-

nuffnang

berminat?? click la kt image tu,..

30 April 2011

nak balik daaaah...

assalamualaikum...
rasa lama tak update entry baru..hehehe
tadi last paper aku dan malam ni dah nak balik kg.
mimpi ngeri aku dah datang argggggggggg...
apa aku nak buat kt umah
???????
tapi dah siap packing barang tunggu bas je ni..hehehe
walaupom rasa tak nak balik tapi mesti ade jugak rasa excited nak balik sebab dah lama tak balik kg.. tp bila dah seminggu dua duk rumah..hrmmm masa tu rasa serabut serabai semua ada..nak lari dari umah ar gni..haahahhaa

ni la katil aku...aku akan mrinduimu..sebab betol2 tepi tingkat
 n bila bosan aku akan melayan perasaan kt tingkat ni laaa...hahahaa
walaupom kt depan tu just ade kelapa sawit..
aku tetap suka tengok n tak pernah puas tengok
tu beg2 yg akan bawak balik malam ni..huh berat cam bawak batu berkilo2..
tak tahu apa yg banyak sangat,..bila dah siap packing baru perasan...hahaaha

ni pemandangan waktu pagi..cantik kan???kat belakang kelapa sawit tu ade bukit..
lawa sangat lagi2 lepas hujan....sem depan nak duk sini lagi laaa..tapi tak mahu dah duk tingkat 4....tak larat dah 2 sem dapat umah tingkat 4..huhu..

lepas ni mungkin lama giler aku tak update entry baru, so sebelum tu, aku nak minta maaf dan terima kasih kepada semua sahabat yg sudi menjengah ke sini...selamat bercuti panjang...jumpa lagi next sem..insyaAllah...












23 April 2011

mimpi kene patuk ular....


uiks seram wei...bila ingat balik tentang mimpi aku kene patuk ular..arggg..ular la antara binatang aku tak suka...aku tak ingat macam mana boleh kene patuk tapi masa kene patuk, ular tu macam tak nak lepas..melekat kat ibu kaki aku..sampai la ade sorang yg pegang kaki aku n then tarik ular tu...tu pom susah kot ular tu nak lepas...memang seram giler...then aku tersedar..tiba2 rasa geli geleman....

erkk sekarang kalo aku tengok gambaq ular pom aku dah takut seram..geli geleman..lagi2 tengok ular sawa yg tengah kenyang telan lembu sekor agaknya...argg terus aku ambik gambaq kartun kt atas tu...haahahaha

21 April 2011

ya Allah, cuainya aku....

memang blurr ah aku hari ni..apa yg aku rancang semuanya clap...adoi
apa yg aku rancang??? 
hrmm tak rancang sangat cuma aku ingatkan hari ni exam sebelah petang,
 padahal selalu je aku duk belek slip exam, 
boleh jugak tertukar dengan paper esok exam sebelah petang..
so, bangun pagi tadi memang releks giler...study sambil update blog, 
sambil bersahur..yang peliknya aku tergerak hati pulak 
nak mandi dulu sebelum solat subuh..pelik kan??

sebelum ni jangan harap nak mandi pagi hari dikala air sejuk cam aisss..
 kalo kelas tak mula pukul 8 or exam sebelah pagi...
lepas solat semua..sambung bace sambil update blog ceritakamiber9...

seronok je..then, member aku satu rumah satu kos bangun, terus mandi.
aik pelik nih...awal pula leha mandi biasanya
 kalo tak da exam mesti mandi lewat,
ke aku salah tengok jadual nih(cakap lam hati je la)
so, aku pom p la tengok jadual..
ya Allah, exam pukul 9 la...
huh mula la aku kalot..baju tak iron lagi..
memang nerbes ar....ketaq lutut daa laaa...
jadinya iron baju pom ala kadar..uiks boleh nampak kedut..haha
walaupom masa tu baru pukul 7..
tapi aku tak tahu nape jadi nerbes sangat..

pukul 8.15 aku turun tunggu bas dengan member2 aku,
tapi nerbes nih memang tak hilang..trauma lagi kot..
kecuaian dan penyakit nyanyuk aku tak habis takat tu..
siap je jawab exam..paper objektif
 soalan memang senang tapi jawapannya semua betol
cuma pada soalan tu di tambah dengan paling utama,
 paling penting ataupun paling betol..
so memang..terkedu, terkezut, terbongkang, nasib baik tak tertidur je..
mak aihhh sakit mata bace jawapannya..
dalam nota tak da pula paling utama bagai..
hrmmmm..(patut la puan bagi carry markh tinggi,soalan exam memang susah)

kalo aku tunggu pom, memang jawapan tak berubah gak, 
 jadi aku ambik keputusan keluaq awal..
sini ar penyakit nyanyukku terselah.
.boleh pulak terlupa ambik kad matrik n slip exam 
tapi sempat patah balik ambik kad matrik je slip exam tak ambik,
coz masa aku tengah jalan nak keluaq tu aku engatkan kad matrik je, 
so masa patah balik ambik kad matrik je laaa...
.adoiii ade jugak orang macam ni yaa...(mesti makan semut banyak sangat)
nerbess punya pasal kot...hahahaa...alasan semata-mata..

kisah 20 sen..


