-

nuffnang

berminat?? click la kt image tu,..

19 October 2011

pengalaman yg bermakna sbg guru



assalamualaikum.....

hari ni adalah pengalaman yg aku rasa paling bermakna dalam hidup aku sebagai pelajar pendidikan awal kanak-kanak....lepas grade nt jadi cikgu tadika or taska laaa...hehehe..

sebenarnya aku dan kawan2,(ahli kumpulan esemen) ditugaskan untuk menyiapkan esemen yg melibatkan kanak-kanak kat tadika UPSI...kami kene wt observation, then lepas dah tahu masalah yg kanak-kanak tu ada kami bantu mereka untuk membaca, menulis dan sebagainya selama seminggu...so kami kene la buat Rancangan pengajaran harian(RPH) dan bahan untuk bantu mengajar..masa observation kami  pilih sorang kanak-kanak dan kumpulan kami dapat kanak-kanak yg mengalami masalah sindrom turner..pada mulanya agak susah ar nak berinteraksi dengan ASFA..sebab ASFA ni tak bercakap dengan orang tapi dia faham apa yg kami cakap...bila kteorang suruh dia buat sesuatu dia akan buat, tapi dia akan cepat hilang fokus..dan kami susah nak tahu ekspresi dia, suka, marah tak suka ke...memang susah kteorang nak faham...so, kami sediakan bahan2 yg membolehkan dia banyak bergerak..dan dia sangat suka mewarna..hehee

hari  pertama semua ahli kami pergi sama2, then hari kedua k.nana dan che moq...bila ak dengar cerita dari che moq, yg dia dah  mula ketawa, mula menunjukkan ekspresi memang aku excited + agak takut...takut dia tak boleh nak  sesuaikan diri dengan aku dan leha.... aku ni jenis yg bukan mesra alam sangat, so dalam melayan kanak-kanak pom aku agak kureng ar, dengan orang yg aku kenal pom aku kureng mesra(kecuali rakan2 yg betul2 kenal, hari2 jumpe tak kan tak mesra kan) sametelah orang yg aku baru kenal memang kekok gler ar.....

aku dan leha sampai awal tadi kt tadika, mereka baru lepas makan dan tengah main2(turn kami ambik alih kul 11) macam2 keletah diorang nih..comey gler..then sorang kanak-kanak pompuan..nama dia insyirah ok(sebenarnya panjang lagi, tapi yg 2 je aku boleh ingat) datang kat aku...sambil bawak 1 bekas polystrin...
cikgu2 sy bawak roti telur..dia cakap kt aku yg dia bawah roti telur, so dalam kepala aku masa tu roti yg disalut telur n digoreng ar...rupa-rupanya bila dia bukak, roti canai telur!!!..sakit perut tahan ketawa..hak8..adoi..jahatnye cikgu nih...banyak lagi yg kteorang borak td...memang best la layan diorang nih, lagi2 yg cerdik dan banyak cakap, kadang sampai tak terlayan...tapi siyesly memang best..

uiks panjang gler cerita aku..so, nak dipendekkan cerita..aku dan leha masuk ke kelas diorang, then kami ambil kanak-kanak yang kami jaga, memang kekok gler ar, sebab kteorang memang kena banyak cakap, walaupom dia tak jawap pom soalan kami, (dia cuma tahu mengangguk dan buat apa yg kami suruh)..mula-mula memang agak kaku ar, masing-masing (aku dan leha) tak tahu nak cakap apa..nasib baik ada member aku dari kumpulan lain ade bersama,...dia banyak cakap..walaupom aku tengok asfa agak malu2 dengan member aku..mungkin sebab member aku tu laki kot...hahahaha

aktiviti pertama kteorang buat kolaj huruf F pada masa yg sama kteorang ajar dia sebut huruf F...memang dia tak cakap pom..tapi dia buat aktiviti kolaj tu..



aktiviti kedua bermain plastesin

memang sangat nampak keterujaan kt muka asfa bila dapat main plastesin...siap gelak2...ya Allah aku rasa hepy sangat time tu bila tengok asfa senyum dan gelak2...then aku suh dia guling2 bagi...dia gelak je..memang bangga gler..coz sebelum ni asfa ni diam je..bila kami tanya dia boleh angguk dan diam..

sebenarnya fokus utama kami supaya ASFA ni dapat tulis nama dia dengan betol..asfa memang boleh tulis nama dia tapi, susunannya salah dan kadang2 memang tak tahu apa yg dia tulis..biasanya dia akan tulis nama dia AFSI, kadang2 AFHIS..kata lecture kami, sekurang-kurang biar Asfa dapat tulis nama dia dengan betol...Asfa ni jenis yg cepat lupa dan hilang fokus,esok turn aku dan kak shu pula, tapi leha pom ikut sekali, sebab kteorang memang dah rasa seronok gler dapat layan kanak-kanak kt tadika tu..hepy kot...

sebelum kteorang balik...kami borak dengan kanak-kanak umur 6 tahun, diorang ni lagi bijak, ASFA tu umur 5 tahun...duk bual2 tu aku tanye la nama salah sorang dr diorang + puji nama dia cantik...then apa lagi, yang lain pom pakat serbu aku cakap nama diorang siap cakap nama mak ayah diorang lagi..hak8 tak terlayan kot, semua nak cakap..memang pengalaman yg amat bermakna sebagai seorang guru..

"SEBENARNYA BUKAN DIORANG JE YANG BELAJAR DARI AKU, 
TAPI AKU JUGAK BELAJAR DARI DIORANG"



4 comments:

EnciK AxixOu said...

cm pesalah plk budak 2 die g sensor muke..hhahahaha...

SoLy SoLicious said...

cikgu tanak ajar sye men plastisin gak ke ?? heeee

SuRiaNa MohD RaZaLi said...

@EnciK AxixOu uiks tu sebab ade sesetngah ibu bapa xsuka org letak gambar anak dia..kene la jaga sensitiviti diorang..

SuRiaNa MohD RaZaLi said...

@SoLy SoLicious boleh je..meh cni ckgu ajar..hehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...