Ayat Kursi - kisah GEMPAR disebalik turunnya ayat kursi...........
Buku: Fadilat Ayat Al-Kursi Untuk Mengatasi Sihir
Penulis: Prof Dato' Dr Haron Din
Dr Amran Kasimin
Tahun: 1995
Muka surat: 28-29
----------------------------------------
Allah menurunkan ayat ini pada waktu malam, lalu Rasulullah menyuruh Zaid bin Thabit menulisnya.
Serentak dengan itu setiap berhala yang ada di dalam dunia ini bergoncang, juga setiap raja, mahkota-mahkota jatuh dari kepala mereka. Syaitan2 lari bertempiaran, berlanggaran sesama sendiri. Keadaan mereka menjadi tidak normal, tidak tentu arah dengan turunnya ayat Al-Kursi dari arasy. Keadaan ini menggambarkan suasana syaitan2 yang tidak terkawal.
Syaitan2 ini akhirnya berkumpul dan menemui Iblis (Ketua Syaitan). Iblis menyuruh mereka mencari puncanya, yang mana akhirnya mereka (syaitan2) tiba di Madinah, dan didapati bahawa ayat Al-Kursi telah diturunkan.
----------------------------------------
[ Itulah yang berlaku setiap kali kita membaca Ayat Al-Kursi yang mempunyai fadilat dan rahsia2 yang boleh digunakan untuk mengatasi, merawat atau mengelakkan diri dari gangguan Iblis dan syaitan2. ]
1 comment:
subhanallah. memg hebt ayat kursi ni..
Post a Comment