-

nuffnang

berminat?? click la kt image tu,..

04 January 2011

Al-quran itu indah

LAHORE: Manuskrip-manuskrip awal al-Quran, dari mula wahyu diturunkan, ditulis dengan tangan atas pelbagai jenis bahan, dan kualitinya meningkat dari generasi ke generasi. Pada zaman Nabi Muhammad, sebahagian daripada wahyu ditulis pada tulang, kulit binatang dan daun-daun kurma dan dakwatnya diperbuat dari bahan yang dibakar. Terdapat al-Quran yang ditulis pada kepingan kulit kambing dan unta berusia bertahun-tahun, selepas kematian Nabi Muhammad, tetapi salinan Quran yang lebih bermutu dihasilkan selepas mesin cetak dicipta. 



Bagaimanapun, ramai tidak mengetahui, ada senaskah al-Quran, dipercayai satu-satu seumpamanya yang wujud di dunia, yang ayat-ayatnya dihasilkan dengan sulaman benang. Quran ini dibahagikan kepada 30 bahagian, keseluruhannya disimpan rapi dalam laci gelas di dewan pameran dalam Masjid Badshahi di Lahore, Pakistan. Pegawai protokol masjid itu, Muhammad Yousuf, berkata Quran itu ditemui selepas kematian pembuatnya, Attar Mohamed, seorang rakyat biasa, tiga hari selepas ia menyelesaikan kerja-kerja sulaman. Berasal dari Lahore, Attar berusia 40 tahun, mengambil masa 10 tahun menyulam Quran itu mulai 1966, kata beliau. Attar melakukan sulaman itu demi mendapatkan ketenangan jiwa. Hari ini, ramai mengunjungi masjid itu untuk melihat Quran yang disulam indah itu. -BERNAMA

p/s: jika aku diberi kesempatan  ingin sekali aku melangkah ke bumi para ambiya' nak tengok sendiri peninggalan sejarah para rasul, sahabat dan ulama' dan semua yang berkaitan dengan Islam dan kekuasaan Allah...Allah hu akbar...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...