-

nuffnang

berminat?? click la kt image tu,..

15 February 2011

RASULULLAH




salamun 'ala manittaba'al huda
Jika kita ditanya siapakah nabi kita? Sudah pasti kita menjawab Nabi Muhammad s.a.w. Tapi adakah benar kita kenal dengan Nabi kita?
Nabi yang sedang dalam sakaratul maut masih ingat akan kita. Menyebut-menyebut kita. Berdoa kepada kita. Ya Allah tingginya kasih nabi kepada kita.
Jadi, dimana kasih kita kepada nabi? Berapa kali kita berselawat ke atas baginda? Apakah sunnah baginda yang kita ikut?
Bersempena 12 Rabiul Awal pada hari Selasa ini 15/02/2011, marilah kita bersama-sama "flash back" kembali bidodata Rasulullah. Kenali lah Rasulullah kerna kasihnya Baginda kepada kita tidak terkata.
Allahumma solli a'la Muhammad.
BIODATA RASULULLAH SAW
· Nama: Muhammad bin 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim
· Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenalisebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yangmenyerang kota Ka'abah)
· Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
· Nama bapa: 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim
· Nama ibu: Aminah binti Wahab bin 'Abdul Manaf
· Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hambaperempuan bapa Rasulullah SAW)
· Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
· Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa'diah (lebih dikenaliHalimah   As-Sa'diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)
USIA 5 TAHUN
· Peristiwa pembelahan dada
Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua
malaikat untuk mengeluarkan bahagian
syaitan yang wujud di dalamnya.
USIA 6 TAHUN
· Ibunya Aminah
binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa'
(sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
· Baginda dipelihara oleh Ummu
Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
dan dibiayai oleh datuknya 'Abdul Muttalib.
USIA 8 TAHUN
· Datuknya, 'Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
· Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.
USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12tahun).
· Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusanperniagaan.
· Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masaitu.
USIA 20 TAHUN
· Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab 'Sirah' , jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada
ketika itu usia Muhammad SAW ialah14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari danberperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
· Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul'; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah..
USIA 25TAHUN
· Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan
Khadijahbinti Khuwailid Al-Asadiyah.
· Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah..
· Baginda SAW bersama-sama Abu Talib
dan beberapa orang bapa saudaranya
yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
· Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.
USIA 35 TAHUN
· Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka'abah.
· Pembinaan semula Ka'abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan pendudukMekah.
· Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan 'Hajarul-Aswad' ketempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan
berhubung perletakanbatu tersebut.
USIA 40 TAHUN
· Menerima wahyu di gua Hira' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasulakhir zaman.
USIA 53 TAHUN
· Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina AbuBakar Al-Siddiq.
· Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.
USIA 63 TAHUN
· Kewafatan Rasulullah
SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.
ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW.
-Khadijah Binti Khuwailid
-Saudah Binti Zam'ah
-'Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
-Hafsah binti 'Umar (anak Saidina 'Umar bin Al-Khattab)
-Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
-Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
-Zainab Binti Jahsy
-Maimunah Binti Harith
-Safiyah Binti Huyai bin Akhtab
-Zainab Binti Khuzaimah (digelar 'Ummu Al-Masakin'; Ibu Orang Miskin)
ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra'



p/s: Salam maulidu rasul

2 comments:

syamimi omar said...

selamat menyambut maulidul Rasul~
bgus perkongsian ni..byk mcm dah lupa..tq

SuRiaNa MohD RaZaLi said...

mi2omar~sama2 kte mndapat mnfaatnya...=)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...