-

nuffnang

berminat?? click la kt image tu,..

07 January 2011

1,000 tambahan Tabika KEMAS

Kerajaan peruntuk RM140j bagi kos operasi, penambahan baru 2011


LABIS: Kerajaan memperuntukkan kira-kira RM140 juta bagi menampung kos operasi dan pembukaan 1,000 tabika baru di bawah Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) di seluruh negara tahun ini. 

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata pembukaan 1,000 Tabika KEMAS baru di seluruh negara tahun ini adalah bagi memenuhi permintaan masyarakat terutama di kawasan luar bandar, berbanding hanya 500 yang dibuka tahun lalu.
Beliau berkata, peruntukan itu juga bagi membiayai makanan percuma dan kelengkapan komputer untuk semua tadika dikendali KEMAS.
“Tabika KEMAS kini menjadi pilihan ibu bapa sebagai persediaan awal pendidikan untuk anak-anak mereka sebelum memasuki Tahun Satu. 

"Kita mahu memastikan masyarakat khususnya di luar bandar mendapat peluang masuk tadika sebelum memulakan persekolahan Tahun Satu dengan mewujudkan lebih banyak kelas tadika dan melengkapkannya dengan pelbagai kemudahan termasuk peralatan, makanan serta tenaga pengajar terlatih," katanya. 

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyampaian Penghargaan Jawatankuasa Tabika Dan Penyampaian Geran Perkapita Kanak-Kanak Tabika KEMAS di Dewan Semai Bakti Felda Chemplak dekat sini, semalam. 

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ibrahim Muhamad; Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan Johor, Asiah Md Arif; Ketua Pengarah Kemas, Datuk Abdul Puhat Mat Nayan dan Pegawai Daerah Segamat, Burhan Md Amin. 
Mohd Shafie berkata, walaupun banyak tadika perpaduan dan swasta dibuka, namun Tabika KEMAS tetap mendapat permintaan khususnya di luar bandar. 

Tahun lalu, Tadika KEMAS menyediakan peluang pendidikan awal kepada 210,000 murid dan secara purata pendaftaran murid di tadika meningkat kira-kira 25,000 setahun. 

Katanya, bagi melahirkan tenaga pengajar berkualiti, pihaknya mensasarkan semua tenaga pengajarnya memiliki kelulusan diploma menjelang 2015, selain sentiasa menggalakkan mereka menyambung pelajaran sehingga ke tahap ijazah. 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...