-

nuffnang

berminat?? click la kt image tu,..

02 March 2011

bertongkat sunnah para nabi..


Para Nabi, dan sahabat dan seterusnya para salihin yang terdahulu, mereka semakin tua semakin kuat amalan dan ibadat mereka dengan mengikut sunnah para Nabi. Salah satu contoh sunnah yang mereka ikuti ialah bertongkat.

Jika dilihat dari segi pengertian bertongkat di mata masyarakat umum ianya cuma sekadar satu keperluan kerana keuzuran, mempertahankan diri daripada musuh dan kemalangan atau sekadar koleksi peribadi.Namun tidak semua orang mengetahui kaitan bertongkat dengan agama lebih-lebih lagi hubungannya dengan sunnah Rasullullah s.a.w dan akhlak para nabi-nabi terdahulu.

Dalam sebuah hadis riwayat Ibn Abbas menyebutkan di dalam kitab As-Suyuti, (Al-Hawi), 289 : "Bertongkat adalah tanda orang beriman dan sunnah para nabi. Dan sesiapa yang keluar belayar jauh (musafir) dengan membawa bersamanya tongkat dari kayu Luz pahit, dia diselamatkan Allah daripada segala binatang buas yang memudharatkan dan pencuci dosa".

Di dalam al-Quran sendiri juga jelas ada menyatakan bahawa para Nabi Alaihimussalatu Wassalam, memakai tongkat sama ada pemakaian dalam kehidupan seharian atau ketika sedang beribadattermasuklah Nabi Sulaiman dan Nabi Musa Alaihiwassalam.

Di antara ayat-ayat berkenaan ialah : (nas ayat) "Dan ingatlah ketika Nabi Musa a.s. memohon supaya diberikan air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu". (Surah Al-Baqarah: 60)

Menurut beberapa hadis disebutkan bahawa Nabi kita s.a.w juga memakai tongkat ketika berjalan atau ketika berkhutbah, sepertimana jelas disebut dalam sebuah hadis yang bermaksud:
"Daripada Abdul Rahman bin Sa’ad: Bahawa Rasullullah s.a.w adalah apabila Baginda berkhutbah semasa dalam peperangan, Baginda memberikan khutbah sambil memegang busur anak panah, dan apabila berkhutbah dalam sembahyang Jumaat, Baginda menyampaikan khutbah sambil memegang tongkat". (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Dalam sebuah hadis yang lain : "Daripada Abu Umamah, katanya: (Pada suatu waktu) Rasullullah s.a.w keluar menemui kami dengan bertumpu kepada tongkat (bertongkat), lalu kami pun berdiri menyambutnya. Kemudian Baginda berkata:"Jangan kamu berdiri sebagaimana orang-orang asing berdiri menghormati sesetengahnya akan sesetengah yang lain……" (Hadis riwayat Ahmad bin Hanbal)

Diriwayatkan bahawa Imam Syafi’e r.a. setelah mencapai umur empat puluh tahun, beliau pun berjalan dengan tongkat sepotong kayu. Apabila ditanya sebab beliau berbuat demikian, beliau berkata:
"Biarlah aku senantiasa ingat bahawa aku ini kini sedang berjalan menuju ke akhirat".
Maka bertongkat adalah digalakkan dan sunat dilakukan, apalagi jika sudah mencapai usia empat puluh tahun sebagaimana hadis yang dinukilkan oleh Imam As-Suyuti tersebut.



2 comments:

bunga said...

lum sedia nk campur politik..ehhee..

suraiya sofia said...

erk..bukan nk cakap psal politik...sedih dengan kate2 mereka...just nk kongsi...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...