-

nuffnang

berminat?? click la kt image tu,..

29 January 2011

yahuuu balik kg...

dah sebulan duk cini rasa cam lama sangat..
malam ni dah balik kampong yeeeeeeeeeee~~
sape yg nak raya ni??
hehehe 

orang lain yg raya aku pulak yg excited nak balik kampong..
aiyooo rindu la sama family, sama anak kambing, lembu, burung,
 kucing kt umah..walau pom kat umah aku dah tak da kucing lagi..sob3..

tapi sedikit kecewa la, aku masih di sini sebab my lect cakap hari ni ada 
kelas lagi..baik hatinya aku menunggu nak g kelas, biasanya pontem je 
semalam sepatutnya dah blaa awal2..aish....
tak pe at least kat sini aku boleh layan 
cter korea..muahaaa..seharian tengok cter korea on9..
dah berape bnyak ntah my luppy menternak virus..

boring lol duk cini tak buat ape2..
esemen ade tapi malas!!! hehhehe..
kembali story asal,..pagi tadi aku g la kelas..
sampai je boleh bilang bape orang yg datang, adeiii..
sodih deng depa semua dah sampai umah 
aku n beberape org je yg lurus bendul menunggu nak g kelas..sob3
lepas tu my lect datang..he said ni je yg datang dari 80 lebih..huhuhu...
then he call akedemik n akedemik said mereka dah isytihar cuti hari ni lagi..
waaaaaaa rasa nak makan je org kt depan aku masa tu..
hahaha tak pasal2 dia jadi mangsa..

so, aku dengan pasrah pulang sambung tengok cter korea..hahaa
line pom laju ar org dah ramai tak da kan..
bas aku malam ni kul 9.15, tapi tak tahu la janji melayu ke, janji org puteh ke, 
sebab kita hanya merancang tapi Dia yang menentukannya.
.tapi kalau boleh cuba la untuk menepati janji.
insyaAllah...

sebelum blaaa aku nak ucap selamat tahun baru kepada mereka yg menyambutnya..
~gong xie fa cai~


27 January 2011

hujung minggu yg tak best


lama siey aku tak update blog..bila malas. tak da mood dan seangkatan dengannya datang...jangan harap la blog ni di update...huk3...aku just nak share aku punyer cerita hujung minggu lepas..aku ada cakap yg aku main bola tampar untuk hari terbuka KZ kan3..member aku yg ajak main, so aku join je tanpa tahu siapa lagi team aku...bila sampai sana...Ya Allah mereka ke?? 
budak MASOM (wakil upsi) kalau aku tahu mereka lah ahli team aku...memang aku tak kan join...

kenapa??? sebab mereka terlalu berlagak bagus...tapi tak semua ada je yg baik dan aku boleh go on dengan mereka..cuma ada la 2,3 orang yg berlagak giler...nak kata aku tak senyum kat diorang dah jenuh aku senyum..yg akhirnya aku termalu sndiri senyuman aku tak di balas...memang geram dan kecewa..baru je berada di atas dah berlagak bagus....alaaaa kalau setakat main kt sini korang menang tak payah la nak berlagak tapi bila main wakil upsi tak da dalam list pom...malam tu aku tak da hati pom nak main..so aku just duk kat luar court tengok diorang lawan...memang esok aku tak kan datang ar..korang main la..korang kan memang hebat, ngetop memang da bommm...

petang tu memang aku tak pergi ...tak da hati nak main bila tengok team berlagak bagus dan pandang rendah kat orang lain..diorang lupa agaknya yg diorang pernah kalah lawan dengan kteorang dalam sukan test (sukan antara kolej)ya la tak kan diorang nak ingat bila dah kalah kan3....masa tu lagi dah nampak diorang ni sombong tak bertempat...

malam tu ada 1 lagi game..memang aku tak nak datang tapi bila sorang team aku terseliuh n paksa kami datang aku dan leha pergi malam tu..memang sedih ar...bila sorang budak masom tu cakap kekalkan pemain tadi la...aku no hal memang tak nak main pom..tapi bila dah suh datang aku datang jugak...aku bermain untuk 1 game malam tu....time aku serve tu terus diorang terdiam tak kate pape..kenapa?? terkejut ke?? malas nak cakap panjang psal ni....just nk cakap walaupom aku senyum kt diorang memang diorang tak balas ar tapi bila budak lelaki duk panggil2 nama diorang..bukan main senyum meleret sampai ke telinga..adeiiii sodih deng..