Pada suatu hari, seorang Imam membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen.

Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen tersebut. "Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?", Imam tersebut bertanya kepada dirinya. "Ah... syarikat bas ni dah kaya... setakat 20 sen ni.. nak beli tosei pun tak cukup", kata Imam tersebut.


Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti. Ketika Imam tersebut ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut. "Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen", kata Imam tersebut kepada pemandu bas tersebut.


"Owh... terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je nilainya", pemandu bas tersebut berkata. Imam tersebut menjawab, "Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya wajib berlaku jujur".

Pemandu bas tersebut tersenyum, dan berkata, "Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam".

Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan..Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan, "Astaghfirullah!!!, Ampunkan daku Ya Allah... Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!.

Nabi Idris as naik ke langit..

Diriwayatkan Nabi Idris as. telah naik ke langit pada hari Isnin. Peristiwa naiknya Nabi Idris as. ke langit ini, telah dijelaskan oleh Allah SWT dalam Al-Quran. Firman Allah SWT bermaksud:

“Dan ceritakanlah (hai Muhammad kepada mereka) kisah, Idris yang tersebut di dalam Al-Quran. Sesungguhnya ia adalah seorang yang sangat membenarkan dan seorang Nabi. Dan Kami telah mengangkatnya ke martabat yang tinggi.”

(Maryam: 56-57)

Nama Nabi Idris as. yang sebenarnya adalah ‘Akhnukh’. Sebab beliau dinamakan Idris, kerana beliau banyak membaca, mempelajari (tadarrus) kitab Allah SWT.

Setiap hari Nabi Idris menjahit qamis (baju kemeja), setiap kali beliau memasukkan jarum untuk menjahit pakaiannya, beliau mengucapkan tasbih. Jika pekerjaannya sudah selesai, kemudian pakaian itu diserahkannya kepada orang yang menempahnya dengan tanpa meminta upah. Walaupun demikian, Nabi Idris masih sanggup beribadah dengan amalan yang sukar untuk digambarkan. Sehingga Malaikat Maut sangat rindu berjumpa dengan beliau.

Kemudian Malaikat Maut bermohon kepada Allah SWT, agar diizinkan untuk pergi menemui Nabi Idris as. Setelah memberi salam, Malaikat pun duduk.

Nabi Idris as. mempunyai kebiasaan berpuasa sepanjang masa. Apabila waktu berbuka telah tiba, maka datanglah malaikat dari Syurga membawa makanan Nabi Idris, lalu beliau menikmati makanan tersebut.

Kemudian baginda beribadah sepanjang malam. Pada suatu malam Malaikat Maut datang menemuinya, sambil membawa makanan dari Syurga. Nabi Idris menikmati makanan itu. Kemudian Nabi Idris berkata kepada Malaikat Maut: “Wahai tuan, marilah kita nikmati makanan ini bersama-sama.” Tetapi Malaikat itu menolaknya.

Nabi Idris terus melanjutkan ibadahnya, sedangkan Malaikat Maut itu dengan setia menunggu sampai terbit matahari. Nabi Idris merasa hairan melihat sikap Malaikat itu.

Kemudian beliau berkata: “Wahai tuan, mahukah tuan bersiar-siar bersama saya untuk melihat keindahan alam persekitaran? Malaikat Maut menjawab: Baiklah Wahai Nabi Allah Idris.”

Maka berjalanlah keduanya melihat alam persekitaran dengan berbagai jenis tumbuh-tumbuhan hidup di situ. Akhirnya ketika mereka sampai pada suatu kebun, maka Malaikat Maut berkata kepada Nabi Idris as.: “Wahai Idris, adakah tuan izinkan saya untuk mengambil ini untuk saya makan? Nabi Idris pun menjawab: Subhanallah, mengapa malam tadi tuan tidak mahu memakan makanan yang halal, sedangkan sekarang tuan mahu memakan yang haram?”

Kemudian Malaikat Maut dan Nabi Idris meneruskan perjalanan mereka. Tidak terasa oleh mereka bahawa mereka telah bersiar-siar selama empat hari. Selama mereka bersahabat, Nabi Idris menemui beberapa keanehan pada diri temannya itu. Segala tindak-tanduknya berbeza dengan sifat-sifat manusia biasa. Akhirnya Nabi Idris tidak dapat menahan hasrat ingin tahunya itu.

Kemudian beliau bertanya: “Wahai tuan, bolehkah saya tahu, siapakah tuan yang sebenarnya? Saya adalah Malaikat Maut.”

