-

nuffnang

berminat?? click la kt image tu,..

30 March 2011

alhamdulillah





malam ni aku nak kongsi khabar gembira dengan korang semua....selepas tahu je namaku turut tersenarai dalam pemilihan untuk tinggal di kolej sem depan aku bersyukur sangat..alhamdulillah...alhamdulillah...alhamdulillah...memang aku dah redha + tawakal bila dengar pihak kolej nak ambik 120 orang tinggal kat kolej...kalo sebelum nih aku dikhabarkan dengan berita sedih masa result exam keluar...yup pda mulanya memang aku tak boleh terima dengan result exam aku...then, aku fikir2 balik dan muhasabah diri mesti ada sebab dan musababnya...alhamdulillah....aku dah boleh biarkannya berlalu...dan kadang2 aku pom dah lupa dengan result aku sem lepas...

kadang2 kita ni tak sedar dengan nikmat yg Allah beri..tak pernah nak bersyukur..tapi bila Allah tarik sedikit nikmat yg Dia beri terus kita melenting...mula la nak  salahkan orang lain..Tuhan tidak adil dan sebagainya...manusia memang mudah lupa...ya Allah jauhkanlah aku dari golongan mereka yg tidak bersyukur dengan nikmat-Mu dan ampunkanlah dosa-dosa serta kelalainku..
amin...

p/s: alhamdulillah...alhamdulillah..alhamdulillah..rasa nak nangis je bila tengok nama aku tersenarai jugak..

25 March 2011

kura-kura besar yang sangat baik hati

nak dengar cerita tak????? kalo nak dengar duk elok2 ya jangan kacau kawan.....ok hari ni cikgu nak citer tentang seekor kura-kura besar yang sangattttttttttttttttttttt baik hati.....hehehehehe...

macam tu la bunyi cerita kteorang...hari ni aku dan 4 orang member aku merangkap ahli kumpulan esemen untuk kursus bercerita bahasa melayu...al maklum lah kami ni bakal2 cikgu kanak-kanak...hehehehe...mesti korang engat senang kan nak handle kanak-kanak nih???...aish...kanak-kanak la yang susah nak handle kalo yang faham cakap kte tak pe la..tapi yang tak faham n yang ada banyak kerenah tu mak aiii susahnya nak handle bebudak nih....penim kepala deng..

pagi tadi kteorang ke taska untuk melengkapkan esemen teknik bercerita kteorang...kteorang kene bercerita kat kanak-kanak...hrmmm bukan senang nak tarik perhatian diorang nih...lain yang kteorang tnya lain plak yang mereka jawab...so, sebelum bercerita tu kami berkenalan-kenalan dulu nga diorang nih..ada yang nakal, banyak cakap ada plak yang diam..tanya nama pom tak nak jawab...arggg abis la kteorang kalo time kteorang bercerita diorang tak bagi respon dah la nak kene rakam then hantar kt pensyarah...mintak2 la diorang bagi respon....

maka bermula sesi bercerita kami yang bertajuk "kura-kura besar yang sangattttttttt baik hati"...alhamdulillah ada la jugak respon dari diorang walaupun tak semua...nampaknya diorang seronok sebab cerita kteorang diselang-seli dengan nyanyian..


 yg ni kteorang dah abis bercerita..layan diorang jap sebelum balik...tengok la yg berdiri atas sofa..nama dia dani..mak aiiiii hyperaktif...panjat sofa n then lompat...cikgu aten yg pakai tudung putih tu dah stress giler ar tengok  muka dia tu...hahahaa..tapi seronok layan kerenah budak-budak nih...


cikgu pom dah macam kanak-kanak..hehehe

20 March 2011

seluar legging



sekarang ni memang fesyen seluar legging ke??? sebelum ni aku tak kenal pom ape kebenda la seluar lengging ni?? nak pakai juga bleh ke..cam femes giler...pastu bila jelajah geng2 blogger plak mesti ada entry pasal seluar lengging..aish..