ni bukan pertama kali aku jumpe orang macam ni...dulu masa aku kat PLKN..sedih deng susahnya nak cari kawan....budak2 luar aka bandar ni mana la nak kawan nga kteorang budak kampong...tapi bila aku main bola tampar, baru terhegeh-hegeh nak tegur aku..sodih kan..manusia dipandang bila ada kelebihan...dan yg paling dipandang bila seseorang tu berharta...

p/s: buat diriku dan rakan-rakan lain....hidup kita sperti roda tak selalu di atas dan tak selalu dibawah..bila di atas jangan pndang rndah kt orang lain..kerana bila kte dibawah orang lain juga akan pandang rendah kat kite...

23 January 2011



Manual Membina Ummah
Posted on Sunday, January 16 @ 13:00:00 PST
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: mart

" Israel dibina dengan satu perancangan yang sangat rapi. Jika kita hendak menumbangkan mereka, kita juga perlu merancang dengan lebih rapi.

Bagaimana hendak memulakan perancangan rapi ini. kita hendaklah kembali kepada petunjuk dari hadith.

Akhir zaman Islam akan bermula dari timur. Jika kita berbicara mengenai timur, maka rantau nusantara ini terlibat. Kesungguhan orang nusantara terhadap membantu saudara kita Palestin lebih baik jika hendak dibandingkan dengan orang Arab sendiri. Kita lihat beberapa negara Arab termasuk yang bersempadan dengan Palestin sendiri pun, mereka membiarkan sahaja pembantaian saudara kita di Palestin.

Bagaimana kita hendak memulakannya? Kita mula dengan mengumpul tunggak Ummah Islamiah. Ia didirikan oleh lapan golongan.

1. Pemimpin yang bijaksana
2. Ilmu para mujtahid
3. Peluh para amilin (pekerja)
4. Doa para solihin
5. Darah para syuhada
6. Harga para aghniya (orang yang kaya)
7. Kehebatan para daie (pendakwah)
8. Rahim wanita yang solehah.

Sejarah membuktikan bahawa ketika Rasulullah saw sampai di Madinah, baginda membentuk lapan golongan ini.

Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali antara para sahabat yang awal masuk Islam, mengapa mereka tidak banyak meriwayatkan hadith. Ini kerana mereka dibentuk oleh Nabi sebagai pemimpin.

Abu Hurairah masuk Islam di Madinah, tetapi mengapa antara yang paling banyak meriwayatkan hadith, ini kerana Nabi bentuk dia menjadi ulama.

Abdul Rahman bin Auf, Nabi bentuk menjadi amilin yang membangunkan ekonomi Islam, Hassan bin Thabit membangunakan kesusteraan Islam dengan syairnya.

Ada ahli sufah yang duduk beribadah di Masjid. Usamah bin Zaid watak sebagai panglima perang, ketika umurnya 17 tahun telah memimpin satu bala tentera. Para Daie seperti Abdullah Ummi Maktum yang buta dan wafat di Syria. Begitu juga wanita-wanita yang solehah yang melahirkan generasi-generasi yang soleh dan solehah.

Kerajaan Bani Umayyah tumbang ketika lapan golongan ini berpecah.Kerajaan Abasiah bermula dengan menggabungkan lapan golongan ini. Akhirnya mereka dapat membina ummah ini.

Ketika Monggol melanggar Baghdad, lapan golongan ini juga telah terpecah. Umat lemah. Kemudian, Uthman al-Ghazi membina kerajaan Uthmaniah dengan menggabungkan lapan golongan ini.

Pada 1924, ketika dibubarkan khilafah Uthmaniah, lapan golongan ini sedang berpecah. Musuh Islam dapat menumbangkan mereka dengan mudah. Hasilnya, tertubuhnya negara Israel!!!

Kini, di ketika seluruh dunia mengakui kebangkitan Islam, langkah pertama yang perlu dibuat ialah menggabungkan lapan golongan ini. Ia bermula dengan kita di nusantara. Sebab itu, setiap kali kita bertemu dengan orang, SATUKAN mereka. Lihat peranan yang boleh mereka buat untuk Islam. Di luar sana, banyak tenaga-tenaga yang terbiar kerana tidak disatukan.

