-

nuffnang

berminat?? click la kt image tu,..

13 March 2011

azan adalah satu terapi

hari ini aku nak berkongsi tentang perkara yang aku baru tahu, mungkin korang semua dah tahu...
tapi aku nak kongsi jugak dengan korang semua..
azan adalah satu terapi..
aku pom tak tahu tiba2 rasa nak dengar radio ikim fm 
rupanya ada maklumat menarik yang aku tak tahu...terasa ceteknya ilmu aku..huk3..
dalam azan terdapat gelombang teta
gelombang teta ni dapat menghilangkan stress dan pelbagai lagi contohnya dapat menenangkan bayi yang menangis, rumah terbakar...dll
jika kita dengar dan menghayati azan, tenaga negatif akan keluar dari badan kita..
subhanaAllah..hebatnya...tapi kita ni bila time azan je bnyak plak bercerita..
pesanan untuk diri sendiri, semoga tidak alpa lagi ketika azan berkumandang..

aku ada search info ckit tentang terapi azan nih..antaranya

Azan disyariatkan untuk solat, kelahiran bayi, bencana alam, kebakaran dll...

Dari Dr Azhar Sarip: Ada 4 tahap gelombang otak (paling tinggi ke paling rendah)
1. Beta - stress, semasa berfikir, bekerja...
2. Alpha - santai, tonton drama (terasa berlakon sekali)...
3. Theta - tidur2 ayam, tenang...(teta adalah gelombang azan)
4. Delta - tidur nyenyak tanpa mimpi...

90% manusia duduk di gelombang Beta: nakal, stress, buruk sangka dengan Allah(paling buruk). Azan pulak berada di gelombang Theta. Banyak perkara ajaib berlaku di dalam gelombang ini. Dunia akan rosak binasa seandainya tiada gelombang Theta. Azan menstabilkan dunia ni.. dari gelombang terlalu tinggi atau terlalu rendah. Seboleh mungkin lakukanlah solat seawal waktu (tepat pada waktunya) kerana gelombang rendah masih di situ bagi memudahkan khusyuk di dalam solat kita, Insya Allah. Mungkin terjadi kiamat jika Azan tiada lg di dunia ini..

Azan satu terapi yang baik dan sangat penting. Beri pemahaman kepada anak betapa pentingnya azan. Sebelum baca buku, anak tu perlu azan. Lihat betapa cantik, betapa kuat menghafal ilmu dan sebagainya.

Satu perkara yang menarik, Azan bukan dilaung (kekadang otak kiri) tetapi diseru (sepenuh hati/jiwa - gunakan otak kanan), perkataan paling sesuai digunakan.. Semasa Azan diseru, jika dinikmati dan difahami, badan kita akan rasa ringan dll...tenaga negatif keluar dari badan kita..

Satu perkara yang dianjurkan:
Terapi Azan:

Tutup lampu, pejam mata dan hayati Azan..kemudian cuba tidur.. lihat apa akan berlaku..

Itu la serba sedikit info.. yang baik dari Allah dan yang buruk dari diri aku sendiri.. Wassalam.

p/s: mungkin terjadinya kiamat,jika tiada lagi azan dilaungkan...ingatan untuk diri sendiri hayati azan ketika azan berkumandang...




1 comment:

RuMaH TuA said...

Subhanallah...
Bermanfaat...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...