then satu hari tu, tengah aku jalan2 kat  gerai jual pakain kt kampus aku...aku tengok sorang pompuan nih, peniaga kot..apa dia pakai tu..pakai seluar cam tak pakai seluar je..nampak segalanya...member aku kat sebelah pom cakap tu la seluar legging...aduh..berbulu aku tengok tak tahu la kalu lelaki plak yang tengok..

dia yang pakai kte pom dapat dosa jugak..apa taknya tengok je pompuan pakai macam terus mengumpat nak sound depan2 takut....macam tak pakai seluar je...tapi pakai tudung lawak giler...huh macam tu la bunyi nyer...tak pasal2 kte pom dapat dosa..erk..mintak jauh la jangan ada niat pom nak pakai macam nih...

hadis: menjaga perasaan

Hadis :Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:"Jika kamu bertiga maka janganlah dua daripada kamu bercakap-cakap meninggalkan yang ketiga kerana perbuatan begini akan mendukacitakannya." (al-Bukhari dan Muslim)

Huraian :1. Apabila terdapat tiga orang berada dalam satu majlis maka tidak harus dua daripada mereka berbual dan meninggalkan yang ketiga. Perbuatan ini boleh menyebabkan orang yang ketiga berasa dukacita, gelisah dan menimbulkan buruk sangka kerana dirinya tidak dipedulikan.

2. Setiap manusia hendaklah memahami disiplin-disiplin dalam bergaul dan berinteraksi supaya tidak berlaku perkelahian dan pergaduhan.

3. Komunikasi yang berkesan adalah komunikasi yang menepati apa yang dimaksudkan bukan sesuatu yang samar-samar sehingga timbul berbagai fitnah dan cerita bohong yang diada-adakan hingga mengakibatkan perpecahan dan sebagainya.

4. Seorang muslim itu wajib menjauhi sebarang percakapan yang mengandungi unsur-unsur umpat keji, kata mengata dan sebagainya dan tidak menyibukkan diri dengan percakapan yang tidak berfaedah.


p/s: hrmmm kalu dah bercerita, kadang2 terlupa kawan kte yg ke3...memang terasa sangat..walaupun mybe member tak sembang psal kte tp still kte fikir yg depa tngah umpat kte...aish boleh menyebabkan buruk sangka plak..

18 March 2011

kadang2 ibu bapa salah anggap..


Hrmmm ari ni aku rasa nak meluah sdikit pendapat…kadang2 ibu bapa salah anggap…maksud aku bukan ibu bapa tidak baik atau apa..tapi kadang2 ibu bapa tak sedar bila anak mereka dah meningkat dewasa atau selepas mereka mempunyai ahli keluarga baru,..mereka aggap anak ini sudah tidak perlu di manjai atau beri pelukan mesra…bukan semua ibu bapa yang macam ni dan bukan bermaksud mereka tidak sayang akan anak mereka tapi mereka salah anggap yang anak ini sudah tidak memerlukan belaian mereka…
Aku pernah ada seorang sahabat…bila tengok dari luarannya dia seorang periang, banyak cakap tapi menyimpan banyak rahsia…kadang2 kami tak tahu apa yang difikirkannya….

Kami sama2 tinggal di asrama sejak form 1… dia jenis tak banyak bercerita tentang keluaganya…tapi sering buat kami ketawa dengan lawak bodohnya.. sangat sukar untuk tengok dia menangis tak seperti sahabat2 yg lain..bila pulang dari berjumpa dngan ibu bapa masing2…semua menunjukkan muka sedih dan ada yang menangis nak balik umah..almaklum la masa tu baru form 1 tak biasa lagi berpisah lama dengan keluarga…tapi sahabat aku ni tak pernah, aku tengok dia menangis atau menunjukkan rasa sedih lepas jumpa ibu bapanya…