Saya yakin, lapan golongan ini akan dapat disatukan jika ada usaha dibuat dengan makisima. Oleh kerana ada janji hadith bahawa orang Yahudi akan dapat dikalahkan nanti, maka saya yakin golongan ini akan dapat dibentuk. Mari kita mulakan untuk BERSATU dan mari kita mulakan untuk MEMBAHU.

Akhirnya, di dalam surah as-Saf ayat 4,Allah berfirman:-

" Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela ugamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh ".

Semoga, kebangkitan Islam akhir zaman sempat kita lihat semasa hayat kita ini. Kita rindu untuk melihat Islam diterima oleh manusia sejagat. Keindahannya dapat dilihat oleh mata dan dirasa oleh hati.

21 January 2011

very2 vervesss

game bola tampar start malam ni..tapi sekarang aku dah rasa nervess sangat...boleh ke menang lagi...huk3...ape2 pom menang atau kalah tak penting janji dapat stiker kolej...wish me luck!!!

20 January 2011

~teruknya~



teruk betul..punyer la malas nak turun cari makan untuk berbuka puasa...akhirnya aku berbuka dengan susu+milo dan biskut....memang pemalas tahap gaban la,..kene plak ari tu aku ada kelas sampai tengah hari je..abis kelas terus balik umah tersayang tingkat 4..kalau ada tngkat lagi, mest yg paling tinggi diorang kasi aku duduk..sob3..sedih..tapi bersyukur la dapat duk kolej tak seperti sesetangah student lain yg duk luar lagi banyak pakai money...


tapi yang best...bila pergi kelas,member2 cakap aku makin kurus..
muahahaha...nak kurus lagi...tima kasih kt KUO bagi aku umah plg tinggi
menyebabkan aku kurang keluar...makan ape yg ade kt umah je
 susu+milo, biskut, tak pom maggie + telur..sedapnya..(kenapa susu+milo??
sebab aku tak boleh la minum susu je..rasa nk muntah.huk3)
nak wt cm ne letih ar hari2 membilang tangga bila nak sampai nih...

hari ni..tak tahu lagi nak makan ape..cuti2 nih duk umah memang best, tak mahu pergi mana2 dah...kalau rajin turun la..tapi semalam dah janji dengan geng2 aku nak main masak2..jd ke tak nih..geng2 yg aku mksudkan tu member 1 course nga aku..aku tak tahu cm ne kteorg bleh jd rapat..tapi sekarang nih kteorg dh jadi 1 geng bila jmpe je mest bising ntah pape la yg dibualkan kadang2 bertikam lidah masing2 nak menang..tapi kteorg tak gaduh..hehehe..


k.nana, k.shu, cik moq, cik ley, che da, cik mar, subhah, n aten..syg korg semua


kami pom dh ade blog kami sendiri nak tengok klik cini ceritakamiber9...geng2 kami semuanya 9 org...geng plg ramai antara coursemate..tapi kami tetap kawan dgn coursmate yg lain cuma kami2 nih lebih rapat..majoriti kami berasal dr kelantan, so mereka yg dr johor n melaka sekarang pom dh pandai ckp kelantan...hak3

c'mar~melaka
c'moq n che da~johor
k.nana n subhah~terengganu
c'ley, kshu, n aten~kelantan
aku???  aku off cof la kelantan jgk...hahahhaa

p/s: sabtu ni ada game bola tampar, tapi ade kelas..minggu lepas dh mintak balik awal..minggu nih terus ponteng kelas ke?? adoyai..rsa bersalah...myb kalu mintak en-izat kasi kot aku xmasuk kelas...kelas bola tampar gk untuk koku..huhuuhu

~contest blog plg comey~

kene tag lagi


tima kasih cg ain tag sy..
contest blog plg comey ni dh berangkai-rangkai n ownernya dr cik bella 
hari ni baru dapat post entry
almaklum la ari ni kan cuti..
kalau tak, sibuk dengan kuliah, so, jd malas nak update..

syarat2 nak join contest nih


~ warga negara MALAYSIA

~ semua jantina diterima

~ada blog! takder blog .. ditolak!