“Tuankah yang bertugas mencabut semua nyawa makhluk?”

“Benar ya Idris.”

“Sedangkan tuan bersama saya selama empat hari, adakah tuan juga telah mencabut nyawa-nyawa makhluk?”

“Wahai Idris, selama empat hari ini banyak sekali nyawa yang telah saya cabut. Roh makhluk-makhluk itu bagaikan hidangan di hadapanku, aku ambil mereka bagaikan seseorang sedang menyuap-nyuap makanan.”

“Wahai Malaikat, apakah tujuan tuan datang, apakah untuk ziarah atau untuk mencabut nyawaku?”

“Saya datang untuk menziarahimu dan Allah SWT telah mengizinkan niatku itu.”

“Wahai Malaikat Maut, kabulkanlah satu permintaanku kepadamu, iaitu agar tuan mencabut nyawaku, kemudian tuan mohonkan kepada Allah agar Allah menghidupkan saya kembali, supaya aku dapat menyembah Allah Setelah aku merasakan dahsyatnya sakaratul maut itu.”

Malaikat Maut pun menjawab: “Sesungguhnya saya tidaklah mencabut nyawa seseorang pun, melainkan hanya dengan keizinan Allah.”

Lalu Allah SWT mewahyukan kepada Malaikat Maut, agar ia mencabut nyawa Idris as. Maka dicabutnyalah nyawa Idris saat itu juga. Maka Nabi Idris pun merasakan kematian ketika itu.

Di waktu Malaikat Maut melihat kematian Nabi Idris itu, maka menangislah ia. Dengan perasaan hiba dan sedih ia bermohon kepada Allah supaya Allah menghidupkan kembali sahabatnya itu. Allah mengabulkan permohonannya, dan Nabi Idris pun dihidupkan oleh Allah SWT kembali.

Kemudian Malaikat Maut memeluk Nabi Idris, dan ia bertanya: “Wahai saudaraku, bagaimanakah tuan merasakan kesakitan maut itu? Bila seekor binatang dilapah kulitnya ketika ia masih hidup, maka sakitnya maut itu seribu kali lebih sakit daripadanya. Padahal-kelembutan yang saya lakukan terhadap tuan, ketika saya mencabut nyawa tuan itu, belum pernah saya lakukan terhadap sesiapa pun sebelum tuan. Wahai Malaikat Maut, saya mempunyai permintaan lagi kepada tuan, iaitu saya sungguh-sungguh berhasrat melihat Neraka, supaya saya dapat beribadah kepada Allah SWT lebih banyak lagi, setelah saya menyaksikan dahsyatnya api neraka itu. Wahai Idris as. saya tidak dapat pergi ke Neraka jika tanpa izin dari Allah SWT.”

Akhirnya Allah SWT mewahyukan kepada Malaikat Maut agar ia membawa Nabi Idris ke dalam Neraka. Maka pergilah mereka berdua ke Neraka. Di Neraka itu, Nabi Idris as. dapat melihat semua yang diciptakan Allah SWT untuk menyiksa musuh-musuh-Nya. Seperti rantai-rantai yang panas, ular yang berbisa, kala, api yang membara, timah yang mendidih, pokok-pokok yang penuh berduri, air panas yang mendidih dan lain-lain.

Setelah merasa puas melihat keadaan Neraka itu, maka mereka pun pulang. Kemudian Nabi Idris as. berkata kepada Malaikat Maut: “Wahai Malaikat Maut, saya mempunyai hajat yang lain, iaitu agar tuan dapat menolong saya membawa masuk ke dalam Syurga. Sehingga saya dapat melihat apa-apa yang telah disediakan oleh Allah bagi kekasih-kekasih-Nya. Setelah itu saya pun dapat meningkatkan lagi ibadah saya kepada Allah SWT. Saya tidak dapat membawa tuan masuk ke dalam Syurga, tanpa perintah dari Allah SWT.” Jawab Malaikat Maut.

Lalu Allah SWT pun memerintahkan kepada Malaikat Maut supaya ia membawa Nabi Idris masuk ke dalam Syurga.

Kemudian pergilah mereka berdua, sehingga mereka sampai di pintu Syurga dan mereka berhenti di pintu tersebut. Dari situ Nabi Idris dapat melihat pemandangan di dalam Syurga. Nabi Idris dapat melihat segala macam kenikmatan yang disediakan oleh Allah SWT untuk para wali-waliNya. Berupa buah-buahan, pokok-pokok yang indah dan sungai-sungai yang mengalir dan lain-lain.

Kemudian Nabi Idris berkata: “Wahai saudaraku Malaikat Maut, saya telah merasakan pahitnya maut dan saya telah melihat dahsyatnya api Neraka. Maka mahukah tuan memohonkan kepada Allah untukku, agar Allah mengizinkan aku memasuki Syurga untuk dapat meminum airnya, untuk menghilangkan kesakitan mati dan dahsyatnya api Neraka?”