Sehingga la satu hari…masa tu kami form 3, disebabkan trial PMR dia tak mencapai target sekolah, dia dan ibunya hadir ke majlis tautan kasih…sewaktu kami diberi motivasi…dah nama motivasi kan..so tak sah kalu kaunselor kami tak cerita kisah2 sedih…semua orang menagis teresak-esak..tapi sahabat aku nih hanya diam disebelah ibunya..kerasnya hati dia…tak tersentuh skit pom tentang cerita motivasi kaunselor kami…sehingga la kaunselor kami bertanya bila kali terakhir ibu bapa memeluk anak mereka??? Aku tengok dia mula menunduk dan menangis…kenapa ya??? Sebab dia dah lupa bila kali terakhir ibunya memeluk dia…

Akhirnya petang tu mereka berpelukan dan aku lihat dia menangis…hati batu tu menangis jugak…begitu lah anak…walau sekeras mana hati mereka tapi cair bila dipeluk ibunya…sesungguhnya seorang anak walau dah sebesar mana mereka tetap mengharapkan kasih sayang dan pelukan ibu bapa mereka..

Sejak tu, dia sangat bersemangat…kalu sebelum ni dia belajar sambil lewa, dalam kelas pula selalu tidur tapi kali ni..dia la paling rajin…bila study malam dia lah yang paling lewat tidur n bila pagi pula orang lain tak bangun lagi, katil dia dah kosong…dia betol2 gunakan masanya dengan belajar sampai tak menghiraukan kami..dan hanya bertanya kami bila dia tak faham sesuatu pelajaran…dia banyak bersendirian..aku kagum dengannya….jika sebelum ni dia tidur dalam kelas, tapi lepas majlis hari tu dia tak pernah tidur lagi terutama dalam subjek math n sains…bukan aku je yg menyedarinya…sahabat2 lain pom sama… walau pom dia banyak bersendirian…kadang2 dia masih buat lawak bodohnya yg membuatkan kami ketawa..dia masih hepy go lucky Cuma kadang dia lebih suka belajar sendiri…

Korang agak2 la berapa dia dapat dalam PMR????
Yup 8A…kami dan cikgu2 tak sangka dia akan dapat 8A lagi2 subjek math n sains…sebelum ni result exam bulananya hanya dalam lingkungan C dan D…ya Allah hebatnya pelukan seorang ibu..sampai dapat mencairkan hati batu anak mereka…
kadang2 anak2  menunjukkan tingkah laku tak sepatutnya buka sebab dia jahat atau apa tapi sebab ingin menarik perhatian ibu bapa…jadi ibu bapa jangan lah cepat melenting..
didiklah anak2 dengan kasih sayang dan jauhkanlah sikap berat sebelah antara anak2..kadang2 ibu bapa tak sedar bila mereka sering menangkan adik2 mereka walaupun ianya salah sang  adik…anak2 mereka kemungkinan akan jadi pendiam, sentiasa tidak puas hati dan cepat meradang kerana dalamannya memberontak dan menyimpan dendam…

p/s; dah mcam pakar motivasi la plak..hehehe..

14 March 2011

finally..





akhirnya...
setelah 2 minggu bertungkus lumus berhempas pulas bersekang mata menyiapkan esemen.....akhirnya aku dapat menyiapkan petang ni..semuanya gara2 esok dah nak kene hantar...muahahaa...


teruk giler...tapi dah kira ok la ni..sempat jugak siapkan sebelum submit...hahaha...adoii...sahabat2 dan sahibah2 sekalian jangan tiru macam saya ya...hancur korang...hahaha....


engatkan dah delete fb kerja makin cepat tapi hampeh same je...ahaha..lepas ni nak kene delete blog plak ke??
no wei,no wei....i luve my blog....hehehe....


