-

nuffnang

berminat?? click la kt image tu,..

02 April 2011

entry 1 april



assalamualaikum sahabat2 dan sahibah2...sebenarnya aku tak tahu nak kongsi apa...tapi rasa gatal2 je nak menaip...hehehe..

hrmm ari dah masuk 1 april..lagi 2 minggu aku nak exam...adoii dah la sem ni tak da study week...so, mula dari lani dah kene start kumpul2 n buka balik nota yg dah berhabuk + bersawang agaknya....huawawawa..teruk bebenor.

sempena 1 april nih mesti ada makhluk yg gatal nak sambut april fool kan3??.ape tu april fool?? meh nak cter...Tanggal 1 April setiap tahun, merupakan suatu tarikh yang mempunyai nilai bagi sesetengah insan. Pada tarikh tersebut seseorang yang ditipu menerusi gurauan tidak boleh marah, sebaik saja disedari pada hari tersebut adalah 1 April, lantas disebutkan perkataan "April Fool!". konon-kononnya nak bergurau la ni....diketawa n dimalukan di khalayak ramai tu bergurau kepala hotak hang..

kt sekolah dulu2 ada la jugak yg gatal nak sambut..hrmm masa tu budak2 lagi pendedahan tentang april fool tak da....bila umur dah meningkat ni baru la terbaca n didedahkan tentang maksud disebalik sambutan april fool..sedih bila tahu cerita disebalik sambutan april fool...jom kte hayati cerita ni..
Sambutan  April Fool yang diraikan kita  (cop2 bukan kita tapi sesetengah orang yg masih tak tahu ataupun pura2 tak tahu) setiap tahun sebenarnya adalah 1 propaganda hina bangsa kafir ini sebagai mmperingati kejayaan mereka membunuh puluhan ribuan nyawa saudara islam kita yang telah ditipu semata2 untuk mendapatkan perlindungan mereka setelah keruntuhan kerajaan islam di Sepanyol yang kerana ditakluk oleh tentera Kristian.

April Fool's Day mula diraikan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian.

Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol ( Moors ) terpaksa berlindung di dlm rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang - orang Islam dr Sepanyol. Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan.

Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan,telah pergi ke perlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka telah membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya (1April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan menuju ke perlabuhan.

Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk- penduduk Islam ini.

Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar.

Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang  menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian. Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja diSepanyol tetapi juga di serata dunia.

Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri. 

so apa korang rasa??? ada lagi ke yg nak sambut april fool??? korang fikir la sendiri...


p/s: entry ni spatutnya dipost beberapa jam lalu..tp dsebabkan line tenet yg tenat baru skrg bleh post..

1 comment:

CHE ROSSLI said...

january Fool..(^-^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...