-

nuffnang

berminat?? click la kt image tu,..

30 October 2011

tika hati seorang muslimah terluka


ketika hati dan jiwa muslimah terluka

ketika hati seorang muslimah terluka, dia akan menghapus air matanya dengan iman
ketika hati seorang muslimah terluka, dia akan menguatkan hatinya dengan ilmu
ketika hati seorang muslimah, hari-harinya akan dia penuhi dengan semangat perubahan yang lebih baik pada dirinya.
ketika hati seorang muslimah terluka, dia menari dalam doa pemohonan ampun terhadap Rabbnya..
ketika hati seorang muslimah terluka, wajah kusutnya tetap terlihat indah bagi dunia..
ketika hati seorang muslimah terluka, bibir merahnya menyimpulkan senyuman untuk hidupnya..
ketika hati seorang muslimah terluka, matanya basah oleh lembut hatinya..
ketika hati seorang muslimah terluka, dunianya terasa akan berlanjut dan dia harus tegar..
ketika hati seorang muslimah terluka, jiwa lembutnya sampaikan ketenangan pada hati kecilnya..
ketika hati seorang muslimah terluka, akal dan hatinya hadir untuk menanti kesedarannya..
ketika hati seorang muslimah terluka, tangannya digunakan seperti kebiasaanya..
ketika hati seorang muslimah terluka, tak akan ada perubahan dalam dirinya pada hal-hal yang tidak berguna.
ketika hati seorang mslmah terluka, dia gunakan kesedarannya untuk menjaga perasaan orang sekelilinya..
ketika hati seorang muslimah terluka, air matanya dijadikan doa untuk keselamatan orang yang melukainya..
ketika hati seorang muslimah terluka, jari-jemarinya tetap bergerak untuk menolong orang lain tanpa beban dihatinya.
ketika hati seorang muslimah terluka, hidupnya tetap menjadi kebahagian kepada orang sekelilinya...
ketika hati seorang muslimah terluka, dia tetap meneruskan liku-liku hidupnya..
ketika hati seorang muslimah terluka, kepercayaan pada dirinya tetap tidak akan pudar..
ketika hati seorang muslimah terluka, ia dan dirinya tetap menjadi MUSLIMAH..

˙·٠•●❤ Tabahkanlah HATIMU duhai MUSLIMAH disaat dirimu TERLUKA. Anggaplah ujian ini sebagai ANUGERAH TERINDAH dari-Nya. Kerana Dia ingin sentiasa dekat dengan dirimu. Insya-Allah, Allah SWT sentiasa bersamamu.❤●•٠·˙

"semoga kita menjadi MUSLIMAH itu"





29 October 2011

baru 20%

alhamdulillah...hari ni kami telah mulakan tugasan kami...walaupom tak ramai yang ada...kerja yang kami dah berjalan sebanyak 20%... jom tengok hasilnya...hehe...memang best ar walau tak ramai tetap meriah dengan gurau senda dah gaduh2 manja..=)


macam ni la bila berkumpul ramai2...kerja yg banyak pom cepat je jalan...


masing2 buzy tapi sempat lagi sakat menyakat n bergurau senda..memang heppening laaa..


bila dah siap mula nak menyusun..ok ni la haiwan2 yg akan menghiasi stage...


makin banyak yg selesai...


then, akhirnya...tadaaa comey kan...macam2 ade..

esok kami akan sambung lagi...insyaAllah..aku pom akan turut serta...banyak lg yg nak kene buat..

28 October 2011

cuti time..

lagi dua hari, kuliah nak mula balik...argghh..siyesly memang boring gler duk umah bila semua member2 kamcing balik umah..hari ni dan rabu lepas, seharian aku duk lam umah tak keluar ke mana-mana so, makan pom ala kadar je la...apa yg ade kt umah...sedih..sob3..

cuma semalam je aku menyibukan diri dengan kerja kursus aku...sebenarnya kami diberi tugas oleh lecture untuk menjayakan pesta konvo kanak-kanak tadika..masa yg dberikan memang terhad disebabkan kteorang semua akan balik bercuti sempena raya haji, so nak  tak nak kene siap kan stage sebelum balik bercuti..tu pom kteorang kene datang awal...sedih lagi...

ni la dewan yg akan digunakan untuk pesta konvo kanak2 tadika..besar gler dewan nih..
tapi semua ni bagi pengalaman la kat kteorang nak handle majlis yg besar2..kira besar la sebab akan melibatkan ibu bapa kanak-kanak yg akan konvo...dan kerja yg kami lakukan ni bukan dnilai oleh lecture kami je,..tapi seluruh guru-guru tadika dan juga ibu bapa..yg penting ibu bapa laaa kan..macam mana nak menyakinkan diorang yg kteorang ni boleh menjadi pendidik kepada anak-anak mereka..