pagi tadi test math aku main tibai je...punyer la susah soalan..tapi sempat membuat lecture aku konfius,...hahaahaha padahal aku yang salah tengok soalan..tak pasal2 dapat markah free kt soalan tu bila lecture aku tunjuk kesalahan aku...hahaha...test lam kelas boleh la wt cam tu. co try lam dewan exam..hantar kertas kosong la jawabnya...erkkk


dah rasa lega ckit bila esemen dah makin berkurang, sekarang nih tinggal esemen berkumpulan je..wonderpet..wonderpet..bila bekerjasama semua jadi mudah..hehehehe..kalu semua bagi kerjasama esemen kumpulan cepat je siap..yg lama bila semua wt hal masing2..bila nak hantar baru kalut nak buat...so, ayuh semua bekerjasama menyiapkan esemen...
okay la cao dlu...penatnya ari ni..bangun pukul 4 pagi nak study math..lepas tu terus tak tidur sampai sekarang nak siapkan esemen....alhamdulillah malam ni boleh tidur awal..hehe..

13 March 2011

suara azan

nak kongsi lagu nasyid baru..
bertajuk suara azan..
sangat suka dengan lagu nih..
first time dengar kt ikim fm terus jatuh hati..
cari kt youtube jumpa 1 ni je..
mybe sebab lagu baru..
walau xberapa clear, aku harap korang suka dengan lagu nih


Telah terdengar suara Memanggil 
memuji yang Esa 
 Menyeru muslimin dan juga muslimat 
Untuk segera bersolat  (chorus)
 Suara azan Di langit
 tinggi  Mengagungkan MU
 Puji juga memuja 
Allahuakhbar 
Oh azan Mendayu 
ingatan lima waktu 
Panggilan menyembah MU
 Tuhan yang satu 
Bangun semua 
Bingkas segera 
Usah berlengah
 Lupakan lelah Majulah (chorus)


azan adalah satu terapi

hari ini aku nak berkongsi tentang perkara yang aku baru tahu, mungkin korang semua dah tahu...
tapi aku nak kongsi jugak dengan korang semua..
azan adalah satu terapi..
aku pom tak tahu tiba2 rasa nak dengar radio ikim fm 
rupanya ada maklumat menarik yang aku tak tahu...terasa ceteknya ilmu aku..huk3..
dalam azan terdapat gelombang teta
gelombang teta ni dapat menghilangkan stress dan pelbagai lagi contohnya dapat menenangkan bayi yang menangis, rumah terbakar...dll
jika kita dengar dan menghayati azan, tenaga negatif akan keluar dari badan kita..
subhanaAllah..hebatnya...tapi kita ni bila time azan je bnyak plak bercerita..
pesanan untuk diri sendiri, semoga tidak alpa lagi ketika azan berkumandang..

aku ada search info ckit tentang terapi azan nih..antaranya

Azan disyariatkan untuk solat, kelahiran bayi, bencana alam, kebakaran dll...

Dari Dr Azhar Sarip: Ada 4 tahap gelombang otak (paling tinggi ke paling rendah)
1. Beta - stress, semasa berfikir, bekerja...
2. Alpha - santai, tonton drama (terasa berlakon sekali)...
3. Theta - tidur2 ayam, tenang...(teta adalah gelombang azan)
4. Delta - tidur nyenyak tanpa mimpi...

90% manusia duduk di gelombang Beta: nakal, stress, buruk sangka dengan Allah(paling buruk). Azan pulak berada di gelombang Theta. Banyak perkara ajaib berlaku di dalam gelombang ini. Dunia akan rosak binasa seandainya tiada gelombang Theta. Azan menstabilkan dunia ni.. dari gelombang terlalu tinggi atau terlalu rendah. Seboleh mungkin lakukanlah solat seawal waktu (tepat pada waktunya) kerana gelombang rendah masih di situ bagi memudahkan khusyuk di dalam solat kita, Insya Allah. Mungkin terjadi kiamat jika Azan tiada lg di dunia ini..