Maka Malaikat Maut pun bermohon kepada Allah. Kemudian Allah memberi izin kepadanya untuk memasuki Syurga dan kemudian harus keluar lagi. Nabi Idris pun masuk ke dalam Syurga, beliau meletakkan kasutnya di bawah salah satu pohon Syurga, lalu ia keluar kembali dari Syurga. Setelah beliau berada di luar, Nabi Idris berkata kepada Malaikat Maut: “Wahai Malaikat Maut, aku telah meninggalkan kasutku di dalam Syurga.

Malaikat Maut pun berkata: Masuklah ke dalam Syurga, dan ambil kasut tuan.”

Maka masuklah Nabi Idris, namun beliau tidak keluar lagi, sehingga Malaikat Maut memanggilnya: “Ya Idris, keluarlah!. Tidak, wahai Malaikat Maut, kerana Allah SWT telah berfirman bermaksud:
“Setiap yang berjiwa akan merasakan mati.”

(Ali-Imran: 185)

Sedangkan saya telah merasakan kematian. Dan Allah berfirman yang bermaksud: “Dan tidak ada seorang pun daripadamu, melainkan mendatangi Neraka itu.”

(Maryam: 71)

Dan saya pun telah mendatangi Neraka itu. Dan firman Allah lagi yang bermaksud: “... Dan mereka sekali-kali tidak akan dikeluarkan daripadanya (Syurga).”

(Al-Hijr: 48)

Maka Allah menurunkan wahyu kepada Malaikat Maut itu: “Biarkanlah dia, kerana Aku telah menetapkan di azali, bahawa ia akan bertempat tinggal di Syurga.”

Allah menceritakan tentang kisah Nabi Idris ini kepada Rasulullah SAW dengan firman-Nya bermaksud:

“Dan ceritakanlah (hai Muhammad kepada mereka, kisah) Idris yang tersebut di dalam Al-Quran. Sesungguhnya ia adalah seorang yang sangat membenarkan dan seorang Nabi. Dan kami telah mengangkatnya ke martabat yang tinggi.” (Maryam: 56-57)


19 April 2011

special entry



waaaa hepy akhirnya cukup gak 100 followers...uiks lama giler aku buat blog baru sampai 100 followers...hehehehe..mula2 aku wt blog just nak menulis apa2 je pasal aku n kongsi apa yg aku tahu..tapi masa aku sem 3, sem lepas ar hrmmm aku kenal sorang member(housemate sem lepas)..best ar kawan nga dia, cz dia sering nasihat aku..dia ni aktif berblog,..so aku banyak belajar dari dia cara nak update blog, cara nak mencantikkan blog, n banyak lagi ar n sekarang aku lebih pro dari dia plak..hahahaha..(perasan)..kawan dengan dia menyebabkan aku treasure bnyak benda..so, sekarang ni dia plak tanya aku macam mane nak buat picture yg gerak2 cam kt blog aku...hahahaha....

thanks to anamizu kerana sudi jadi follower ke-100 aku(ramai giler follower dia)
dan juga kepada followers yg lain tak da korang memang tak cukup 100..
aku memang tak reti nak bersosial walau pom kt laman maya,
mula2 dulu je aku blog walking tu pom dengan bantuan si dia..
kalo tak sampai sekarang mesti takat tu je,..
sekarang nih aku just tunggu orang follow aku
then aku akan follow diorang balik..
hrmmm ada tu kalo aku suka dengan sesetengah blog, aku follow je, walau pom depa tak follow aku balik..hehe

dream high


I dream high
I have a dream
When it gets hard
I close my eyes
I while replaying the moment
My dreams come true
I get up I keep going.
I shake in the face of fear
Today as well
I’m afraid to fly
In fear of falling down
Like a young bird
I keep on asking
Whether I can do this,
Whether my dream come true
Whenever I make a step
Step by step.
Again the fear comes back

One day into the sky
I’ll spread my wings I fly up
Higher than anyone before.
I need courage
To help me get up
Brush the dust off and
I Need the courage which
Would make me jump up again
Believing in myself
In my destiny once again.
Risking everything
I’ll jump over the wall
Higher than myself.

(rap) dream high, a change to fly high
From now to all the pain bye bye
Try and fly as high as those stars in the sky.
Watch tour dream unfold, time for u to shine
It’s the start, gotta make ‘em mine
Don’t be afraid of building your own future.
Walk on confidently with all your might
Destiny is your fate.
Unstoppable destiny’s spreading in front of us.
This is a whole new fantasy for you.
So, just take my hand.
Our goal now is the same
Don’t give up on your dream and future.
Everyone here with your youthful passion.
I dream high
I have a dream

p/s: lagu tema cter korea dream high..mmg best..hehe

18 April 2011

~:::KETIKA CINTA TERURAI MENJADI PERBUATAN:::~


Kulitnya hitam. Wajahnya jelek. Usianya tua. Waktu pertama kali masuk ke rumah wanita itu, hampir saja ia percaya kalau ia berada di rumah hantu. Lelaki kaya dan tampan itu sejenak ragu kembali. 