~kena follow blog aku.. tak nak follow takper.. tak der paksaan 

 ~tag 4 orang rakan anda , yang anda yakin ley join





siap dh..aku cuba join nak  sahut tag cg ain..hehe





18 January 2011

meroyan

gambar hiasan semata-mata

tajuk entry yg memang tak da kaitan langsung..
aku suka2 hati letak..wawawa
sekarang nih aku sedang berusaha menyiapkan esemen 
aish..bila tak da idea nak menulis
memang tak boleh nak buat ape..bace la ape2 bahan pom..
bila nak menaip je tangan jd beku  atas keyboard..tonyoh ctu-tonyoh cni..
last2 padam balik apa yg dtulis..huk3 

tapi bila esok nak antar, mcam2 yg kuar..
hahaahha...myb sebab keterpaksaan memaksa otak untuk bkerja dgn kerasnya
tapi itulah realitinya..tak tahu la dengan korang2 semua..
lain orang lain caranya..hehehehe

p/s: malasnya nak turun beli juadah berbuka..huk3


15 January 2011

FIRST BLOGLIST : ENTRY PALING POPULAR!



 Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Pada petang hari ni, aku tiba-tiba rasa nak
isikan First BL(sidebar kiri) dengan blog-blog.
Nanti senanglah kerja aku nak Blog Walking, Blog Running
atau pun nak loitering dekat situ.

Tak payah aku susah-susah carik blog dah.
Tekan je dekat sidebar kiri.

Buat permulaan aku tag orang yang tinggalkan link
dekat Linkies Here iaitu :

~ Suraiya Sofia
~ odah + one
~ Akq Comey
~ Tqajml
~ NinieZane
~ Miecyber



aku di tag clara J lagi la...waaaa sukenya..sebelum wt esemen
sy cuba ya....walaupom masih blurr2 lagi nih...hak3..

 jom kte tengok apa syarat2  cerytara.blogspot.com@Clara J untuk dpat duk dalam list firs BL dia..
syarat yang pertama

1)  Buat satu entry di blog bertajuk "First Bloglist : Entry Paling Popular!":
dah buat dah...tu kat atas dah ade...hehe

2) Dalam entry tu bagitaw entry apa (dekat dalam blog kau orang) yang paling popular/panas. Letakkan link entry tu sekali.
*Boleh aku baca and komen.*

aish..entry paling popular??? 
aigoo..aku tak tahu la yg mane 
1 plg popular rase cam tak de je..tapi sebab nak menyahut tag
clara aku main tarup je la...
entry ni cter pasal time tidor tak boleh gerak, tak boleh cakap dan sebagainya
cerita ni bukan rekaan semata-mata..tapi betol2 berlaku kt aku..nak tahu selanjutnya kene la bace sendiri..hehehe..
kiranya ada la jugak orang yg tertarik nak bace cter nih..
ade yg kongsi pengalaman diorang juga

3) Letakkan gambar banner di atas dan linkkan ke blog aku.
banner??? 
opss yg banner gadis jepun tu ya..dah ade kt atas tu...cute je..hehe

4) Tag lebih daripada 3 orang dan beritahu mereka.
mereka2 yang bertuah yg kene tag(esok bru g tau..nk wt esemen)


5) Tinggalkan link dekat comment box entry ini dan follow blog
kejap ek....dah follow dah...link pom dh tinggal kt tuan punyer blog...









sangat suka cuaca hari ni, tak terlalu panas untuk main bola tampar..
cam biasa sebelum masuk gelanggang aku dah nervesss gler..aish..menci2..susah betol nak hilangkan pnyakit nervess....rasa menggigil dan seram sejuk makin kuat bila tengok pihak lawan yg besar2 nak dibandingkan dengan team aku yg cam kerengga nih...lepas tu aku nk kene habiskan awal
cz pukul 10 aku ada kelas lagi...

dengan team yg cukup2..kteorang main
first game diorang yg start..
ok kami tak dapat ambil bola..
so, aku kene cari jalan untuk matikan diorang punyer serve..
dah 3-0..aish bola ni tak nak tuju aku pulak...(still nervess)
servess yg ke-4 baru dapat kat ku..
so, dengan kudrat team yg kurang mantap..
aku kene terus past bola kt pihak lawan..
memang tak boleh nak main2 daaaa...

