1
sayangilah si dia dengan hati bukan dengan perasaan.
jika anda meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan ianya akan gagal kerana perasaan sentiasa berubah dari semasa ke semasa. tetapi jika anda meletakkan perhubungan itu berdasarkan hati maka dari situ akan lahirnya cinta sayang yang kekal abadi untuk selamanya.
2
hormat menghormati
jangan sesekali anda merayu dan mencipta alasan supaya si dia menerima cintamu. biarpun sedalam mana sekalipun cinta anda padanya namun biarkan dia yang membuat keputusan. sekirannya mendesak apa yang akan anda dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati. baik anda meraih cinta dari orang yang benar-benar menyanyangi anda dan bukan hanya anda yang benar-benar mencintainya sedangkan si dia tidak ada rasa sayang dan cinta langsung terhadap anda. sesungguhnya cinta pada yang Esa harus melebihi segalanya.
3
menerima si dia seadanya.
jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentangnya kerana sekali kamu mengubah, selamanya kamu terus mengubah dirinya. tentu anda ingat, kenapa boleh terpikat dengan si dia. pastinya kerana dia adalah dia. maka tiada alasan untuk anda mengubah dia menjadi seseoarang yang lain.
4.
elak bersangka buruk.
langkah paling bijak meletakkan diri kamu di tempatnya sebelum melakukan apa-apa. jika kamu sendiri tidak dapat menerimanya, apatah lagi dia. namu andai ada yang mencurigakan berbincanglah secara baik dan jangan terus menuduh. islam menggalakkan kita berbincang dan jangan cepat berprasanga buruk. sentiasa bercakap berlandaskan bukti yang kukuh dan elakkan membesarkan hal yang kecil.
5.
hargai pengorbanan
sesunguhnya si dia telah banyak berkorban untuk anda dengan kelebihan yang ada padanya, si dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna dari anda, namun demi cinta kerana Allah, si dia telah memilih anda. oleh itu, jangan sesekali cuba untuk mempermainkan-mainkan keluhuran cintanya...
p/s: rasa dah macam bukan aku nih, nak berkongsi tentang cinta...hehe sekali-sekala boleh kan..
No comments:
Post a Comment