Azan satu terapi yang baik dan sangat penting. Beri pemahaman kepada anak betapa pentingnya azan. Sebelum baca buku, anak tu perlu azan. Lihat betapa cantik, betapa kuat menghafal ilmu dan sebagainya.

Satu perkara yang menarik, Azan bukan dilaung (kekadang otak kiri) tetapi diseru (sepenuh hati/jiwa - gunakan otak kanan), perkataan paling sesuai digunakan.. Semasa Azan diseru, jika dinikmati dan difahami, badan kita akan rasa ringan dll...tenaga negatif keluar dari badan kita..

Satu perkara yang dianjurkan:
Terapi Azan:

Tutup lampu, pejam mata dan hayati Azan..kemudian cuba tidur.. lihat apa akan berlaku..

Itu la serba sedikit info.. yang baik dari Allah dan yang buruk dari diri aku sendiri.. Wassalam.

p/s: mungkin terjadinya kiamat,jika tiada lagi azan dilaungkan...ingatan untuk diri sendiri hayati azan ketika azan berkumandang...




saje nk update n3

wink..wink..assalamualaikum...ade orang tak???
hehehe...tak tahu nak kongsi apa..rasa nak mengarang kt cini ckit..
esemen banyak lagi..esok plak ade test matematik perniagaan..
waaaaaaaaaaa ape pom xstady lagi..
tp dalam buzy2 tetap luangkan masa main bola tampar..
hehehe feveret sport nk wt cm ne..
semalam seharian berpanas..dah la muka tak bape nak cerah
main plak tengah panas berkilat wooo...hahahaha
adoi..abis sakit satu badan +penat +penim..
penim tu kejap je.
tak yah makan ubat, rehat+tidur..dah cukup..
sambil tengok hujan(tunggu hujan b'henti nak g pasar malam) n pokok lepas tu 
ade burung layang2... rasa tenang je..
alhamdulillah..kejap dah hilang penim kepala....
yg sakit satu badan je semakin terasa..ditambah dengan 2,3 kali jatuh tersungkur msa nak ambik bola.
time main memang tak rasa pape..
bila dah habis main mula ler sakit belakang,dah lama tak main sungguh2 macam semalam..
walau tak menang tapi puas hati main...hehehe
okay la nak cao dulu..nk wt esemen n nk study math ckit...hehe
assalamualaikum

p/s: padan muka sape suh tak stretching dulu sebelum main..kan dah sakit2 satu badan..dah tahu tapi still malas tak buat..aish..

06 March 2011

khabar gembira dari jauh..

erk...gembira + terkejut...

aku nak cter tentang terkejut dulu ya..chegini cternya...pada suatu tahun yg lepas2...huk3...aku ada sorang member...nak kate rapat...emmmm tak da la rapat sangat...tapi okay la best jugak kawan dgn dia...mula2 kenal dengan dia nih time form one,satu dorm...katil aku dengan dia pisah satu katil je...erk..apa aku nak cter sebenarnya nih...hahahaha...kira intro la nih ya...

aku dah lame giler tak jumpa minah nih..kali terakhir masa form 3, form 4 dia dah pindah sekolah....jumpa balik dekat FB (sebelum delete fb)..kteorang pom chat gtu2 je...so tak da la tahu sangat psal minah ni..yang terkejutnya,...tup2 dia dah kawin tahun lepas...alahai mudanya...tu pom aku dengar dari member aku yg lain a.k.a ghah (member aku ni pom tak confirm juga)..aku pom tak tahu dari mana dia dapat gosip nih..hahaha..opss bukan gosip tp berita baik, orang bina masjid..hehehe ...adoi minah ni makan nasik minyak diam2......"bad girl"..korang2 jngan wat chengini ya...

tiba..tet..tet..dapat 1 mesej dari member aku a.k.a ghah nih.....