tema untuk hiasa stage ni ialah berunsur taman rimba..walaupom tak berapa nak confirm lg apa yg ktorang rancang sebab plan kteorang sentiasa berubah untuk penambah baikan, tapi..insyaAllah esok kerja 2 untuk membina akan berjalan..dan walaupom aku bukan bertugas untuk kerja bina..aku nk g menyemak..hak4...boring kot duk umah...g sana boleh jugak bantu2 mana yg patut..lagi pom kebanyakan pasukan bina balik kampung..so, mana yg ade je yg pergi..

semoga kerja kami berjalan dengan lancar..bukan sahaja untuk carry markh tapi untuk menjayakan pesta konvo kanak-kanak tadika..insyaAllah..


korang agak2 lukisan ape ni??

26 October 2011

JOM JOIN KEMPEN TINGKATKAN JUMLAH FOLLOWERS



dah lama aku tak join sebarang segmen, contest or kempen..
sebab aku suka join benda2 yg simple je..contohnya macam kempen tingkatkan jumlah follower
yg memerlukan aku tulis apa yg perlu je...
so, kawan 2 rakan blogger jom pakat join kempen ni..
nak join tekan banner kt atas..

ok la ni syarat nak join kempen ni..
  1. Buat entry baru bertajuk JOM JOIN KEMPEN TINGKATKAN JUMLAH FOLLOWERS
  2. Letakkan banner diatas dan linkkan terus ke entry kempen ini
  3. Buat la ayat menarik sikit untuk menggalakkan followers anda menyertai kempen ini
  4. Tinggalkan link entry anda di ruangan komen di bawah

mencintai dia dalam diam~


Ketika cinta kini HADIR tidak untuk Yang Maha Mengetahui, 
saat secercah rasa tidak lagi tercipta untuk Yang Maha Pencipta. 
Izinkanlah hati bertanya untuk siapa ia muncul dengan tiba-tiba, 
mungkinkah dengan redhaNYA atau hanya mengundang murkaNYA..
Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut
 aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH 
maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH..
biar cinta itu kerana akhlak dan agama yanag ada dalam dirinya..

”Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu,
 dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan
 hamba-hamba sahayamu yang perempuan. 
Jika mereka miskin ALLAH akan memampukan mereka dengan kurniaNYA.” (QS. An Nuur: 32 )

Cukup cintai dia dalam DIAM.
Bukan kerana membenci hadirnya.. 
tetapi menjaga kesucinnya bukan kerana menghindari dunia.. 
tetapi meraih syurgaNYA bukan kerana lemah untuk menghadapinya..
 tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup..

Cukup cintai dia dari KEJAUHAN.
Kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkannya dari ujian.. 
kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan.. 
kerana mungkin sajakan membawa kelalaian hati-hati yang terjaga..

Cukup cintai dia dengan KESEDERHANAAN.
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan..
 menumbuhkan harapan hanya akan memberi kebahagiaan para syaitan..

Maka cintailah dia dengan KEIKHLASAN.
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati.. 
tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..?

~ Pilihan ALLAH itu yang TERBAIK..~
“.. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.
 ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” ( QS. Al Baqarah: 216 )

Cukup cintai dia dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan dan keikhlasan..
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan..
 mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan..

Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan..
 serahkan rasa yang tiada sanggup dijadikan halal itu pada Yang Memberi dan Memilikinya..
 biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya..

”Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga” (Umar Bin Khattab ra)


cuti depavalli

mencintai aku dengan seadanya...
mencintai aku bukan kerna rupa...
dalam waktu sedu..
dalam waktu hiba...
ku harapkan dia rela....
jiwang jap
baru lepas tengok cter cinta elysa...sweet je fasha dan johan..
walaupom guwa tak bape nak suka dengan fasha
(macam la fasha suka aku) hak4
hari ni dah masuk hari kedua cuti dan
selamat hari raya depavalli untuk yang menyambutnya...hehe

uiks memang sunyi gler..boleh dikatakan kebanyakan
 pelajar upsi dah balik umah masing..
aku turun semalam cari makan kolej KUO dan KHAR dan sunyi sepi..
selama ni kalo jumpe pelajar indonesia sorang dua je..
tapi semalam sekumpulan..boleh kate kolej khar tu depa yg punyai..

semalam aku habis kan masa tengok blog,
 menyemakkan blog dengan kelopak bunga 
yang bergugura..saje kan tak de kerja..basuh baju bergantungan..
kemas almari yg dah macam sarang tikus..
sambung tengok cter korea....dannnn bace buku ckit nak cukup syarat...hak4

disebabkan terlalu sunyi..aku dapat dengar burung-burung berkicaun
selalunya bunyi2 tu diganti dengan suara manusia dan bunyi bas...
dah kebanyakan pelajar dah balik...
burung2 bermaharajalela laa..sob3..semalam tidor sorang2..
roomate pom dah balik kampung sampai hari jumaat..sedih bangat..


aku ingat aku hepy bila tak suara hirup pikuk manusia..tapi sebenarnya
membosankan..hidup tanpa masalah seperti hidup tak da makna..