Sanggupkah ia menjalani keputusannya? Tapi ia segera kembali pada tekadnya. Ia sudah memutuskan untuk menikahi dan mencintai perempuan itu. Apapun resikonya.

Suatu saat perempuan itu berkata padanya, "Ini emas-emasku yang sudah lama kutabung, pakailah ini untuk mencari wanita idamanmu, aku hanya membutuhkan status bahwa aku pernah menikah dan menjadi seorang istri." Tapi lelaki itu malah menjawab, "Aku sudah memutuskan untuk mencintaimu. Aku takkan menikah lagi."

Semua orang terheran-heran. Keluarga itu tetap utuh sepanjang hidup mereka. Bahkan mereka dikaruniai anak-anak dengan kecantikan dan ketampanan yang luar biasa.

Bertahun-tahun kemudian orang-orang menanyakan rahsia ini padanya. Lelaki itu menjawab, "Aku memutuskan untuk mencintainya. Aku berusaha melakukan yang terbaik. Tapi perempuan itu melakukan semua kebaikan yang bisa ia lakukan untukku. Sampai aku bahkan tak pernah merasakan kulit hitam dan wajah jeleknya dalam kesadaranku. Yang kurasakan adalah kenyamanan jiwa yang melupakan aku pada fisik."

Begitulah cinta ketika ia terurai jadi perbuatan. Ukuran cinta adalah ketika ia bersemi dalam hati...terkembang dalam kata... terurai dalam perbuatan...Kalau hanya berhenti dalam hati, itu cinta yang lemah dan tidak berdaya. Kalau hanya berhenti dalam kata, itu cinta yang disertai dengan kepalsuan dan tidak nyata... Kalau cinta sudah terurai jadi perbuatan, cinta itu sempurna seperti pohon; akarnya terhunjam dalam hati, batangnya tegak dalam kata, Persis seperti iman, terpatri dalam hati, terucap dalam lisan, dan dibuktikan oleh amal.

Semakin dalam kita merenungi makna cinta, semakin kita temukan fakta besar ini, bahwa cinta hanya kuat ketika ia datang dari pribadi yang kuat, bahwa integritas cinta hanya mungkin lahir dari pribadi yang juga punya integritas. Karena cinta adalah keinginan baik kepada orang yang kita cintai yang harus menampak setiap saat sepanjang kebersamaan.

Rahsia dari sebuah hubungan yang sukses bertahan dalam waktu lama adalah pembuktian cinta terus menerus. Yang dilakukan para pecinta sejati di sini adalah memberi tanpa henti. Hubungan bertahan lama bukan karena perasaan cinta yang bersemi di dalam hati, tapi karena kebaikan tiada henti yang dilahirkan oleh perasaan cinta itu.

Seperti lelaki itu, yang terus membahagiakan istrinya, begitu ia memutuskan untuk mencintainya. Dan istrinya, yang terus menerus melahirkan kebajikan dari cinta tanpa henti. Cinta yang tidak terurai jadi perbuatan adalah jawapan atas angka-angka perceraian yang semakin menganga lebar dalam masyarakat kita.

"Jika kita memiliki kesempatan utk menjadi seseorang yg LUAR BIASA, Kenapa kita memilih utk menjadi biasa-biasa saja? Bukankah hidup ini hanya sekali saja? Pastikan diri kita BERGUNA untuk banyak orang@_@
comey

tengok sini laa..

walau kte berbeza kte tetap kawan...

walau warna kte berbeza kte ttpp kawan sejati

oit2 

sy la katak versi planet marikh


sy tak bersalah..

15 April 2011



assalamualaikum...
minggu nih genap la 14 minggu untuk semester sesi 2 2010/2011..tapi aku dah seminggu tak da kelas..hehehe best kan dapat lecture baik n paham jiwa kononnya minggu 14 dah tak nak kelas cz nak bagi peluang kat kami tuk study..hehehehe..almaklum la semester ni kami tak da study week..pihak akedemik selalu nak senang kat depa je tanpa kira kt student.kesian jugak abis je kuliah minggu terus sambung exam..ada sesetengah member aku tak submit diorang punyer esemen n still ade kelas lagi..nasib la dapat lecture yg nak buat kelas gak.

dia ni study ke studo nih???

ni satu lagi aku bengang boleh pulak diorang p buat exam hari sabtu, tu kan hari wajib cuti..huh aku la tu, esok dah start first paper aku..minor punyer, paper marketing..tawakal je la..setakat mane ko usaha stakat tu la ko dapat kan...apa2 pom buat yg terbaik aja2 figting!!!


