bkak pom bace yg member2 post(kot2 ade soalan exam kuar..hak3)
bace berita sal Adam Adli...
memang aku ikuti perkembangan Adam...
malam kejadian sebelum Fb kene blok...aku tidor awal then bangun
dalam pukul 2.30 pg...so sepanjang malam (dh pagi pom)
aku ikuti perkembangan perhimpunan tu melalui FB....
bila tengok gambar yg tag kt page support Adam tu..
aku rasa bangga dengan mahasiswa sanggup
 bekorban dan berjuang apa yg mereka percaya...

bagi yg tak suka aku tak boleh nak cakap apa la...
tapi bagi aku mereka adalah wakil bagi aku 
yang tak mampu untuk bersuara...
hanya doa yg boleh aku sampaikan...

then, sampai ke hari ni Fb masih diblock..
ade jugak terpikir 
adakah Fb kene block sebab peristiwa tu..
dan semalam ke rumah member p masak2 n makan2...
keluar la cter yg Fb di block kt kolej2 kediaman..

eleh kalo nk block Fb baik block sepanjang exam sampai 
cuti sem... ni tak, block time malam..macam la time pejabat tu
student tak boleh nak bace post2 pasal Adam tu...aish..
lagi pom bukan kt FB je la orang boleh sebar berita tu..
kt blog2 banyak kot...

aku tak kisah pom FB kene block
tapi aku kisah kalo internet yg tak boleh
 AKSES..hahaha

04 January 2012

Contest Blog paling Comel

aku tahu blog aku tak comey pom...
simple gler...sebab aku memang buta it
(malas nk godek2 nt lain plak yg jadinya)
lg pom aku dh suka dengan skrg punyer 
walaupom kadang2 agak jeles tgk blog blogger2 lain..
memang cantik gler..

tapi sebagai menghargai niena sofea yg sudi 
tag aku..so join la hehe..


nak join?? sila tekan banner tu kuat2 ye..



02 January 2012



alhamdulillah..dah berjaya habiskan ulang kaji
 pengantar pengurusan(minor) untuk first paper 3 hb..


tetiba rasa berdebar-debar plak dekat nak exam nih..
masa study week macam tak hingat dunia..ko main2 je..

sekarang ni fokus plak pade bab2 yg perlu difokuskan..
hahahaa...semua kene fokus wei...hurmmm...
pagi nih alarm tak bunyi atau aku yg tak dengar tak tahu la..
tapi sedar2 tadi dah jam 4.30 a.m...

lepas ni fokus kt subjek2 major plak..


01 January 2012

segmen jom tambah Follower awal tahun 2012


nak join?? tekan banner tu kuat2..

jom join segmen pertama bagi tahun 2012..hehe

target follower~seramai yg boleh..haha

so cepat la join tarikh tutup~1 jan 2012 jam 11 pg..

selamat tahun baru

assalamualaikum dan selamat pagi...
dah masuk tahun baru pom....
so apa azam tahun baru korang????
aku??? hurmmmmmmm
yg pastinya semoga tahun ni lebih baik dari tahun lepas...

satunya yg tercapai di tahun baru ni
 aku dapat bukak mata dari tidur yg panjang...
dr tahun lepas aku tdor, pejam mata dh masuk tahun baru
(9.30 p.m 31/12/2011 sehingga 2.30 a.m 1/1/2012 lama kan??)
semalam dapat juga lenakan diri...
penangan nasi lemak kot..(nasi lemak plg sedap kt TM)

entah kenapa 2, 3 ni hari susah gler aku nak lelap...
bayangkan tengah ko duk ngadap laptop..tengok cter ke 
bace buku ke...bukan main la ko ngatuk..
tapi bila baring..puas pusing kiri kanan..
aish tak nak lelap..

semalam2 aja pukul 4 lebih aku tibai(berjaga)
nasib baik tak terlepas subuh...
hancusss betolaaa...

semalam juga ade perhimpunan di kampus UPSI
seluruh mahasiswa IPT berhimpun(xsmua)
untuk Adam Adli...semoga nasib Adam terbela...
hanya doa yg mampu kukirimkan....
sedih sebenarnya...kita sebagai rakyat tak dibenarkan untuk bersuara
bila berkeras ckit..dikata biadap..

sedangkan kte mahasiswa ni la yg akan
menerajui tunggak kepimpinan kelak..
ke diorang ingat...dorang tak kan mati
selamanya nak pegang jawatan tu??
jika mahasiswa sendiri berani menegur
mesti ada yg tak kene dalam pimpinan mereka..
semoga mereka sedar tentang kepincangan dalam pimpinan mereka

azam tahun baru buat masa pendek ni
nak habiskan ulang kaji pengantar pengurusan...hehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...