24 October 2011

aku yg ditinggalkan...


sob3 cter sedih ni baik korang semua sediakan tisu atau apa2 yg menyerap air..
nak hujan dah ni, sikit lg, sikit lg.skit lg..waaaaaaaaaaaaaaaaaa...
ok tipu je tu..ape kes nak hujan langit terang bederang nga bintang berkelipan 
dan angin yg sepoi2 bahasa(duk bawah kipas)...hak3....

sebenarnyaa...aku...aku..aku ditinggalkan...
sob3 bukan sebab ditinggalkan pakwe ok(ape kelas couple2 baik kawin terus)
korang mesti tahukan raya depavalli dh dekat kan. kan..kan...
dan semua U dh mula cuti dr esok hingga jumaat +sabtu dan ahad..

dan..dan...hampir kesemua member aku balik kampung...waaaa
sedih kot aku ditinggalkan terkontang-kating oleh depa...
ade orang tu malam ni dah siap nak bas....
ada pulak esok baru nak balik..ade yg balik umah kakak..
ada yg balik kL (parents dtg KL)...sob3..

sedih la nga korang semua ni...
tinggalkan daku merana merata-rata..
alamatnya terperap la aku kt umah seminggu...
boleh mati kutu nih...adoiya..
my sister ade gak ajak g umah dia..
but same je jauhnya dengan kelantan..dan lg menyusahkan adela..
nak kene g kL dulu nek bas kt sana bru tolak ke mersing..
so sebelum aku sesat kt kL tu baik aku berkampung je kt KUO

actually--actually---i pom rasa nak balik kampung
tapi---tapi---bila pikir balik..lepas cuti depavalli datang cni seminggu 
then balik lagi cuti raya haji..
tak berbaloi aku nak datang cni...aku tak suka gler naik bas lama2..
dari tg malin-kelantan 7 jam kot..so that, bila aku dah menetap lama2 kt satu tempat 
aku malas gler nak pergi mana2..(yg memerlukan aku nek bas berjam2)
kalo aku balik cuti ni baik aku cuti terus 3 minggu,
balik raya depavalli sambung raya haji terus baru puas hati
 spend duit tket bas hampir RM 100 dan 7 jam duk lam bas...hak4..memang melampau..

sahabatku yg baik hati semua..
sebab korang semua tinggalkan aku merana di sini..
korang mesti bawak ole2 untuk aku...hahahhaa



23 October 2011

bila che moq mula blogging...

che moq ni salah sorang geng pengembara bermula..ok tipu..
member aku antara yg tersayang la(ye ke??) haha
bila kawan nga che moq ni..aku rasa cam bebas je nak tibai ape pom..
sebab dia ni sorang yg slumber badak+brutal je..
apa yg dia nak cakap memang dia terus terang ar...owg kate strik to da point..
kadang2 sentap jugak ar nga ayat power yg dia muntahkan..
dan siyesly gelagat n perangai dia boleh buat owg ketawa..
yg stress pom boleh b'tambah stress ok sebab dia agak loyar buruk..(moq jgn marah haha)

tapi che moq ni agak garang la..
so kalo tengok mood dia tak ok baik ko duk jauh2
tu pom kalo rasa tak nak kene sembur la..
owg kate jangan jolok sarang tebuan..hahaha
tapi aku main bantai je..memang tak paham2 betol
lepas kene sembur baru insaf haha..
(thats my weak tak dpt bezakn mood dia ok ke tak)
sebab aku kan suka hepy ending

che moq gak sorang yg kreatif, dan siyesly kalo dia mula blogging dan kene pada caranya...
dia boleh jadi antara blogger yg femes..cam zackzukhairi(realiti konspirasi)
dalam lawak ada mesej yg dia sampaikan....
belum habis bace post che moq, aku dah gelak guling2..kelakar..
ok che moq baru b'jinak-jinak nk menulis kt blog
sila2 jengah blog che moq
aku dan kasut ~blog che moq

dan yg paling best..dia pandai masak...
uiks memang untung la sape jd laki dia..
kalo dia setuju aku nak rekomen kan abang aku kt dia
(bukan laki dia je untung adik ipar pom tumpang skaki)...hahaha




bukan mahram keluar berdua atau ditemani kanak2 yg tahu tidak apa2


ade seorang sahabat yg bertanya pendapat aku tentang perempuan dan lelaki bukan mahram(boleh kawin) keluar berdua atau ditemani oleh kanak-kanak yang tidak tahu pape tapi tidak berpegang tangan..