ghah
06-03-2011 8.04 pm
su btl la mai dh kwin...tgok dlm fb, dia baru dpt ank..skrng ni dlm pntang..dia pn extend sem..huhuhu

begini la bunyi mesejnya...adoi la ghah cepat betol dia dapat berita...opss lupa fb kn ade...mcm2 ada kt fb ya..yg tak tahanya...baru sekarang dia dapat terima kenyataan mai a.k.a maisarah tu dah kawin...hahahaa

okay la aku pom tumpang gembira dengar yg dia dah dapat baby walaupom umur kami baru 21 tahun..rezeki dia...erk..excited sebenarnya dengar dia dh dapat baby...hehehe

to~mai a.k.a maisarah aku doa semoga ko bahagia bersama suami dan anak...didiklah anak anugerah Allah dengan sepatutnya...

p/s:erk..kepada sahabat2 sekalian...mungkin aku akan hold dulu update entry baru...adoii banyak betol esemen nk kene siapkan...don't miss me ya...hahaha..perasan je..



05 March 2011

hatiku berbunga-bunga





huh tak sabar giler nak update blog aku...abis je kelas tadi terus balik tapi singgah jap beli barang...
kenapa tak sabar??? sebab aku nak kongsi hatiku yang berbunga-bunga nih....hahahhaa...opsss...terlebih sengih plak nasib baik aku duk sorang2 lam bilik..kalau tak mesti roomate cakap aku dah tak cukup skru...muhahahaa...kenapa, sebab apa, bagaimana tue....biar la rahsia...." sejak bila aku suka bunga ni??? konfius....


p/s; just nk cakap hari ini hepy sgt...arap2 malam ni tidur diulik mimpi indah...hahaha...agaknya memang betol skru dah tercabut...

03 March 2011

teliti itu penting

Sekumpulan pelajar perubatan berkumpul untuk melihat seorang pensyarah melakukan pemeriksaan ke atas satu mayat..mereka berkumpul mengelilingi tempat mayat itu diletakkan..

"Dalam bidang perubatan, ada 2 kualiti yang sgt penting untuk menjadi seorang doktor", kata pensyarah itu.

"Pertama.., kamu semua tidak boleh jijik melihat mayat", katanya...sebagai contoh, pensyarah itu mencucuk satu jarinya ke dalam mulut mayat, menariknya semula dan menjilat jarinya itu.

"Sekarang, cuba kamu buat", kata pensyarah itu.

Selepas beberapa ketika, barulah mereka mengikut apa yang mereka lihat. Seorang demi seorang memasukkan jari ke mulut mayat dan menjilatnya. Apabila semua pelajar selesai, pensyarah itu memandang ke arah mereka dan berkata....

"Kualiti kedua yang sangat penting adalah pemerhatian yang tajam. Seperti tadi....saya memasukkan jari hantu tetapi menjilat jaritelunjuk.....

SEKARANG.....TUMPUKAN PERHATIAN....PAHAM!!!!!

terkangkang

Dua pelajar Kolej Perubatan bersiar siar kat bandar. Mereka terserempak dengan seorang tua jalan terkangkang-kangkang.

Pelajar A kata "Orang tua tu tentu mengidap Sindrom Petry" Pelajar B pulak kata " Tak lah, dia mengidap Sindrom Zovitzki" Mereka hampir bergaduh pasal hal ni. Akhirnya pelajar A kata "Apa kata kita tanya je orang tua tu?" Pelajar B pun setuju. Mereka pun menghampiri orang tua itu. 

Pelajar A: Kami tengok pak cik jalan terkangkang, boleh kami tahu pak cik mengidap penyakit apa? 

Orang Tua: Kamu fikir aku ada penyakit apa? 

Pelajar A: Saya fikir pak cik mengidap sindrom petry. 

Orang Tua: Emm... bukan. 

Pelajar B: Kalau macam tu, pak cik mesti mengidap sindrom Zovitzki. 