11 April 2011

masalah negara nih..


masalah apa???
masalah2 exam tak mula lagi aku dah duk pikir pasal cuti 4 bulan..
mak aiii lame tu...apa aku nak wt kt kampung??
arggg tensen jugak bila pikir cuti 4 bulan duk rumah(cuti kejap masalah cuti lama pom masalah bnyak songeh btol la minah nih)

sejak aku tinggal di asrama dari form 1 memang aku jarang duk lama kt rumah..
paling lame pom sebulan dua masa cuti sekolah dan masa lepas matrik 
tunggu keputusan u..masa lepas SPM aku menyahut seruan Negara
 kene PLKN beb bukan nak g pom tapi sebab terpaksa pergi ar gak...kali ni sampai 4 bulan..aish memang melampau...
makin tembam dan montel ar jadinya...
nampaknya dari lani aku perlu mengosongkan perut.
.nak mengisi makanan kt rumah...hahaha

lani aku duk pikir nak buat apa kt kampong yg mestinya boleh 
mendatangkan hasil..tak mahu jadi penanam anggur tegar selama 4 bulan..
aish memang tak mendatangkan hasil...
tanam anggur kat malaysia mana menjadi lagi2 kat kampongku yg tercinta, 
panas memanjang..

nak buat apa ek???
penim2 aku bukannya ada kemahiran apa2 pom..
nak masak2 jauh panggang dari api..adoiii..masak untuk diri lepas la..
sebab aku sendiri yg telan..hak3..

kt rumah lani ada mak ayah n adik bongsu aku form 1..
yg pastinya adik aku g sekolah..then tinggal la aku sorang kt rumah.
arrggg bosannya..opss lupa aku ada sorang lagi adik 
sekarang tengah exam matrikulasi..20/4 baru balik umah
hrmmm tinggal aku nga dia la kt umah tp 
orang tua tu konpem tak lekat kt umah ade je kerja..
budak laki biasa ar kawan pulak ramai..
dulu aku dgn dia rapat kami beza umur 1 tahun je.
.mane aku pergi dia pom ade...tapi sejak aku tinggal asrama 
kami dah tak berapa nak ngamm la..

korang bagi la cadangan kt aku ni...huwaaaaaaa..
tapi bila pikir balik dapat puasa kt rumah tahun ni tetiba je rasa excited...
lam otak sekarang nih hrmmm bestnya dapat puasa kt rumah
 lepas tu g solat terawih kt masjid wif my mum..
boleh la aku kenal2 dengan mak cik2 kt masjid nanti..
tlong mum buat akok(my mum niaga akok time bulan puasa je, n 
akok my mum femes 1 kampong n kampong jiran..hak3)


almaklum la aku ni bukan kenal sangat mak cik2 kat kampong..
bila tinggal kt asrama rasa cam terputus dengan dunia luar..
balik cuti sekolah 2 hari, aku memang tak keluar rumah.
pernah sekali time raya sepupu datang rumah(isteri kpd sepupu aku)..
aku pom tak kenal dia..dia lagi ar tak kenal aku..
kelakar dia ingat aku ni tetamu..masa tu aku dari luar rumah then 
segan nak masuk aku ikut pintu dapur...mak aiii dia tengok aku
 semacam(kenapa dia nih, tak pernah tengok orang ke??
rupa-rupanya dia tak tahu aku ni pom tuan rumah gk...hak3

hrmm agaknya masa 4 bulan tu untuk aku menjalin semula hubungan yg
 terputus dengan orang kampong sendiri..guna peluang nih sebaiknya..
seyesly aku hanya kenal jiran dekat dengan rumah aku je..
sepupu sendiri pom aku tak kenal..erkk rasa diri ni sombong je kan..
kadang2 orang datang rumah aku, masuk bilik bukan apa 
segan tak tahu nak cakap apa..tak tahu nak layan tetamu..
kadang2 jeles gak dengan kakak aku..
dia pergi mana pom boleh menyesuaikan diri..
aku pulak rasa cam katak bawah tempurung je..

p/s: sekolaj je sampai masuk u tapi msuk bab layan tetamu fail!! 





10 April 2011

korang ingat lagi tak???