erk..aku bukan reti sangat nak bagi pendapat, aku takut bila aku tak buat benda macam ni, sah2 la aku kata benda ni salah,(memang salah pom)..dan bila aku buat jadi tak salah pulak...faham kan maksud aku...
kadang-kadang bergantung pada niat la, mungkin dia keluar sebab berkaitan dengan kerja dan tengok la tempat dia pergi, kat tempat ramai orang or tempat tak da orang...dan kalau nak keluar biar la ditemani orang dewasa bukan kanak-kanak...(kanak-kanak tahu ape) hehe

tapi walau macam mana pom kalau dah keluar berdua mesti timbul juga perasaan berkeinginan yg boleh melalaikan..tahu-tahu la kan bila lelaki dan pompuan berdua yg ketiganya syaitan...lagi pom zina bukannya melakukan benda tu je tapi zina ni ade banyak..so pikir2 la..yang bijak pandai mesti tahu kan..

Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Nabi S.A.W. bersabda : “Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat,sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti” Daripada Abu Hurairah r.a., dari Nabi S.A.W. sabdanya: “Nasib anak Adam mengenai zina telah ditetapkan. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Dua mata, zinanya memandang. Dua telinga, zinanya mendengar. Lidah, zinanya berkata. Tangan, zinanya memukul. Kaki, zinanya melangkah. Hati, zinanya ingin dan rindu, sedangkan faraj (kemaluan) hanya mengikuti atau tidak mengikuti.”


p/s: kalau salah betulkan saya...


22 October 2011

✿ BERSALAMAN ATAU MENYENTUH DENGAN BUKAN MAHRAM..✿





 Gejala Ikhtilath (PERCAMPURAN di antara lelaki dengan wanita) semakin dianggap perkara biasa oleh masyarakat sekarang seperti :

✿~ BERSENTUHAN KULIT..
✿~ BERSALAMAN TANGAN..
✿~ BERTEPUK TAMPAR..
✿~ BERGURAU SENDA..
✿~ BERPELUKAN sesama sendiri tanpa timbul sebarang rasa bersalah..

Rasulullah saw bersabda :
“Sekiranya kepala salah seorang daripada kamu DITUSUK dengan JARUM BESI, itu adalah LEBIH BAIK bagi kamu daripada kamu MENYENTUH WANITA yang TIDAK HALAL bagi kamu.”
(Hadis Riwayat ath-Thabrani. Dinilai sahih oleh al-Mundziri, al-Haitsami, dan al-Albani)

>>> Semoga kita selaku umat Islam diberikan KEMUDAHAN untuk MEMAHAMI apa yang telah DILARANG Allah dengan baik..sekiranya BERSALAMAN dan BERSENTUHAN pun termasuk PERKARA yang terlarang, fikirkanlah yang MELAMPAU dari itu..Wallahu ‘alam...(✿◠‿◠)


hari terakhir bersama A.S.F.A

semalam adalah hari terakhir kami bersama Asfa..rasa sedih jugak.sob3
aktiviti kali agak best, kami buat play dough..boleh nampak muka Asfa senyum masa main..





aktiviti terakhir kami buat sandwich dengan menggunakan nama Asfa..

sayang Asfa!!


hari ke-4 bersama Asfa

hari ke-4 kami ke tadika, Asfa dah mula mengenali kami...hari tu aku dan k.shu masuk agak lambat sebab tengah siapkan ABM, so leha yg masuk dulu...Asfa bila nampak je leha masuk...dia terus berlari ke bilik sebelah(tempat kteorang scaffold n main)...uiks terkejut la leha, biasanya kteorang akan bawa Asfa masuk ke bilik tu..tiba2 ari tu nampak je leha terus berlari ke bilik..dan bila leha masuk dia dah siap2 duduk atas kerusi..hahaha..sweetnya Asfa ni..Asfa nampak excited sangat hari tu, mungkin dia dah biasa dengan kami...harap2 lepas esemen ni, kteorang dapat melawat Asfa lagi...hari tu Asfa main puzzle dan buat sedikit workship..




ni la antara hasil kerja Asfa hari tu, sepatutnya puzzle tu just smbung2 je, tapi bagi kt Asfa dia nak gam..hahaha



20 October 2011

sindrom turner

alhamdulillah disebabkan asfa tergerak hati, aku nak cari maklumat tentang sindrom turner..ni lah yg dikatakan belajar dari mereka...