Orang Tua: ...pun bukan. 

Pelajar A: Habis tu? 

Orang Tua: Emm, sebenarnya aku nak kentut tadi... tapi terberak pulak dalam seluar... sebab tu la aku jalan terkangkang...

salah tafsir


Suatu pagi yang indah kat sebuah sekolah rendah, seorang guru yang
begitu dedikasi mengajar anak2 muridnya tentang betapa bahayanya
minuman keras kepada mereka. Sebelum memulakan mata pelajarannya pada hari
itu dia telah mengambil 2 ekor cacing yang hidup, sebagai sampel kehidupan
dan dua gelas minuman yang masing2 berisi dengan air mineral dan arak..
“Cuba perhatikan murid2.. lihat bagaimana saya akan memasukkan cacing ini
kedalam gelas, perhatikan betul2. Cacing yang sebelah kanan saya, akan saya
masukkan ke dalam air mineral manakala cacing yang sebelah kiri saya akan
masukkan ke dalam arak. Perhatikan betul2.”
Semua mata tertumpu pada kedua2 ekor cacing itu.
Seperti dijangkakan, cacing yang berada dalam gelas yang berisi air mineral
itu berenang2 di dasar gelas, manakala cacing yang berada di dalam arak
menggeletek lalu mati. Si cikgu tersenyum lebar, apabila melihat anak2
muridnya memberikan sepenuh tumpuan pada ujikajinya.
“Baiklah murid2, apa yang kamu dapat belajar dari ujikaji yang cikgu
tunjukkan sebentar tadi??”
Dengan penuh yakin anak2 muridnya menjawab,
UNTUK MENGELAKKAN KECACINGAN...MINUMLAH ARAK…
Pengajaran : bila nak bagi pelajar faham..kene la terangkan betol2..jangan main hentam je..anggap pelajar tu akan faham sendiri....hahahha

kenapa kita susah nak mengingati ilmu

alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah...
hari ini aku masih diberi kesempatan untuk bernafas di muka bumi Allah...pagi ni aku nak berkongsi sikit pasal forum perdana semalam.."mencari ilmu seluas lautan" antara ahli panelnya...hehehe..aku suka sangat...beliau ialah ustazah BAHYAH MAHAMOOD bersama suaminya....best la diorang ni...sweet couple...sempat lagi bergurau...hrmmm...


Bila bercerita tentang ilmu, memang ia tidak akan habis. Semakin kita cari ia akan semakin berkembang, itulah yang dijelaskan oleh Allah swt dalam Surah Al-Kahfi: 109 yang bermaksud:

"Katakanlah: "kalau sekiranya lautan menjadi tinta untuk menulis kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habis lah lautan itu sebelum habis ditulis kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)".

aku nak berkongsi ckit apa yg aku dapat dari ceramah semalam...
kenapa ilmu yg kita dapat tidak lekat di hati??  sebelum exam..bukan main bace buku, buat latihan..segalanya la...tapi abis je exam semua tu hilang....memang macam tu kan??? opsss..aku je kot..huhuhu

antara sebab2 ilmu tak lekat di hati ialah..

  • mempunyai kekotoran dalam hati, maksudnya kita telah melakukan dosa dan maksiat..menyebabkan ilmu tu susah untuk lekat kat hati kita.
  • makan makanan yg syubhah dan haram..makanan yg syubhah ni bila kita ragu2 halal ke tak makanan yg kita makan, so kalau rasa ragu2 terus tak yah makan.
  • tiada keredhaan daripada IBU BAPA...kita tak boleh menyakiti hati mak dan ayah kita...hrmmm
  • hiburan banyak sangat...mendengar lagu2 yg boleh buat kita lagho...(selalu time nak study tak dengar lagu, tak sah)..hrmmmm
  • banyak tidor
  • banyak makan
  • banyak khayal
  • tidak hormat guru, pensyarah dan sebagainya...
erkkk...memang terkene kt batang hidung sndiri je...

yg ni pula antara cara untuk mendapat keberkatan sewaktu menimbal ilmu..
  • tidak meninggalkan solat 5 waktu dan solat 2 rakaat pada 2/3 malam..
  • sentiasa dalam keadaan bersuci, selalu berwuduk
  • sentiasa takut dengan Allah..
  • hormat guru, pensyarah
  • jauhi maksiat.
  • buat baik kepada IBU BAPA
  • banyakkan berdoa.