yesss...,.kami dpat bola..
giliran aku plak yang servess..
bismillahirhmanirahim..nak hilangkan nervess..
tapi alhamdulillah aku dapat serve dgn baik...
kteorang main kejap je...diorang memang dapat main tapi sayang
diorang pandai serve tapi tak pandai ambil bola..
kami menang dengan mudah...

abis je game terus, perg kelas....
mintak balik awal tapi game dah habis,..
sebab tak ramai penyertaan..huk3
tak bestnya...sempat main 1 game je..

tapi next week...wait n see ada 1 lagi game untuk 
terbuka kolej za'ba..bila dengar peserta yg join hebat2 smua
rasa tak nak main je..

p/s: mcm mne ek nk hilangkan penyakit nervess nih..

14 January 2011

bersiap sedia...

sukan kolej ungku Omar(KUO) dah bermula..
tahun ni aku berada dalam rumah merah...
waaaaaaa nak rumah hijau..
aish beza 1 je lagi nak dapat duk rumah hijau..

cam biasa aku dah rancang mesti main bola tampar..
tapi belum sempat tulis nama..
member satu team dengan aku tahun lepas
dah tulis nama untuk aku...
kami dah berpakat untuk satu team 
walaupom salah sorang team aku dulu dah termasuk rumah lain..
kirannya kami menipu ckit...hak3
jangan cakap kat orang lain

so, bersiap sedia la..untuk jadi makin hitam
yang dah sedia hitam
aish cepat betul muka aku burn..
time sekolah lagi teruk
sampai muka merah2 dan mengelupas
malu beb..tapi sebab minat kan..
tak boleh nak buat ape dah...
myb one day, aku akan bersara dr main bola tampar
bila usia makin lanjut..

hujung minggu ni memang penuh 
dengan aktiviti sukan...
minggu depan pula aku main wakil kolej untuk 
terbuka kolej Za'ba..makin teruk la muka aku burn..

malunya nak masuk kelas.

dah la susah nak kembali cam biasa
lepas burn...waaaa
kadang2 rasa nak tanggalkan je cam topeng..
huk3


13 January 2011

~::cara mudah untuk komen::~

dear friends...entry nih aku tuju kt sape2 yg belum tahu je...
bila aku merayap kt blog geng2 blogger aku kan..
aku terperasan la..
bila aku nak bagi komen kt diorang punyer post tu agak susah cz..
nak kene tunggu loading dan kalau
line internet kt tmpat aku yg cam kura2 nih
puas la menunggu..

aku nak bagi tips kt korang..
cara mudah untuk senangkan member korang dpt tinggalkan komen..

mula2
 korang pergi kat setting 
lepas tu tekan dekat comments
mcm pic kt bawah nih..


lepas tu pergi bawah..

jumpe yg ni pulak..
comment form placement
korang pilih la yg pop-up window

lepas tu jangan lupa save setting pula...
dah selesai..senangkan....

bila korang guna pop-up window ni..
para blogger senang nak tinggalkan komen tanpa tunggu loading yg lama..
sebab ia kluar kt window lain tanpa tnggu loading full post..
selamat mencuba...




11 January 2011

betul ke??



terkojut deng bila bace paper yg fb doh nok tutup...kih3...boleh cayo ko???
(berita ni semalam lagi, tapi aku jo yg baru tahu hari ni)
 ape ke helnya depa nak tutup sedangkan benda alah tu bagi pulangan 
wang makin hari makan besar..
lawak apakah yg melanda..
hak3

sekarang ni, budak umor 5 tahun pom dah pandai nak berfb..
.aku yg tengah wt esemen pom sempat layan fb...aigoo...
besarnya pengaruh FB..tak kan depa nak tutup pulak ye tak???

berita hari ni pulak..MARK ZUCKERBERG pengasas fb
menafikan depa nak tutup..
muahahaaha...
kan dah kate, xmungkin depa nak tutup..
aigoo..benda yg menguntungkan tuuu...lawak2

p/s: kalau tutup betul pom, lagi bagus...tak payah aku nak fikir2 lagi..

kisah gempar disebalik turunnya ayat kursi





Ayat Kursi - kisah GEMPAR disebalik turunnya ayat kursi...........
Buku: Fadilat Ayat Al-Kursi Untuk Mengatasi Sihir
Penulis: Prof Dato' Dr Haron Din
Dr Amran Kasimin
Tahun: 1995
Muka surat: 28-29
----------------------------------------
-------------------------

Allah menurunkan ayat ini pada waktu malam, lalu Rasulullah menyuruh Zaid bin Thabit menulisnya.