definisi sindrome turner
sindrome turner adalah suatu keadaan yang berlaku pada anak perempuan di mana salah satu kromosom Xnya hilang sebahagian atau keseluruhannya. menyebabkan gangguan berhentinya Growth Hormone.

penyebab
sindrome turner biasanya disebabkan kehilangan kromosom X. kelainan ini ditemui pada 1 antara 3000 bayi yang baru lahir. bukan merupakan penyakit keturunan, tetapi kadang-kala disebabkan ibu bapa yang membawa kromosom yang mengalami penyusunan berulang.

gejala

  • tubuh pendek
  • webbed neck(kulit di antara lehernya menyatu,seperti selaput
  • garis rambut yang pendek pada bahagian belakang.
  • kelopak matanya jatuh.
  • jari manis dan jari kakinya pendek, kukunya tidak terbentuk dengan baik.
  • pada kulitnya terdapat banyak tahi lalat berwarna hitam
  • perkembangan seksual, pada peringkat puberty tidak terjadi
  • mandul
  • pembentukan air mata berkurang.
  • perkembangan mental yang perlahan.
mula-mula aku tengok asfa, aku ingatkan dia lelaki..betol2 macam lelaki..bila tahu nama penuh, rupanya perempuan...sob8

sindrome turner dapat dirawat?
Terapi penggantian hormon adalah cara terbaik untuk mengubati gangguan ini. Remaja digantikan dengan hormon pertumbuhan untuk membantu mereka mencapai ketinggian yang normal. Mereka mungkin juga akan diberi dosis rendah androgen (hormon laki-laki yang perempuan juga memproduksi dalam jumlah kecil) untuk meningkatkan tinggi dan mendorong rambut normal dan pertumbuhan otot. Beberapa pesakit mungkin mengambil hormon estrogen pada wanita untuk mempromosikan perkembangan seksual yang normal.

fakta menarik tentang sindrom turner.


Sindrom Turner 60.000 mempengaruhi perempuan di Amerika Serikat. Gangguan ini terlihat dalam 1 dari setiap 2000-2500 bayi lahir, dengan sekitar 800 kasus baru didiagnosa setiap tahun. Pada 75-80% kasus, satu kromosom X berasal dari telur ibu, sperma ayah yang menyuburkan telur hilang dengan seks kromosom.

Sindrom Turner dinamai untuk Dr Henry Turner, yang pada tahun 1938 menerbitkan sebuah laporan yang menggambarkan gangguan. Ketinggian rata-rata seorang wanita yang tidak diubati dengan sindrom Turner adalah 4 kaki 8 inci.

Seorang perempuan janin (biasanya XX) dapat bertahan hidup dengan hanya satu kromosom X, tapi janin laki-laki (biasanya XY) tidak dapat bertahan hidup dengan hanya satu kromosom Y. Hal ini karena tidak memiliki kromosom X jauh lebih buruk daripada tidak memiliki kromosom Y. Kromosom Y membawa sedikit gen sangat penting bagi kehidupan. Sebaliknya, kromosom X yang lebih panjang molekul DNA dan mengandungi banyak gen yang diperlukan untuk fungsi sel.




sekadar renungan bersama..'',)







untuk Adam..
andai mahu mencari hawa..


1. jgn dilihat pd purdah mahupun tudung semata-mata..kerna hawa hari ini tidak lagi seperti dulu..lihatlah pd telapak tgnnya..andai mudah telapak lembut itu hinggap pd kulit lelaki lain tanpa lapik..fikirlah semasaknya utk menyuntingnya..sesungguhnya memegang bulu anjing itu lebih baik dari menyentuh kulit lelaki atau wanita yang boleh kita kahwini..
2. jgn dilihat pada baju labuh mahupun jubahnya semata-mata..lihatlah pada sebujur bibirnya..andai kata-katanya berbisa atau kuat suaranya..fikirlah semasaknya andai hati masih teringin menyuntingnya..khuatir kelak dia membawa fitnah buat si suami..menabur buruk diri si suami..
3. jgn dilihat pada cantik ayu wajahnya semata-mata..lihatlah pada sepasang indah mata miliknya..andai tidak redup menunuduk pandangan..fikirlah semasaknya andai ingin terus menyunting dirinya..khuatir bila sudah bersuami matanya masih terus meliar memandang segak rupa lelaki lain yang bukan bernama suami..