02 March 2011

bertongkat sunnah para nabi..


Para Nabi, dan sahabat dan seterusnya para salihin yang terdahulu, mereka semakin tua semakin kuat amalan dan ibadat mereka dengan mengikut sunnah para Nabi. Salah satu contoh sunnah yang mereka ikuti ialah bertongkat.

Jika dilihat dari segi pengertian bertongkat di mata masyarakat umum ianya cuma sekadar satu keperluan kerana keuzuran, mempertahankan diri daripada musuh dan kemalangan atau sekadar koleksi peribadi.Namun tidak semua orang mengetahui kaitan bertongkat dengan agama lebih-lebih lagi hubungannya dengan sunnah Rasullullah s.a.w dan akhlak para nabi-nabi terdahulu.

Dalam sebuah hadis riwayat Ibn Abbas menyebutkan di dalam kitab As-Suyuti, (Al-Hawi), 289 : "Bertongkat adalah tanda orang beriman dan sunnah para nabi. Dan sesiapa yang keluar belayar jauh (musafir) dengan membawa bersamanya tongkat dari kayu Luz pahit, dia diselamatkan Allah daripada segala binatang buas yang memudharatkan dan pencuci dosa".

Di dalam al-Quran sendiri juga jelas ada menyatakan bahawa para Nabi Alaihimussalatu Wassalam, memakai tongkat sama ada pemakaian dalam kehidupan seharian atau ketika sedang beribadattermasuklah Nabi Sulaiman dan Nabi Musa Alaihiwassalam.

Di antara ayat-ayat berkenaan ialah : (nas ayat) "Dan ingatlah ketika Nabi Musa a.s. memohon supaya diberikan air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu". (Surah Al-Baqarah: 60)

Menurut beberapa hadis disebutkan bahawa Nabi kita s.a.w juga memakai tongkat ketika berjalan atau ketika berkhutbah, sepertimana jelas disebut dalam sebuah hadis yang bermaksud:
"Daripada Abdul Rahman bin Sa’ad: Bahawa Rasullullah s.a.w adalah apabila Baginda berkhutbah semasa dalam peperangan, Baginda memberikan khutbah sambil memegang busur anak panah, dan apabila berkhutbah dalam sembahyang Jumaat, Baginda menyampaikan khutbah sambil memegang tongkat". (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Dalam sebuah hadis yang lain : "Daripada Abu Umamah, katanya: (Pada suatu waktu) Rasullullah s.a.w keluar menemui kami dengan bertumpu kepada tongkat (bertongkat), lalu kami pun berdiri menyambutnya. Kemudian Baginda berkata:"Jangan kamu berdiri sebagaimana orang-orang asing berdiri menghormati sesetengahnya akan sesetengah yang lain……" (Hadis riwayat Ahmad bin Hanbal)

Diriwayatkan bahawa Imam Syafi’e r.a. setelah mencapai umur empat puluh tahun, beliau pun berjalan dengan tongkat sepotong kayu. Apabila ditanya sebab beliau berbuat demikian, beliau berkata:
"Biarlah aku senantiasa ingat bahawa aku ini kini sedang berjalan menuju ke akhirat".
Maka bertongkat adalah digalakkan dan sunat dilakukan, apalagi jika sudah mencapai usia empat puluh tahun sebagaimana hadis yang dinukilkan oleh Imam As-Suyuti tersebut.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...