jom kenang kembali zaman sekolah rendah....kepada budak2 yg lahir pada 70/80/90an mesti ingat..
  1. kat sekolah ada salesman jual buku cerita. hari ni bagi list, esok mintak duit. walaupun cerita dalam buku tu dah tahu tapi tetap nak beli. salesman susu pom cam tu gak.
  2. kat library budak2 memang baca buku tapi tengok gambar je a..bile ada program nilam, semua cibuk nak pinjam buku..hehe
  3. RMT kat sekolah makan tak best, tapi yg berduit pom join RMT gk. tak paham2...
  4. pakai pensel box yg bley bukak depan belakang, ciap ada sharpener ag kt tengah2..haha
  5. main lawan pemada, sayang nak guna tok padam, padahal fungsi sebenan memang tuk padam pom..penat2..
  6. pakai pembari bergerigi, kt dalam ada air pastu ada benda berkilau dalam air.
  7. bulu ayam jadi ramping sebab selalu dijadikan rotan...
  8. time pendidikan seni , lukis semua boley tapi bila kaler hampeh! ada gk wt ayaman pakai kertas warna.
  9. takut BCG, tapi lepas kena injek muka poyo je..( abang aku bukan main lagi cakap sakit la..b'darah la..padahal time kene injek tu tak sakit pom..haha)
  10. balik sekolah beli jojo tak pom dendang. tora pon bez gak..beli semata-mata nak mainnan..coklat tak makan pom.
  11. kalu ikut kan aku banyak lagi kenangan masa kt sekolah rendah..time ckgu tak masuk kelas je mula ar wt program sndiri..main kejar2 keliling sekolah.laki pompuan same je...lucu beb.tapi sekarang bila jumpe balik member2 sekolah dulu dah sengan nak tegur lagi2  budak laki....hahaha
ni la buku siri penyiasatan yg aku suka bace masa kt sekolah rendah..siri penyiasatan salmah


yg ni pula siri penyiasatan hadi..buku cerita nih yg paling aku suka..memang buku cerita nih buat kit brfikir apa sebenarnya yg t'jadi di sebalik misteri2 tu..

zaman sekarang tak de dah semua nih.. tak de masa nak layan semua ni..bila kenang balik zaman sekolah rendah nih lucu kan??? ahahahaha..aku masa sekolah rendah suka giler bace buku cerita siri penyiasatan..siri penyiasatan salmah n hadi..hampir ksemua buku cerita bersiri nih aku pinjam...sekarang ade lagi ke buku cerita ni...

08 April 2011

korang perasan x??

apa3???
blog aku dah ade banner baru..dah seminggu rasanya aku tukar..
hrmm aku nih bukan kreatif sangat banner baru yg aku buat nih
 aku ambik dari yang lama gak..
yang bezanya aku dah tukar kata2  tambah picture kartun muslimah je...

 ni yg lame punyer..

ni yg baru cam kt atas nih..hehehe
same je kan..nampak sangat aku nih tak kreatif..

aku wt banner nih guna photoscape..memang main letak je apa yg aku suka..
huwaaa tak reti guna..




07 April 2011

crazy little thing called love (aka first love)


semalam aku habis kan masa tengok citer nih.."crazy thing called love aka first love...made in thailand..hehe
sempat lagi tak ingat nak exam...hrmm sebenarnya aku ambik citer dari member dah 2 hari(eleh baru 2 hari buka setahun) tapi sebab kesuntukan masa nk langsaikan segala hutang esemen n kuiz matematik perniagaan..aku just simpan je la..
then semalam semua esemen dah submit baru aku tengok...huwaaa..
memang best la..

sweet..

citer ni bukan saja pasal cinta tapi ada diselitkan dengan tali persahabatan..
tak rugi korang tengok...deng nangis kot semalam tengok citer nih...(nampak je deng ni cool tp bila part touching meleleh kot, bak kate temang deng la..muka je nampak brutal tapi dlm hati ada taman..masa matrik pula, deng pernah dipanggil muka tak da perasaan..agak melampau ar...)hahaha
part sedih bila heroin luah perasaan kt hero tapi sebab hero nih dah janji dengan dia punyer kawan tak nak couple dengan heroin, so dia cakap yg dia dah couple dengan orang lain, tapi sebenarnya si hero nih dah lame suker kt si heroin dan masa si heroin ada konflik dengan best friends dia...sob3...sedih2..

tapi memang sweet giler ar citer nih..hahahaha cinta budak sekolah..hrmm sesape yg ada pengalaman minat kt someone masa sekolah mesti suka..kelakar pom ada...hehehe
owh ye..kalu nak tahu ending kene la tengok sdiri...hehe...comey..

05 April 2011

kerinduan kami semua

assalamualaikum....

bangun2 udah ler tidor nya..
memandangkan aku tengah free lani, meh nak citer...hehehehe..
hrmmm ape cer nga mysis yg kami rindu sangat2??? tapi aku tak rindu dah biasa dengan perangainya
semalam awal2 lagi aku dah surrender..ngatok der..malas nak tunggu..bila aku bukak lappy xdapat connect internet langsung, so aku malas nak buang masa...katil pom dah memanggil...apa lagi tutup lampu n say2 good bye je la...


ni la mysis tempat deng n teman2 deng add kursus..