untuk Hawa..
andai mahu menerima cinta adam..
1. jgn dilihat pada kereta mewahnya semata-mata..lihatlah pd aktiviti malamnya..andai liar hidupnya tika malam menjelma..fikirlah sebaiknya andai mahu menerima..kerna maksiat itu lebih mudah tatkala kelam malam sudah tiba..khuatir juga subuhnya terus leka dibuai mimpi nan indah..
2. jgn dilihat pada pakaian berjenama semata-mata..lihatlah pada bahagian kakinya..andai mudah lututnya ditayangkan tatkala lincah dipadang bola..fikirlah sebaiknya andai masih mahu menerima..kerna aurat suami itu hanya selayaknya dilihat oleh si isteri..
3. jgn dilihat pada tampan paras semata-mata..lihatlah pada mulutnya tatkala berbicara..andai dia mudah menghambur carutan dan sumpah seranah..fikirlah sebaiknya andai masih tegar memilihnya..khuatir pabila bersama kelak..kesalahan kecil anda akan menerima hamburan cacian yang menyeksakan..lelaki dan wanita hari ini tidak lagi seperti mereka yang dahulu..sebelum ini..wanita berhijab itu sesungguhnya mmg mulia zahir batinnya..tetapi hari ini..mereka yang bertudung barangkali hanya utk menyembunyikan kelemahan diri..begitulah juga sang lelaki..kadang-kala berkopiah..dari mata nampak sungguh alim..tetapi dlm hatinya..??siapa yang tahu..
sekadar renungan bersama...",)


19 October 2011

pengalaman yg bermakna sbg guru



assalamualaikum.....

hari ni adalah pengalaman yg aku rasa paling bermakna dalam hidup aku sebagai pelajar pendidikan awal kanak-kanak....lepas grade nt jadi cikgu tadika or taska laaa...hehehe..

sebenarnya aku dan kawan2,(ahli kumpulan esemen) ditugaskan untuk menyiapkan esemen yg melibatkan kanak-kanak kat tadika UPSI...kami kene wt observation, then lepas dah tahu masalah yg kanak-kanak tu ada kami bantu mereka untuk membaca, menulis dan sebagainya selama seminggu...so kami kene la buat Rancangan pengajaran harian(RPH) dan bahan untuk bantu mengajar..masa observation kami  pilih sorang kanak-kanak dan kumpulan kami dapat kanak-kanak yg mengalami masalah sindrom turner..pada mulanya agak susah ar nak berinteraksi dengan ASFA..sebab ASFA ni tak bercakap dengan orang tapi dia faham apa yg kami cakap...bila kteorang suruh dia buat sesuatu dia akan buat, tapi dia akan cepat hilang fokus..dan kami susah nak tahu ekspresi dia, suka, marah tak suka ke...memang susah kteorang nak faham...so, kami sediakan bahan2 yg membolehkan dia banyak bergerak..dan dia sangat suka mewarna..hehee

hari  pertama semua ahli kami pergi sama2, then hari kedua k.nana dan che moq...bila ak dengar cerita dari che moq, yg dia dah  mula ketawa, mula menunjukkan ekspresi memang aku excited + agak takut...takut dia tak boleh nak  sesuaikan diri dengan aku dan leha.... aku ni jenis yg bukan mesra alam sangat, so dalam melayan kanak-kanak pom aku agak kureng ar, dengan orang yg aku kenal pom aku kureng mesra(kecuali rakan2 yg betul2 kenal, hari2 jumpe tak kan tak mesra kan) sametelah orang yg aku baru kenal memang kekok gler ar.....

aku dan leha sampai awal tadi kt tadika, mereka baru lepas makan dan tengah main2(turn kami ambik alih kul 11) macam2 keletah diorang nih..comey gler..then sorang kanak-kanak pompuan..nama dia insyirah ok(sebenarnya panjang lagi, tapi yg 2 je aku boleh ingat) datang kat aku...sambil bawak 1 bekas polystrin...
cikgu2 sy bawak roti telur..dia cakap kt aku yg dia bawah roti telur, so dalam kepala aku masa tu roti yg disalut telur n digoreng ar...rupa-rupanya bila dia bukak, roti canai telur!!!..sakit perut tahan ketawa..hak8..adoi..jahatnye cikgu nih...banyak lagi yg kteorang borak td...memang best la layan diorang nih, lagi2 yg cerdik dan banyak cakap, kadang sampai tak terlayan...tapi siyesly memang best..

uiks panjang gler cerita aku..so, nak dipendekkan cerita..aku dan leha masuk ke kelas diorang, then kami ambil kanak-kanak yang kami jaga, memang kekok gler ar, sebab kteorang memang kena banyak cakap, walaupom dia tak jawap pom soalan kami, (dia cuma tahu mengangguk dan buat apa yg kami suruh)..mula-mula memang agak kaku ar, masing-masing (aku dan leha) tak tahu nak cakap apa..nasib baik ada member aku dari kumpulan lain ade bersama,...dia banyak cakap..walaupom aku tengok asfa agak malu2 dengan member aku..mungkin sebab member aku tu laki kot...hahahaha

aktiviti pertama kteorang buat kolaj huruf F pada masa yg sama kteorang ajar dia sebut huruf F...memang dia tak cakap pom..tapi dia buat aktiviti kolaj tu..