Serentak dengan itu setiap berhala yang ada di dalam dunia ini bergoncang, juga setiap raja, mahkota-mahkota jatuh dari kepala mereka. Syaitan2 lari bertempiaran, berlanggaran sesama sendiri. Keadaan mereka menjadi tidak normal, tidak tentu arah dengan turunnya ayat Al-Kursi dari arasy. Keadaan ini menggambarkan suasana syaitan2 yang tidak terkawal.

Syaitan2 ini akhirnya berkumpul dan menemui Iblis (Ketua Syaitan). Iblis menyuruh mereka mencari puncanya, yang mana akhirnya mereka (syaitan2) tiba di Madinah, dan didapati bahawa ayat Al-Kursi telah diturunkan.
----------------------------------------
-------------------------

[ Itulah yang berlaku setiap kali kita membaca Ayat Al-Kursi yang mempunyai fadilat dan rahsia2 yang boleh digunakan untuk mengatasi, merawat atau mengelakkan diri dari gangguan Iblis dan syaitan2. ]

09 January 2011

mimpi atau gangguan tidor

aku nak tanya korang...korang pernah masa tidor, korang rasa tak boleh gerak dengan tiba2???
rasa berat semacam je,nak gerak tak boleh, bila jerit tak keluar suara, kadang2 rasa sesak nafas je...kawan2 cakap sebab kene himpit dek jembalang hantu blaa blaa...dan sewaktu dengannya...



aku sering alami macam ni...aku rasa seakan-akan mimpi je..paling teruk masa aku tinggal kat asrama..masa tu dah form 5 tak pernah2 aku kene macam ni tapi bila masuk dorm tu aku alami mimpi2..(dorm aku masa tu tingkat paling atas dan hujung sekali sebelah toilet)....biasa la kan bila tinggal kat asrama ni macam2 citer hantu yg korang dengar dan yg hairannya semua citer hantu ni lebih kurang sama je pergi la mana2 sekolah berasrama jalan ceritanya mesti sama..hahaahaha...yg paling femes citer pasal nenek yg duk atas locker pastu duk bilang student2 yg belum tidor..aku rasa citer ni untuk menakutkan student suh tidor je....jimat letrik beb..hahaha

kembali kepada citer aku plak..hampir setiap malam aku akan alami mimpi ni,...biasanya ia jadi masa aku mula2 nak terlelap..dengan tiba2 je xdapat gerak..xdapat cakap semua la..kadang ia bermula dengan rasa seram sejuk dari kaki lepas tu terus tak boleh gerak..tapi kejap je..kadang2 sampai berpeluh2 dan masa kene tu kan..nak bace ayat kursi tak boleh, bace dalam hati boleh la..kadang2 tu berterabur tak tahu ape yang aku bace...sebagai budak sekolah biasa mesti la aku ade terfikir jgk benda ni jadi sebab hantu kan..tipu la kalu aku tak pikir macam tu....aku pom tak tahu kenapa tak pernah nak bincang dengan ustaz or ustazah myb sebab ia tak menganggu bagi aku...

nak dijadikan cerita satu malam tu....konon2 rajin la ni,form 5 kan study sampai lewat malam tu biasa ar..hahahaha...abis study aku balik ke dorm..rasa gatal je nak ganggu member aku yg dorm sebelah...dia naik awal ckit je..sambil lalu tu aku ketuk la dorm dia..lepas tu terus masuk bilik baring..kejap je aku terlelap mimpi tu datang lagi,..aku tak boleh gerak..lepas tu aku dengar member aku panggil nama aku.....memang aku dengar dia panggil aku lepas tu budak junior dorm aku bukak pintu cakap yg aku dah tidor...apa korang rasa??? lepas tu aku tanya la member aku dia ada datang cari aku tak semalam n dia kata ya..mne la tahu aku mimpi je kan...smpai sekarang aku masih tertanya2..tapi bagi kita orang islam..percaya jin syaitan tu wujud..dan tak mustahil kalau ini semuanya gangguan dari mereka bukankah mereka telah berjanji untuk menyesatkan anak cucu Adam... waallah hu a'lam..hanya Allah Yang Maha Mengetahui..