then, aku bangun tdi dah pukul 4.15...on my lovely lappy yg banyak giler berjasa kt aku.terus masuk mysis...hehehehee.. laju jer..tak tahu la kalo semua orang dah tidor aku je baru terkial-kial nak masuk...maka jadilah begini...hanya dapat add subjek major dan edu je...minor dah penuh....so, nak salah kan siapa???
 salah kt diri sendiri la sapa suh ngko p tidor..sob3

tp xper bukan aku sorang je tak dapat add..
hrmm berdasarkan komen2 yg aku bace kt GGM..
c'da pom tak dapat add jugak..
cool beb..psni p fakulti..hehehe..

lepas 2 duk chating nga cik shuhada, tiba2 je perut nih mendendangkan irama keroncong..pandai betol, belajar kat mane la nih..hrmmm nak makan apa ek pagi2 nih..
tekak xleh nak terima tapi perut nih..aishhh..xleh nak cakap..

hrmm ork la gua cau dulu nak selongkar almari mnyimpan stok makanan..nak cari apa yg boleh di makan..
lepas tu nak study ckit..hehehe
daaaaa



03 April 2011

sehelai sepinggan...



sob3...sedih..semalam aku keluar  g tengok teater musical of word..hehehe best2..cuma yang tak bestnnya bila balik umah...bilik aku terkunci n lebih menyedihkan aku terlupa bawak kunci...waaa...dengan mata yang dah layu tunggu masa nak pejam..aku call my roomate.a.k.a .kak lela..dia dah semester 6 memang buzy la dengan projek akhirnya..hrmm budak seni memang banyak kerja, so bnyak masa dia habiskan kt studio...bila call tu, aku ingat dia nak balik la...aku pom tunggu ar, nasib baik sebelum aku keluar lappy aku duk kat luar malas nak bawak masuk bilik (kt lam bilik internet slow giler, so aku on9 kt ruang tamu)

tunggu punyer tunggu, tiba2 kak lela call...cakap yg semua beg n kunci2 motor dan bilik tertinggal lam studio n studio dah dikunci..waaaaaaaaaa...rasa nak pengsan..hak3..ooberr betol la...aku pom try la beberpa altenatif nak bukak pintu..
1.
tendang pintu..
sah2 la tak terbuka...buat sakit je...hahaha

2
guna pisau nak cungkil pintu..
tak da kesan langsung..

3
guna garfu..konon-kononya pencuri profesional la nih..
tapi fail, xsempat bukak dah kene tangkap agaknya..

4.
redha je la tunggu esok baru boleh masuk..

so, semalam aku tumpang tidur bilik member aku...tinggal la aku sehelai sepinggan + sebiji laptop lani....lepas solat isyak terus padam..huwaaa memang lani, aku dah tak leh jaga sampai lewat malam, dah terbiasa tidur awal n bangun awal... 


5 perkara penting dlm bercinta..

      huwaaa aku just kongsi apa yg aku baca kt dara.com je...so, kalo salah jngn la marah ekkk..hehehee..






1
sayangilah si dia dengan hati bukan dengan perasaan.
jika anda meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan ianya akan gagal kerana perasaan sentiasa berubah dari semasa ke semasa. tetapi jika anda meletakkan perhubungan itu berdasarkan hati maka dari situ akan lahirnya cinta sayang yang kekal abadi untuk selamanya.

2
hormat menghormati
jangan sesekali anda merayu dan mencipta alasan supaya si dia menerima cintamu. biarpun sedalam mana sekalipun cinta anda padanya namun biarkan dia yang membuat keputusan. sekirannya mendesak apa yang akan anda dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati. baik anda meraih cinta dari orang yang benar-benar menyanyangi anda dan bukan hanya anda yang benar-benar mencintainya sedangkan si dia tidak ada rasa sayang dan cinta langsung terhadap anda. sesungguhnya cinta pada yang Esa harus melebihi segalanya.

3
menerima si dia seadanya.
jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentangnya kerana sekali kamu mengubah, selamanya kamu terus mengubah dirinya. tentu anda ingat, kenapa boleh terpikat dengan si dia. pastinya kerana dia adalah dia. maka tiada alasan untuk anda mengubah dia menjadi seseoarang yang lain.

4.
elak bersangka buruk.
langkah paling bijak meletakkan diri kamu di tempatnya sebelum melakukan apa-apa. jika kamu sendiri tidak dapat menerimanya, apatah lagi dia. namu andai ada yang mencurigakan berbincanglah secara baik dan jangan terus menuduh. islam  menggalakkan kita berbincang dan jangan cepat berprasanga buruk. sentiasa bercakap berlandaskan bukti yang kukuh dan elakkan membesarkan hal yang kecil.

5.
hargai pengorbanan
sesunguhnya si dia telah banyak berkorban untuk anda dengan kelebihan yang ada padanya, si dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna dari anda, namun demi cinta kerana Allah, si dia telah memilih anda. oleh itu, jangan sesekali cuba untuk mempermainkan-mainkan keluhuran cintanya...

p/s: rasa dah macam bukan aku nih, nak berkongsi tentang cinta...hehe sekali-sekala boleh kan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...