aktiviti kedua bermain plastesin

memang sangat nampak keterujaan kt muka asfa bila dapat main plastesin...siap gelak2...ya Allah aku rasa hepy sangat time tu bila tengok asfa senyum dan gelak2...then aku suh dia guling2 bagi...dia gelak je..memang bangga gler..coz sebelum ni asfa ni diam je..bila kami tanya dia boleh angguk dan diam..

sebenarnya fokus utama kami supaya ASFA ni dapat tulis nama dia dengan betol..asfa memang boleh tulis nama dia tapi, susunannya salah dan kadang2 memang tak tahu apa yg dia tulis..biasanya dia akan tulis nama dia AFSI, kadang2 AFHIS..kata lecture kami, sekurang-kurang biar Asfa dapat tulis nama dia dengan betol...Asfa ni jenis yg cepat lupa dan hilang fokus,esok turn aku dan kak shu pula, tapi leha pom ikut sekali, sebab kteorang memang dah rasa seronok gler dapat layan kanak-kanak kt tadika tu..hepy kot...

sebelum kteorang balik...kami borak dengan kanak-kanak umur 6 tahun, diorang ni lagi bijak, ASFA tu umur 5 tahun...duk bual2 tu aku tanye la nama salah sorang dr diorang + puji nama dia cantik...then apa lagi, yang lain pom pakat serbu aku cakap nama diorang siap cakap nama mak ayah diorang lagi..hak8 tak terlayan kot, semua nak cakap..memang pengalaman yg amat bermakna sebagai seorang guru..

"SEBENARNYA BUKAN DIORANG JE YANG BELAJAR DARI AKU, 
TAPI AKU JUGAK BELAJAR DARI DIORANG"



18 October 2011

betapa berharganya seorang W.A.N.I.TA


Ketika Tuhan menciptakan wanita, malaikat datang dan bertanya,"Mengapa begitu lama engkau menciptakan wanita, Tuhan???"

Tuhan menjawab,"Sudahkah engkau melihat setiap detail yang telah aku ciptakan untuk wanita?" Lihatlah dua tangannya mampu menjaga banyak anak pada saat bersamaan, punya pelukan yang dapat menyembuhkan sakit hati dan kerisauan, dan semua itu hanya dengan dua tangan".

Malaikat menjawab dan takjub,"Hanya dengan dua tangan? tidak mungkin!

Tuhan menjawab,"Tidakkah kau tahu, dia juga mampu menyembuhkan dirinya sendiri dan boleh bekerja 18 jam sehari".

Malaikat mendekati dan mengamati wanita tersebut dan bertanya,"Tuhan, kenapa wanita terlihat begitu lelah dan rapuh seolah-olah terlalu banyak beban baginya?"

Tuhan menjawab,"Itu tidak seperti apa yang kau bayangkan, itu adalah air mata."

"Untuk apa???", tanya malaikat.

Tuhan melanjutkan,"Air mata adalah salah satu cara dia menunjukkan kegembiraan,kerisauan,cinta,kesepian, penderitaan,dan kebanggaan,serta wanita ini mempunyai kekuatan mempesona lelaki,ini hanya beberapa kemampuan yang dimiliki oleh wanita.

Dia dapat mengatasi beban lebih baik dari lelaki,dia mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri,dia mampu tersenyum ketika hatinya menjerit kesedihan,mampu menyanyi ketika menangis, menangis saat terharu,bahkan tertawa ketika ketakutan.

Dia berkorban demi orang yang dicintainya,dia mampu berdiri melawan ketidakadilan,dia menangis saat melihat anaknya adalah pemenang,dia gembira dan bersorak saat kawannya tertawa bahagia,dia begitu bahagia mendengar suara kelahiran.

Dia begitu bersedih mendengar berita kesakitan dan kematian,tapi dia mampu mengatasinya.Dia tahu bahwa sebuah ciuman dan pelukan dapat menyembuhkan luka.

Allah S.W.T berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia, namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya. "

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."

"Aku memberinya kekuatan untuk menyokong suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya,sosok yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."

"CINTANYA TANPA SYARAT. HANYA ADA SATU YANG KURANG DARI WANITA,DIA SELALU LUPA BETAPA BERHARGANYA DIA..."

Wallahu'alam.............


p/s: copy from syurgaituidamanku

tip-tip penjagaan kaktus..