bila dah lama aku duk kat dorm tu gangguan or mimpi tu dah tak de lagi...lagi pom aku wt don no je kalau benda ni jadi...kadang2 ada jugak aku kene kt umah sndiri.. yg terbaru ni....aku baru sampai umah dari perak..lepas tu tidur dalam bilik yg dah lama tak da orang guna...aku terlelap je tak dapat gerak..lepas tu bila dapat gerak aku tidor lagi, tapi kene lagi..berulang sampai 3 kali..dan akhirnya aku bangun dan kibas tilam yg aku guna, lepas kibas baru la aku boleh tidur dengan lena..



albi nadak (seruan hatiku)




video

first time aku dengar lagu ni, aku dah jatuh hati 
walauppom xfaham maksudnya..
belajar je bahasa arab tapi fail..

so aku cari la kat incik youtube
punyer la susah nak donload..
tapi sebab suka usaha la jgk kan...
tak puas dengar bukan sebab maksudnya tapi sebab nadanya..

maksud lagu ni adalah seruan hati seorang kekasih kepada
kekasihnya. aku teringat kata2 seorang sahabat nasyid yang sebegini hanyalah untuk menarik pendengar bukan untuk berdakwah..kalau kita lihat kumpulan nasyid Rabbani, mereka lebih kepada nasyid untuk berdakwah sampai sekarang orang suka dengar lagu mereka dan mereka tidak berpecah walaupom ustaz Asri dah tak de,mungkin sebab niat mereka untuk berdakwah tak seperti sesetengah kumpulan nasyid lain...bila fikir balik memang betul kate beliau

jadi nasyid sebegini lebih kurang sama dengan lagu2 jiwang semua tu..cuma bezanya ia genre nasyid..aku suka lagu maher zain banyak unsur2 pengajaran dalam lagu
beliau

p/s:moga arwah ustaz Asri ditempat di kalangan mereka yang beriman..Al-Fatihah untuk arwah..

saya suka kan blog kerana

ni second time aku kene tag selama aku berbloging..yg dulu tak buat..
tak tau sangat la pasal nih.tagging2 and award segala macam la..pandai post je hahaha
tapi bila aku pergi menjelajah blog org lain dan tengok pasal tagging and award ni..  aku rasa kan........
aku pom nak jugak!!!!!
ork la sebab nak hargai sorang sahabat yg telah tag aku..
tima kasih ya clara!!!


aku akan jawab soalan ni kenapa saya suka blog..
kenapa ya???
first sebab kat sini aku dapat meluahkan segala perasaan aku (tak semua yg secret tu tetap simpan sorang)
lepas tu yang bace bukan kenal aku pom kan2..tak de la malu ckit....hehe
aku juga boleh kongsikan semua pengalaman aku kat sini samada sedih, hepy,lucu memalukan
arggg semua la..dan bila bace balik aku dapat senyum sorang2...=)
dan yg aku paling suka..kt sini juga aku boleh berkongsi ilmu..
apa yang aku tahu, aku akan kongsi kan..dan juga dapat menimbal ilmu dari blog rakan2 yg lain..
lepas tu dapat kawan2 baru...macam clara nih...hehe

sahabat bertuah hari ni






ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?'





Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM , TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP .

Bertanya orang kepada Rasulullah saw :

'Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?'

Maka jawabnya Rasulullah saw:

'Umatku dikenali kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'. Bila qiamat datang maka malaikat datang kekubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu 'itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN' mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian' SiratulMustaqim dan memasuki Alam SYURGA, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hambaKu."

Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orangyang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuhasal diwaktu mati :-
1. Para Nabi
2 Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.

Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw:

"Apabila datang hari QIAMAT dan orang-orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan: 'Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Kuberpuasa ( Ahli Puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dandahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digorengdan buah-buahan SYURGA. ' Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu dibumi. Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud :'Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu."

* Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain.
Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yangmengajarnya meskipun dia sudah mati.
' Dan ( ingatlah ) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan.' (SurahAl-Baqarah : 237)
Untuk renungan dan amalan bersama ..

DOA Nabi Allah Yunus
"LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINALZHAALIMIIN"

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...