-

nuffnang

berminat?? click la kt image tu,..

18 March 2011

kadang2 ibu bapa salah anggap..


Hrmmm ari ni aku rasa nak meluah sdikit pendapat…kadang2 ibu bapa salah anggap…maksud aku bukan ibu bapa tidak baik atau apa..tapi kadang2 ibu bapa tak sedar bila anak mereka dah meningkat dewasa atau selepas mereka mempunyai ahli keluarga baru,..mereka aggap anak ini sudah tidak perlu di manjai atau beri pelukan mesra…bukan semua ibu bapa yang macam ni dan bukan bermaksud mereka tidak sayang akan anak mereka tapi mereka salah anggap yang anak ini sudah tidak memerlukan belaian mereka…
Aku pernah ada seorang sahabat…bila tengok dari luarannya dia seorang periang, banyak cakap tapi menyimpan banyak rahsia…kadang2 kami tak tahu apa yang difikirkannya….

Kami sama2 tinggal di asrama sejak form 1… dia jenis tak banyak bercerita tentang keluaganya…tapi sering buat kami ketawa dengan lawak bodohnya.. sangat sukar untuk tengok dia menangis tak seperti sahabat2 yg lain..bila pulang dari berjumpa dngan ibu bapa masing2…semua menunjukkan muka sedih dan ada yang menangis nak balik umah..almaklum la masa tu baru form 1 tak biasa lagi berpisah lama dengan keluarga…tapi sahabat aku ni tak pernah, aku tengok dia menangis atau menunjukkan rasa sedih lepas jumpa ibu bapanya…

Sehingga la satu hari…masa tu kami form 3, disebabkan trial PMR dia tak mencapai target sekolah, dia dan ibunya hadir ke majlis tautan kasih…sewaktu kami diberi motivasi…dah nama motivasi kan..so tak sah kalu kaunselor kami tak cerita kisah2 sedih…semua orang menagis teresak-esak..tapi sahabat aku nih hanya diam disebelah ibunya..kerasnya hati dia…tak tersentuh skit pom tentang cerita motivasi kaunselor kami…sehingga la kaunselor kami bertanya bila kali terakhir ibu bapa memeluk anak mereka??? Aku tengok dia mula menunduk dan menangis…kenapa ya??? Sebab dia dah lupa bila kali terakhir ibunya memeluk dia…

Akhirnya petang tu mereka berpelukan dan aku lihat dia menangis…hati batu tu menangis jugak…begitu lah anak…walau sekeras mana hati mereka tapi cair bila dipeluk ibunya…sesungguhnya seorang anak walau dah sebesar mana mereka tetap mengharapkan kasih sayang dan pelukan ibu bapa mereka..

Sejak tu, dia sangat bersemangat…kalu sebelum ni dia belajar sambil lewa, dalam kelas pula selalu tidur tapi kali ni..dia la paling rajin…bila study malam dia lah yang paling lewat tidur n bila pagi pula orang lain tak bangun lagi, katil dia dah kosong…dia betol2 gunakan masanya dengan belajar sampai tak menghiraukan kami..dan hanya bertanya kami bila dia tak faham sesuatu pelajaran…dia banyak bersendirian..aku kagum dengannya….jika sebelum ni dia tidur dalam kelas, tapi lepas majlis hari tu dia tak pernah tidur lagi terutama dalam subjek math n sains…bukan aku je yg menyedarinya…sahabat2 lain pom sama… walau pom dia banyak bersendirian…kadang2 dia masih buat lawak bodohnya yg membuatkan kami ketawa..dia masih hepy go lucky Cuma kadang dia lebih suka belajar sendiri…

Korang agak2 la berapa dia dapat dalam PMR????
Yup 8A…kami dan cikgu2 tak sangka dia akan dapat 8A lagi2 subjek math n sains…sebelum ni result exam bulananya hanya dalam lingkungan C dan D…ya Allah hebatnya pelukan seorang ibu..sampai dapat mencairkan hati batu anak mereka…
kadang2 anak2  menunjukkan tingkah laku tak sepatutnya buka sebab dia jahat atau apa tapi sebab ingin menarik perhatian ibu bapa…jadi ibu bapa jangan lah cepat melenting..
didiklah anak2 dengan kasih sayang dan jauhkanlah sikap berat sebelah antara anak2..kadang2 ibu bapa tak sedar bila mereka sering menangkan adik2 mereka walaupun ianya salah sang  adik…anak2 mereka kemungkinan akan jadi pendiam, sentiasa tidak puas hati dan cepat meradang kerana dalamannya memberontak dan menyimpan dendam…

p/s; dah mcam pakar motivasi la plak..hehehe..

3 comments:

bunga said...

yup..bunga setuju..

sama gak ngn bunga walau dah 25 tahun tapi masih lagi mengharapkan pelukkan dari mak..hehe..

Insan Bernama Kekasih said...

erm pelukan ibu satu aura...Syurga kan di bawah telapak kaki ibu...

suraiya sofia said...

bunga~emmm setiap anak mesti nak dpeluk n dsyang kedua ibu bapanya..

insan bernama kekasih~yup betol2...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...