Assalamualaikum...dah masuk subuh pom masa aku duk menaip entry nih...kejap je sebelum nak solat subuh...sebenarnya aku dah lama nak membela si kaktus nih..masa aku g cameron minggu lepas, nampak je si kaktus, aku dah teruja nak beli..dan teruja nak pilih..uiks banyak sangat pilihan dan semuanya cantik2..akhirnya aku pilih 2 pokok...
jom kongsi tip-tip nak jaga si kaktus...hehe
kaktus mudah hidup dan tahan lasak, maka selain tanah, kaktus juga sesuai untuk ditanam menggunakan pasir bercampur sedikit tanah.

Kombinasi penggunaan campuran tanah, bahan organik, pasir dan batu kecil perlu disediakan manakala siraman menggunakan teknik semburan disyorkan hanya sekali seminggu.

“Selain ditanam terus di atas tanah, kaktus juga boleh ditanam dalam pasu untuk hiasan dalam dan luar rumah bergantung kepada pilihan masing-masing. Perlu diketahui kaktus memerlukan cahaya matahari secara langsung dan mencukupi untuk proses tumbesaran yang lebih baik,” katanya.

Kurangkan air pada pokok kaktus tanaman atau seelok-eloknya kadar penyiraman dilakukan hanya sekali seminggu bagi menyediakan ruang aliran air pada tanah dan lebihan air akan menyebabkan akar kaktus cepat reput selain menyebabkan kaktus cepat mati.

Pokok ini juga boleh ditanam menggunakan tanah campuran atau campuran kompos, tanah pasir dan batu kecil atau pecahan kecil batu daripada tanah liat.

Penggunaan tanah liat boleh menyebabkan pengekalan air yang berlarutan sehingga menyebabkan akarnya menjadi reput manakala batangnya menjadi lembut dan akhirnya busuk.

Baja yang disyorkan untuk menggalakkan pertumbuhan akar dan duri yang sihat ialah Ferti III yang mempunyai campuran nitrogen sebanyak sembilan peratus, phosporus (3 peratus), potassium (8 peratus) dan lain-lain keperluan sampingan kaktus seperti Micronutrients Boron, Iron, Magnesium, Maylodenum Sulfur, Klorin dan Copper.

Bagi menggalakkan bunga pula, kaktus memerlukan campuran tiga peratus nitrogen, enam peratus phosporus, 12 peratus potasium, boron, cobalt, copper, iron, magnesium, molybdenum dan zink.

Bagaimanapun, sesetengah pengeluar baja turut membekalkan bahan solikon bagi pertumbuhan bunga.

Semua semburan baja ini mesti dilakukan hanya sekali untuk tempoh dua minggu. Kekerapan membaja juga boleh memusnahkan kecantikan kaktus terutama daripada jenis berdaun lembut.



memang banyak pilihan, cuma aku je yg tak reti nak memilih..



pilih punyer lama akhirnya yg tercapai dek tangan...
aku memang susah nak memilih..waaaa




the animals sound song



video


hari ni aku dah melaksanakan tugasan kursus
 science for young children yang ke-2.
iaitu menyediakan rancangan pengajaran harian
untuk matapelajaran sains kanak-kanak
tapi di ajar kepada  kanak-kanak yg dah tua bangka
dan dah terlebih hyperaktif...hahaha...
alhamdulillah..kira ok ar ngajar tadi
walaupom pada awalnya..ketaq lutut..waaa
DR. pom tak komen banyak mungkin beliau dah tak
sabar nak balik kot..hahaha.

tajuk RPH aku hari ni ialah bunyi haiwan..
so, macam2 bunyi la yang ada kt kelas tadi..
video kt atas tu adalah salah satu bahan yang aku gunakan untuk
 mengajar kanak-kanak hyperaktif..
diorang nih memang suka bab2 menyanyi...hehehe


15 October 2011

ya Allah permudahkan segala urusanku



tengah berusaha untuk menyiapkan esemen yang perlu dibentangkan minggu depan...
walaupom ada 5 buah buku rujukan..tapi baru dapat 2 page...
fikiran tengah bercelaru ditambah dengan esemen2 lain perlu disiapkan seawal mungkin..
tenanglah wahai hati..

ya Allah permudahkanlah segala urusanku..

13 October 2011

cameron highlands

hari ni aku dan semua budak PAKK sem 5 akan ke cameron...lawatan sambil belajar...belajar tu kecik kan...betol ke g belajar??? haha agaknya sampai sana lain pulak jadinya...
sebenarnya lawatan ni salah satu tugasan kursus science for young children untuk semester nih...
so, nak belajar apa ka sana??





ni antara gambar yg gua google..tak tahu la pergi sana cam mana...
tp seyesly memang lawa pemandangan ni lagi2 bukit2 yg hijau tu..
 kteorang semua dah excited nak pergi




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...